DIALEK
DER ORIENTALISCH-INDIANISCHE KUNST- UND LUST-GARTNER:
SUMBANGAN JERMAN AWAL KEPADA KAJIAN DIALEK MELAYU*

James T. Collins

PENGENALAN PADA akhir abad keenam belas, Belanda melakukan pelayaran perdagangannya yang pertama ke Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, sesudah berdirinya Vereenigde Oostindische Compagnie (VOC) pada bulan Maret 1602, kepentingan perdagangan Belanda berkembang dengan meluasnya penjajahan yang ditandai oleh penaklukan Ambon, Jakarta, Melaka, Makasar dan Banten serta pelabuhan-pelabuhan di India dan Sri Lanka. Diawal abad ke tujuh belas, buruh Belanda perlu ditampung oleh pengusaha bangsa Eropah yang lain. Karena kedudukan geografi, linguistik dan budaya mereka yang dekat dengan Belanda, tidak mengherankan bahwa orang Jerman merupakan majoritas rekan VOC yang bukan Belanda. Malah, di beberapa pelabuhan dagang yang tertentu, orang Jerman paling besar jumlahnya dalam tentera VOC. Tetapi orang Jerman berhasil dengan cemerlang bukan saja sebagai tentara jalan kaki atau tentara meriam, malah sebagai pakar bedah, ahli botani, ahli geografy dan akuntan juga.

Paling tidak peranan telah diberikan kepada kehadiran orang Jerman dalam urusan penjajahan Belanda, terutama pada awal zaman itu.
Berita tentang pengalaman yang ditulis sendiri oleh orang Jerman yang dibawa pulang, biasanya dengan tujuan untuk memberi ingatan kepada rakan senegara mereka tentang betapa dahsyatnya berkhidmat dengan VOC, berlaku pada sepanjang abad ketujuh belas dan awal abad kelapan belas.
Banyak daripada laporan yang menarik ini yang diterbitkan semula dalam siri, Reisebeschreibungen von Deutschen Beamten und Kriegsleuten im Dienst der Niederlandischen West- und Ost-Indischen Kompagnien 1602-1797. U. Kratz (1981) turut menulis secara ringkas tentang orang Jerman di Indonesia pada zaman ini.

Antara orang yang pada peringkat awal turut terlibat dalam kegiatan orang Jerman ini termasuklah George Meister, arkitek landskap dari Dresden, yang banyak melawat ke kota kara Belanda di seluruh Asia, sungguhpun dia sebenarnya tidak bekerja dengan VOC. Bukunya yang terbit pada tahun 1692, Der Orientalisch-Indianische Kunst- und Lust-Gartner , mempunyai kesan yang sangat besar terhadap imaginasi umum pembacanya yang terdiri daripada orang Jerman. Tambahan pula, lukisan botani yang begitu banyak yang digunakan untuk menjelaskan laporannya secara langsung mempengaruhi evolusi corak porselin Meissen (Sonntag dan Schuster 1990: 62).

Namun, bukanlah pengaruh Meister terhadap sejarah kebudayaan Eropah yang menjadi tumpuan kertas yang ringkas ini. Makalah ini sebenarnya bertujuan untuk meneliti sumbangan Meister sebagai salah seorang orang Jerman yang pertama yang merakamkan sebuah dialek Melayu. Bab XV bukunya (hlm. 203 – 215) mengandungi dua dialog bahasa Jerman dan bahasa Melayu, "wie es auf Bataviainsgemein von denen Inwohnern schlecht und ohne grosse Ceremonien gesprochen wird." Usaha untuk menampilkan bahasa Melayu biasa yang diucapkan "tanpa istiadat" pada abad ketujuh belas di Jakarta (Batavia) ini, merupakan rakaman pertama yang memadai tentang dialek Melayu Jakarta, dialek Melayu tidak baku yang paling menonjol dalam bahasa Indonesia moden.

Sungguhpun dokumentasi awal ini penting potensinya, sumbangan Meister ini jarang diberi perhatian. Selain huraian singkat oleh Kratz seperti yang disebutkan di atas, seorang ahli bahasa Belanda, C.D. Grijns, baru-baru ini ada melampirkan sebahagian daripada dialog pertama Meister kepada disertasinya (Grijns 1991, Bahagian 2, Lampiran 2.1). Malangnya, contoh ini dicetak "tanpa istiadat" kerana tidak ada perbincangan tentang data itu yang disertakan, kecuali beberapa keterangan ringkas. Baru-baru ini seorang ahli bahasa Jerman, B. Nothofer secara sepintas lalu memperkatakan beberapa aspek fonologi dan morfologi dialog Meister sebagai sebahagian daripada perbincangannya tentang sejarah bahasa Melayu Jakarta (Nothofer 1994).

Perbincangan yang dibentangkan di sini akan memberikan komentar tentang pandangan Nothofer dan menghuraikan aspek-aspek lain tentang dialog bersejarah Meister. Makalah ini terbahagi kepada tiga bahagian: Ortografi dan Fonologi; Morfologi dan Sintaksis; dan Leksikon. Bahagian kesimpulan pula akan melihat kerelevanan teks Meister dalam kerangka penulisan sejarah bahasa Melayu.

ORTOGRAFI DAN FONOLOGI
DUA belas halaman dialog bahasa Melayu yang terdapat dalam buku Meister banyak memberikan cabaran kepada kemahiran interpretasi pembaca. Sungguhpun ada hanya beberapa kesilapan sahaja dari segi percetakan, namun kombinasi kata-kata kuno, sintaksis yang ganjil dan ortografi yang secara tekal tidak tepat memerlukan pembacaan yang lambat dan teliti. Dalam pada itu, sementara sistem konsonannya mengelirukan, penulisan vokal menunjukkan bahawa sistemnya boleh dipercayai. Masalah utama dalam menafsirkan konsonan ialah bahawa hentian bersuara dan tidak bersuara sering saling bertukar ganti.
Perhatikan contoh yang berikut:
Meister (1692) :Kata yang Dimaksudkan :
by gy, pygy pergi
balla pala
buckel, puckel pukul
bockenere, poccenerepakanira (awak)
bottong,bodtongpotongpotong
ambatempat
panga, banga banyak
petta, bettabeta
prappe, prabe, brappe berapa
pachus, bachus bagus
petiri berdiri
pey baik
pussarbesar
pusschucbusuk
pigitou,bigitoubegitu
prasberas
plybeli
paeranbarang
puli, buli boleh
pabbaebapa
sepilang sembilan
seplassebelas
duan, tuan tuan
dide, tide, tidatidak
dau, tau tahu
dugutujuh
undumuntung
udanghutan
adasatas
tenger, tingerdengar
tattang, dattangdatang
tissaene, dissaenedi sana
tiaedia
aeta, aedaeada
suta, sudasudah
titortidur
dutogck, duduckduduk
gabarkabar
gudakuda
gras keras
ticatiga

Tidak jelas mengapa berlakunya campur aduk yang begitu mengelirukan antara pasangan obstruen tersebut. Mungkin perbezaan dalam onset penyuaraan ataupun perbezaan kecil dalam titik artikulasi antara bahasa Jerman dengan bahasa Melayu menjadi punca masalah ini. Tambahan pula, besar kemungkinannya Meister belajar bahasa Melayu daripada kenalan yang baginya bahasa Melayu adalah bahasa kedua, misalnya penutur bahasa Jawa atau Cina dan daripada orang Jerman lain. Perlu diingat bahawa pada masa ini pun, apabila bertutur dalam bahasa Melayu (atau bahasa Indonesia) banyak penutur bahasa Jawa yang memindahkan fonetik bahasa Jawa kepada fonologi bahasa Melayu. Isu yang relevan di sini ialah bahawa dalam bahasa Jawa, /b, d, g/ ialah hentian bisikan, iaitu konsonan bersuara nafasan (lihat Ladefoged 1974) manakala /p, t, k/ adalah konsonan tidak bersuara.

Kepada penutur bahasa Jerman atau Inggeris, hentian bersuara nafasan ini sering dianggap hentian tak bersuara. Biar apa pun punca kekeliruan itu, Meister mungkin orang Jerman pertama yang keliru dengan konsonan b dan p tetapi dia bukan orang yang akhir. Misalnya, dalam buku kecil Huttenbach yang terbit pada tahun 1889, yaitu Anleitung zur Erlernung des Malayisschen zum Studium wahrend der Reise nach Ost-Indien, kita mendapati kekeliruan yang sama; misalnya:
Huttenbach (1889) : Kata yang Dimaksudkan :
bunje punya
bigi pergi
aba apa
labar lapar
tiga-bulo tiga puluh
dida tidak
dittor tidur
danya tanya
kidda kita
laki lagi
karka harga
Dua ratus tahun yang memisahkan Meister dengan Huttenbach tidak menyelesaikan masalah obstruen ejaan!
Jika diketepikan masalah ejaan ini dan masalah lain yang berkaitan dengan ejaan, maka akan terlihat suatu gambaran yang jelas tentang sebahagian daripada fonologi bahasa Melayu di Jakarta pada akhir abad ketujuh belas.
Begitu banyak contoh yang jelas menunjukkan bahawa sebutan /a/ dalam suku kata akhir terbuka ialah vokal tengah hadapan, iaitu [e] atau [ ].
Ciri fonetik ini merupakan salah satu ciri lambang bahasa Melayu Jakarta pada hari ini. Kehadiran [ ] pada zaman awal ini amat penting dalam merakamkan jarak masa dialek kawasan itu. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
Meister (1692) : Dialek Melayu Jakarta : Penjelasan:
aede ad ada
ape, appe ap apa
caette kat kata
carge k rj kerja
clape k lap kelapa
diae di dia
dissinae di san di sana
gille gil gila
karnape k nap kenapa
laeme lam tua
pockenere _____ awak
prappe b rap berapa
punge puny punya
Yang berkaitan dengan fenomena ini ialah bukti bagi kehilangan /h/ di hujung kata dalam bahan Meister. Bahawa penutur bahasa Jerman, malah penutur bahasa Inggeris, mungkin tidak dapat mendengar bunyi /h/ di hujung kata bukan sesuatu yang luar biasa. Tetapi dalam hal bahan Meister, ketiadaan –h sepadan dengan perubahan bunyi di hujung kata daripada /a/ menjadi [ ]. Oleh hal yang demikian, bahan Meister mencerminkan dua ciri dialek Melayu Jakarta: -h > O dan, -a à [ ]. Contoh:
Meister (1692) :Dialek Melayu Jakarta :
meere mer (merah)
rumme rum (rumah)
sute sud ud (sudah)
Nothofer (1994) menjelaskan bahawan kehilangan /h/ di hujung kata dalam dialek Melayu Jakarta merupakan inovasi diagnostik yang kelihatan juga dalam dialek Melayu Bangka dan Palembang. Oleh hal yang demikian, bukti tahun 1692 ini menguatkan dakwaan Nothofer tentang kepurbaan inovasi ini.
Satu lagi fitur yang menjadi ciri dialek Melayu Jakarta pada hari ini, seperti yang dicerminkan dalam dialog Meister, ialah retensi PAN *e ([ ]) dalam suku kata akhir; lihat Adelaar 1992. Sementara kebanyakan dialek Melayu menggantikan huruf *e pada posisi itu dengan /a/, dialek Melayu Jakarta jelas mengekalkan *e sebagai [ ]. Dalam beberapa perkataan, ortografi Meister menunjukkan retensi ini, misalnya:
Meister (1692) : Dialek Melayu Jakarta : Penjelasan :
tenger d ng r dengar
comdien _______ kemudian
liet li t lihat
Kombinasi retensi *e dan perubahan inovatif -h menjadi kosong lalu menyebabkan –a menjadi [ ] kuat menyokong tanggapan bahawa Meister merakamkan bukti terawal tentang kewujudan dialek Melayu Jakarta sebagai suatu dialek daerah Melayu yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, secara signifikan, Nothofer (1994) mendapati bahawa tidak semua /a/ di hujung kata dalam teks Meister yang menunjukkan perubahan /a/ kepada [ ]. Tambahan pula, *e tidak selalu dikekalkan dalam suku kata akhir.
Terdapat kekecualian yang begitu banyak yang, menurut pendapat Nothofer, menggambarkan perkembangan suatu lingua franca yang pada waktu itu bersaing dengan dialek Melayu Jakarta. Dengan kata lain, dialog Meister mengandungi unsur-unsur kelainan dialek Melayu yang lebih daripada satu. Dapat disebutkan di sini bahawa, pada satu pihak, dalam abad yang berikutnya orang Eropah di Batavia (Jakarta) memilih kelainan lingua franca sebagai bahasa perhubungan mereka yang utama; lihat, misalnya, bahan yang terdapat dalam Parkinson (1784) atau [Zomerdijk] (1780).

Pada satu pihak lagi, dialek Melayu Jakarta terpelihara dalam sebuah masyarakat penutur natif yang kecil tetapi berkembang, pace Grijns (1991).
Campuran bentuk dialek Melayu Jakarta dengan bentuk suatu kelainan yang berbeza dan yang sedang berkembang menunjukkan bahawa Meister terdedah kepada dialek Melayu yang bersifat majmuk. Fenomena yang sama telah dilaporkan tentang kelainan Swahili di beberapa bandar raya pelabuhan yang sibuk di Bahagian timur Afrika hari ini. Di Jakarta pada abad kelapan belas atau kesembilan belas, ketika garis pemisah sosial dan ras jelas memisahkan orang Eropah daripada penutur dialek Melayu Jakarta, besar kemungkinannya bahawa tidak banyak dialek Melayu Jakarta yang muncul dalam huraian "bahasa Melayu tempatan" seorang pengembara seperti yang kita dapati dalam bukti fonologi dialog Meister. Halaman berikut


Kirimkan sumbang saran dan kritik ke: Kampung Terempa
1