CATATAN
SEORANG PENGEMBARA: KEMBARA SIBER v. 2 | ||||||
:: 31 Januari 2005 :: Isnin :: Seperti biasa, Sabtu dan Ahad seharusnya merupakan hari-hari sosial bagi keluarga saya. Sama ada menerima tetamu, atau menjadi tetamu. Tetapi pada hari Sabtu yang lepas, merupakan hari 'belajar' bagi saya. Apa ke tidaknya, seharian, dari pagi hinggalah ke malam, saya telah berjaya 'memakai 3 topi' yang berlainan. Pada waktu pagi, saya mengikuti Intellectual Discourse di universiti berkaitan dengan Neuro Linguistic Programming (NLP). Dan Insya Allah, pada hari Khamis nanti saya akan mengikuti workshopnya pula. Pada sebelah petang, mengikuti satu diskusi di PENA (sepertimana yang diketahui ramai, bahawa ia amat berkaitan dengan dunia weblog, kerana para pendiskusi itu adalah nama-nama yang sudah dikenali ramai di alam maya ini, seperti kak Nisah, kak Sri Diah dan Tok Rimau). Dan pada malam hari pula, saya mengikuti satu aktiviti anjuran Persatuan Pencinta Alam (MNS) di hutan FRIM, iaitu mencari katak, untuk mengenali alamnya dengan lebih dekat lagi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Sabtu itu telah banyak memberikan saya pandangan yang cukup positif tentang kehidupan di Kuala Lumpur. Sebenarnya juga, hidup selama ini di Kuala Lumpur (baru 3 tahun saya di sini), sedikit-sebanyak mengusir pandangan negatif saya terhadapnya. Dan semoga hari-hari mendatang ini dapat memberikan saya ruang lebih untuk berbakti kepada masyarakat.
| ||||||
:: Catatan Hari Ini :: Catatan Hari Lalu :: Catatan
Bulan Ini :: Arkib :: Biodata
:: Jaringan :: CSPinovasi
:: GUESTBOOK
:: | ||||||