|
|
SEJARAH KAMPUNG BUMBUN
Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya
dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".
Menurut cerita, Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman
pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis.
Raja Malim Deman sering mengintai Puteri Santan Bertapis ketika mandi di
Pantai Cermin (kampung Sermin sekarang ini) lokasi tempat Raja Malim
Deman sering mengintai adalah di atas sebuah bukit yang tinggi, diatas
bukit ini dibuat bumbun sebagai tempat persembunyian. (Bumbun adalah
rimbunan kayu-kayu yang dilonggokkan)
Hinggalah suatu ketika Raja Malim Deman menyampaikan hasrat untuk
memperisterikan Puteri Santan Bertapis. Oleh kerana tiada rasa cinta
Puteri Santan Bertapis terhadap Raja Malim Deman maka diberikan syarat,
sekiranya syarat tersebut berjaya dilaksanakan barulah Puteri Santan
Bertapis bersetuju untuk menjadi isteri kepada Raja malim Deman.
Syaratnya adalah Raja Malim Deman diminta untuk memanah sebentuk gelang
yang dipegang oleh Puteri Santan Bertapis, manakala tempat Raja Malim
Deman melepaskan anak panah adalah dari atas bukit berhampiran bumbun
tersebut dan gelang yang dipegang oleh Puteri Santan Bertapis adalah di
sebuah perkampungan bersebelahan (Kampung Gelang Cincin sekarang ini)
Dengan kepakaran seorang anak raja, maka Raja Malim Deman berjaya
memanah masuk anak panah kedalam gelang yang dipegang oleh Puteri Santan
Bertapis. Amat memeranjatkan dan tidak percaya dengan kebolehan Raja
Malim Deman, maka diberi syarat kedua untuk memanah masuk kedalam
sebentuk cincin yang juga dipeganag oleh Puteri Santan Bertapis. Dengan
kepakaran dan kebolehan Raja Malim Deman, panahan kedua berjaya juga
masuk kedalam cincin tersebut.
Puteri Santan Bertapis amat gusar kerana dia tidak langsung mencintai
Raja Malim Deman, lalu menghilangkan diri. Diceritakan, Puteri yang
digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera
dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan
baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu
tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan
demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman".
Di ambil dari kisah mitos ini lah maka kampung ini diberi nama Kampung
Bumbun sehingga kini.
sumber : copy & paste whatsap tn fuad |