Minit Mesyuarat Penubuhan Kavyan

Tarikh

21 Disember 2002 (Sabtu)

Masa

3:15 petang

Tempat

27 Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam

Mesyuarat Penubuhan Kavyan - 21 Disember 2002

Kehadiran

(berdiri dari kiri) S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman, Vijayaletchumy Vellasamy, Saroja Theavy Balakrishnan, Ganesan Duraisamy.

(duduk dari kiri) Dr Krishanan Maniam, Uthaya Sankar SB, Raman Visualingom, Thillai Kamalan Nadarajah.

Ucapan Pengerusi Penubuhan

Uthaya Sankar SB selaku pengerusi penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini adalah untuk menubuhkan Kavyan.

Meluluskan Nama dan Alamat Pertubuhan

Mesyuarat telah membincangkan tentang nama pertubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) atau dalam Bahasa Inggeris ditulis sebagai Kavyan (Malaysian Indian Writers’ Association). Alamat urusan rasmi adalah di 27 Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam.

Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat telah membincangkan draf perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir. [Baca Perlembagaan]

Jawatankuasa

Satu Jawatankuasa Penaja telah dipilih berpandukan Perlembagaan Kavyan. Mesyuarat mencadangkan supaya senarai ahli dalam Jawatankuasa Penaja dikekalkan sebagai Jawatankuasa Kavyan apabila pendaftaran diluluskan. [Lihat Senarai Jawatankuasa]

Penasihat

Mesyuarat memutuskan untuk melantik Dr Krishanan Maniam sebagai Penasihat Kavyan.

Mendaftar Pertubuhan

Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Pendaftar Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini diserahkan kepada Jawatankuasa Penaja untuk menguruskannya.

Izin Sementara Bagi Menjalankan Aktiviti

Majlis memutuskan untuk mendapatkan surat izin sementara bagi menjalankan aktiviti supaya aktiviti boleh dimulakan pada Januari 2003; sementara menunggu pendaftaran pertubuhan diluluskan. Tugas mendapatkan surat izin ini diserahkan kepada Jawatankuasa Penaja untuk menguruskannya.

Mesyuarat Tamat

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 4:45 petang.

       

Hosted by www.Geocities.ws

1