Pengenalan

Hipertensi merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling banyak dihadapi oleh penduduk Malaysia dan juga di negara-negara lain di seluruh dunia. Di Malaysia 15-25% populasi dewasa mempunyai masalah hipertensi.Angka ini semakin meningkat setiap tahun dan ianya boleh berlaku samada di sedari ataupun tidak disedari oleh individu tersebut.

Hipertensi boleh didefinasikan sebagai peningkatan tekanan darah melebihi nilai normal yang ditetapkan oleh WHO (World Health Organization). Klasifikasi tekanan darah boleh dijelaskan seperti berikut:

 

Kategori

Sistolik (mmHg)

Diastolik (mmHg)

Normal

<130

<85

Tinggi Normal

130-139

85-89

Hipertensi

 

 

Tahap satu (Ringan)

140-159

90-99

Tahap dua  (Sederhana)

160-179

100-109

Tahap tiga  (Teruk)

180-209

110-119

Tahap empat (Sangat teruk)     

>210

>120

 

            Jadual diatas menunjukkan klasifikasi terkini tekanan darah untuk orang dewasa berdasarkan kepada impak terhadap risikonya. Istilah tradisi bagi hipertensi yng ringan atau sederhana dan seterusnya tidak mampu untuk mengaitkan kesan utama hipertensi terhadap risiko untuk mendapat masalah atau komplikasi penyakit jantung.

             Tinggi normal tekanan darah dimasukkan kedalam senarai ini kerana individu yang mempunyai tekanan darah sistolik dan/atau tekanan darah diastolic didalam lingkungan ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami hipertensi dan juga komplikasi penyakit jantung yang boleh membawa maut atupun tidak. Individu yang termasuk dalam golongan ini perlu melakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya sekali setahun dan membuat perubahan terhadap gaya hidup untuk mengurangkan tekanan darah mereka.

            Semua tahap hipertensi mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi kardiovaskular, angin ahmar dan juga penyakit buah pinggang. Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah diatas.tahap satu hipertensi adalah tahap yang paling biasa berlaku dikalangan dewasa dan ianya faktor peyumbang terbesar kepada morbiditi dan kematian yang berkaitan dengan hipertensi.

    Matlamat utama rawatan hipertensi adalah untuk mengelakkan risiko dan kematian akibat komplikasi dari penyakit lain yang boleh berlaku disebabkan hipertensi.Ini boleh dicapai dengan mengekalkan tekanan darah pada julat yang normal iaitu tekanan darah sistolik kurang dari 140mmHg dan diastolik kurang dari 90mmHg. Rawatan terhadap masalah hipertensi boleh dilakukan dengan menggunakan ubatan atau tanpa menggunakan ubatan. Rawatan tanpa ubatan memainkan peranan yang penting dalam rawatan hipertensi. Namun begitu, ianya hanya boleh dilakukan kepada pesakit yang mempunyai hipertensi yang ringan iaitu pada tahap satu. Bagi pesakit hipertensi yang serius rawatan dengan menggunakan ubatan adalah perlu

    Pemilihan agen anti hipertensi mengikut jenis penyakit adalah seperti berikut:-

Masalah Diuretik Penghalang beta Penghalang penukaran enzim angiotensin Penghalang saluran kalsium Penghalang alfa Penghalang angiotensin 2
Kencing manis   perlukan    perhatian perlukan    perhatian boleh boleh boleh boleh
Gout tidak boleh boleh boleh boleh boleh boleh
Dyslipidemia    perlukan    perhatian perlukan    perhatian boleh boleh boleh boleh
Penyakit jantung iskemik boleh boleh boleh boleh boleh boleh
Kegagalan jantung boleh perlukan    perhatian boleh perlukan    perhatian boleh boleh
Asma boleh tidak boleh boleh boleh boleh boleh
Penyakit periferi vaskular boleh perlukan    perhatian boleh boleh boleh boleh
Kegagalan buah pinggang boleh boleh perlukan    perhatian boleh boleh perlukan    perhatian
Stenosis arteri renal boleh boleh perlukan    perhatian boleh boleh perlukan    perhatian
Golongan tua tanpa risiko penyakit boleh boleh boleh boleh boleh boleh

 

 

                                                               

                                                     

          

Hosted by www.Geocities.ws

1