Home | Groups | KTJ| Webmaster

        A K K UUM @ e g r o u p s              || . - * - .. - * - .. - * - .. - * - .. - * - .. - * - .. - * - .|| a l u m n i   k e l a b  k e n u   u n i v e r s i t i   u t a r a   m a l a y s i a || . - * - .. - * - .. - * - .. - * - .. - * - .. - * - .. - * - .||

Selamat Datang Ke AKKUUM.. Laman Sem!-Rasm! Alumn! Kelab Kenu Un!vers!t! Utara Malays!a.. jo!n egroups untuk !nfomas! terk!n! ahl!2 AKKUUM.. Selamat Tahun Baru dan Gong X! Fatt Cha!..

|nfo

AKKUUM

Kata-Kata Aluan Pengerusi AKKUUM
Sejarah Penubuhan Kelab Kenu
YDP Dulu Hingga Kini
Logo & Lagu Rasmi
Peta ke UUM
Forum AKKUUM

Kelab Bertemu Jodoh (KTJ)

 

Hiperangakaian 

Universiti Utara Malaysia
Maybank2U
Kinokuniya Bookstore
Rapid Fire Adventure
Egroups AKKUUM

 

Res|p|

 c4MP|NG

Air Soya

Tempe

Epok-Epok Sayur

h!tz@AKKUUM
Klik di sini

Galeri AKKUUM  

Wajah Ahli
Koleksi Peribadi AKKUUM
Arkib Aktiviti AKKUUM

 

Segala AKKUUM

Database AKKUUM
EmaiL
Daftar bersama egroups
Iklankan kerja@ tempat praktikum
Hubungi Webmaster

 

Kata2 Aluan Pengerusi AKKUUM  `03/04

 

Kita semua seharusnya berasa bersyukur kerana diatas limpah kurniaNya, atas rasa cinta dan sayang dan kerja keras serta usaha kita semua maka wujudlah satu gagasan, suatu kesatuan yang kita namakan dengan ALUMNI KELAB KENU UNIVERSITI UTARA MALAYSIA atau secara ringkasnya AKKUUM

Sejarah penubuhan yang hanya pada mulanya melalui saluran komunikasi secara email bagi mendapatkan berita, bertanya khabar dan berkongsi maklumat telah menjadi utuh dan teguh dengan terbentuknya AKKUUM ini.

 

Tujuan penubuhan AKKUUM ini antara lain adalah bagi menyambung, mengerat serta mengukuhkan tali persaudaraan diantara semua ahli yang sememangnya telah sedia terjalin sewaktu menganggotai Kelab Kenu ketika bergelar siswazah di UUM lagi. Keakraban ini terus dipertahankan oleh ahlinya sehinggalah mereka tamat pengajian dan dengan itu tertubuhlah AKKUUM ini

 

Barisan kepimpinan AKKUUM sessi 2003/2004 yang telah dilantik akan berusaha untuk menyediakan beberapa aktiviti bagi memperkukuhkan asas penubuhan Alumni ini. Langkah pertama yang sedang dijalankan sekarang ini adalah untuk merangka satu identiti penubuhan dengan berusaha mencipta laman web AKKUUM sebagai wardah penyaluran maklumat. Usaha-usaha juga telah dilakukan dengan penghasilan pelekat kereta bagi memberikan imej dan melahirkan kelompok tersendiri

 

Beberapa aktiviti pertemuan turut dirancangkan. Walaupun pertemuan yang diaturkan tersebut tidaklah bersifat formal dan hanya melibatkan pertemuan dikalangan ahli dimajlis-majlis perkahwinan anggota alumni, jamuan bertandang ke rumah anggota Alumni, serta acara bermain bowling sahaja, namun adalah diharapkan pertemuan kecil-kecilan tersebut bakal menjadi pemangkin untuk mengadakan pertemuan bersaiz mega kelak.

 

Adalah menjadi harapan agar AKKUUM ini akan terus wujud dan menjadi sebahagian daripada tata kehidupan semua ahlinya. Semoga persaudaraan yang terjalin dikalangan kita semua sebagai ahlinya terus kekal selamanya.

 

Sekian, wassalam.

 

Shamsul Shamdin aka Laloque
Pengerusi AKKUUM
4 Disember 2003

 

Untuk paparan terbaik gunakan IE 5.0 dan keatas   

 

______________________________________________________________________________________________________________ Copyright © 2004   .  : | |  VRuSPDU feat. GB@nENSM | | : .  All rights reserved. Last Updated 12/01/2004 10:44:21 +0800    

 

1
Hosted by www.Geocities.ws

1