CATATAN
SEORANG PENGEMBARA: KEMBARA SIBER v. 2 | ||||||
:: 2 Februari 2005 :: Rabu :: Setiap hari menonton berita di kaca TV. Dan setiap hari jugalah saya berfikir, "apakah setiap hari dunia ini tidak aman? Atau memang benar dunia ini tidak pernah aman?". Kerana hampir setiap hari saya menonton berita-berita tentang kematian, peperangan, penyakit dan benda-benda negatif lainnya. Sepertimana yang sering dikatakan oleh ramai orang, bahawa kejadian tsunami dan bencana-bencana alam lain merupakan salah-satu daripada perbuatan manusia itu sendiri. Memang benar Allah yang menjadikannya, tetapi saya percaya manusia (sebagai khalifah Allah di muka bumi ini) yang bertanggungjawab. Seperti yang dipertontonkan kepada kita tentang isu-isu tempatan, seperti isu sungai kotor, dan sebagainya itu sebenarnya satu isu yang sudah klise, dan sebenarnya ia amat bermusim. Seharusnya semua bertanggungjawab. Dan kerana itulah saya melihat peranan NGO, seperti MNS (saya ahlinya), perlu memainkan peranan yang lebih besar di dalam mendidik dan memujuk secara keras setiap golongan masyarakat untuk bersama-sama memelihara alam ini. Saya yakin, kiranya semua NGO bekerjasama (win-win situation), setiap serangan dari pelbagai sudut itu akan menyedarkan masyarakat akhirnya. Dan seterusnya bukan sahaja isu alam sekitar akan terjawab, malah isu-isu sosial lain juga akan turut sama dapat diselesaikan. :: BACA NOTA KULIAH :: BACA SEMBANG BUKU :: LAWAT BUKUONLINE :: |
||||||
:: Catatan Hari Ini :: Catatan Hari Lalu ::
Catatan Bulan Ini :: Arkib
:: Biodata :: Jaringan :: CSPinovasi
:: GUESTBOOK
:: | ||||||