


.jpg)
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KANSER
Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas. Seterusnya mengalami masalah sembelit dan ciri birit berselang-seli.
Najis bercampur dengan darah.
Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis
menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan
terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang
berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan
pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan
apendiks).Selain itu,terdapat beberapa contoh lain.antaranya :
Muntah.
Hilang selera makan.
Berat badan turun tanpa sebab.
Kerap penat.
Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.
Faktor risiko kanser usus
Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit
ini seperti:
* Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih
90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
* Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan
polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada
dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.
Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah
pertumbuhan sel kanser.Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai
ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat
penyakit ini berbanding orang lain dan Sejarah diri yang pernah
menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti
payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.
* Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu
kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang
kanser usus. Tambahan pula, rokok. Selain menjadi penyebab kepada
banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko
terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai
risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan
perokok.
* Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usu
* Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman
keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.
*Kurang bersenam.
Saringan
dan pengesanan
Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah
kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk
di negara kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh
lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60
peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat
keempat.
Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.
Berdasarkan pemeriksaan makmal untuk saringan tahun pertama didapati dua peratus peserta mempunyai keputusan tidak normal iaitu najis mereka mengandungi darah. Peserta ini kemudiannya dihubungi untuk menjalani ujian susulan bagi memastikan sama ada kandungan darah dalam najis mereka disebabkan kanser atau masalah kesihatan lain dan diberikan rawatan sewajarnya.

Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari
badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan
menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang
diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi
perlahan dan terbantut.





