* Klik pada tab yang telah disediakan untuk melihat paparan.

Komposisi adalah satu teknik mengawal mata manusia melihat ilustrasi. Ia juga memastikan subjek (objek utama yang mahu ditonjolkan) sentiasa berada point-of-interest (POI) mata manusia. Subjek, sama ada objek ataupun watak yang mahu diketengahkan, perlu berada dalam berhampiran POI. Sekiranya tidak, berkemungkinan pandangan manusia terlepas pandang subjek dan membuatkan ia terganggu.

Ilustrasi di bawah menunjukkan contoh subjek yang berada di dalam dan di luar lingkungan POI:

Kawasan di POI

Kawasan di POI

Ilustrasi ini menunjukkan objek berada di kawasan POI. Ini memudahkan pandangan mata manusia untuk fokus akan objek yang diketengahkan dari pelukis.

Kawasan di luar POI

Kawasan di luar POI

Ilustrasi ini menunjukkan objek berada di kawasan luar dari POI. Ini menyebabkan pandangan dari mata manusia agak terganggu untuk fokus.