kembali ke halaman utama

kelanagaleri  |  aktivitidownload  |  ilmu

_Apa itu kelana?
                     
   

Dalam Persekutuan Pengakap Malaysia atau dengan singkatannya PPM, pengakap kelana dikategorikan bahagian dewasa selain pengakap kanak-kanak, muda dan remaja. Ia bukannya pergerakan bersifat anti politik untuk para belia. Ia juga memberikan para belia kita untuk berkhidmat dalam masyarakat dan berpeluang melancong dalam negara dan berhubung dengan pengakap luar negara. Tiada pengecualian dalam pengakap bahkan ianya terbuka bagi semua tidak kira ianya mana-mana bangsa, agama dan warna, seseorang itu perlulah mematuhi P.O.R yang termaktub dalam PPM. Ia ditubuhkan diatas prinsip pengakapan yang bermatlamatkan pembinaan semangat kerakyatan dan menggalakkan pembangunan fizikal, mental sosial dan semangat golongan muda agar mereka dapat mereka memperolehi kedudukan baik dalam masyarakat dalam dan luar negera.

Moto kelana adalah berkhidmat...........

 

   
_Sejarah awal Kelana

Pengakap Kelana atau Rovers bermula diEngland pada 1917 dan dikenali sebagai Senior Scouts atau Pengakap Dewasa. Yang mana Pengakap yang lama ingin terlibat sama dalam aktiviti kepengakapan lalu dicadangkan kumpulan kelana berdasarkan minat dan kebolehan mereka. Setahun kemudian ia ditukarkan nama kepada Rovers Scouts (Pengakap Kelana). Pada 1922, BP menerbitkan buku rovering to success dimana dibentangkan hala tuju dalam kehidupan dan matlamat berkelana sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikut keadaan semasa. Pada tahun 1931, perkhemahan kelana sedunia (World Rovers Moots) diadakan di Kandersteg, Switzerland. Seramai 3 ribu ahli kelana hadir dalam perkhemahan ini.

Seterusnya perkhemahan kelana sedunia yang kedua pada 1935-Ingaro, Sweden dan 1949-Skjak, Norway kemudiannya balik ke 1953-Kandersteg, Switzerland 1961-Australia merupakan yang ke-7

_Syarat Keahlian Kelana
                     
   

syarat utama bagi seorang itu ialah...

  • melengkapkan borang keahlian sebelum bulan March.
  • permohonan dipersetujui oleh Ketua Kelana dan diterima ahli-ahli pasukan.
  • mencapai peringkat umur 17 1/2 hingga ke atas.
  • mengetahui rukun agama setaraf dengan usianya.
  • beragama
  • warganegara Malaysia
  • tidak mengira warna kulit
   
_Pemakaian Uniform
                     

Pemakaian uniform yang telah ditetapkan ialah

untuk lelaki

  • kemeja kelabu cekak musang berlengan (tidak kira pendek dan panjang) dengan 1 lencana keahlian dan lenacan bendera malaysia.
  • forage cap lilita kuning dan dilekatkan lencana besi sadur emas.
  • kasut bertali
  • name tag atau tag nama berwarna hitam pada atas poket kiri

untuk wanita

  • kemeja kelabu cekak musang berpoket dua dengan 1 lencana keahlian dan lenacan bendera malaysia.
  • boiler hat dan dilekatkan lencana besi sadur emas.
  • bertudung kelabu jika muslim
  • kasut bertali
  • name tag atau tag nama berwarna hitam pada atas poket kiri
klik imej dibawah bagi mengetahui bagaimana perletakan lencana, pemakaian epulate dan insignia
 
Uniform Lelaki
 
Uniform Wanita

Berbeza dengan uniform wanita, ia lebih kepada ciri-ciri lama. Cuma tali pinggan kepala besinya ditukar sekiranya seseorang itu dilantik sebagai Pesuruhjaya, warna kepala besi bertukar ke emas. Forage cap dipakai tapi lilitannya berwarna kuning atau emas. Seluar berwarna biru panjang 'navy blue' atau 'blue black'

forage cap tidak dipakai sebaliknya topi pegawai ala tentera berwarna biru dipakai khas untuk pemimpin atau kelana. kedudukan lencana atau insignia sama kanan malaysia dan keahlian dikiri poket. Baju dilepas diluar dan ia mempunyai 2 poket dibawah. Seluar berwarna biru panjang 'navy blue' atau 'blue black'
   
     
                     
 

kelanagaleri  |  aktivitidownload  |  ilmu

Copyright (c) 2006 RafiqkieDesign

 

Hosted by www.Geocities.ws

1