| Selepas sedekad harungi dunia seni, KRU lebih dewasa Oleh:Saharudin Musthafa |
| Kebiasaannya sudah menjadi tabiat ketiga-tiga adik beradik ini ketika kecil untuk menghabiskan masa lapang mereka di studio yang terletak di salah sebuah bilik kediaman ibu bapa mereka di Taman Melawati,Kuala Lumpur. Ada kalanya,berjam-jam masa dihabiskan tiga beradik lelaki ini yang sememangnya mempunyai hubungan yang akrab.Topik perbualan dan modal 'pertengkaran' ketiga-tiga mereka ketika itu,tidak lain melainkan soal muzik.Cinta mereka terhadap muzik terlalu mendalam.Ketiga-tiga mereka itu iaitu,Norman,Yusry dan Edry merupakan anak-anak hasil pernikahan campuran Melayu dan Inggeris. Seperti yang sering disebut oleh masyarakat, anak-anak hasil pernikahan campur selalunya bijak dan mempunyai kemahiran yang luar biasa. Barangkali,faktor itu juga ada kaitannya dengan Norman Yusry,dan Edry. Minat dan cinta mereka pada muzik mula berputik seawal usia masing-masing mencecah lapan, tujuh, dan empat tahun. Album nyanyian kumpulan The Beatles sentiasa menjadi pilihan mereka. Ada kalanya ketiga-tiga mereka akan berlakon menjadi seperti kumpulan ternama dari Barat itu. Norman begitu mengagumi John Lennon, Yusry pula memilih Paul McCartney dan Edry berangan-angan untuk menjadi Ringo Starr, atau George Harrison. Hari ini, anak-anak kecil itu sudah membesar. Mereka yang meggelarkan diri mereka sebagai KRU mencatat nama sebagai antara artis Melayu yang berjaya dan berpengaruh di Malaysia Mereka punya catatan perjalanan seni yang penuh berwarna-warni selain banyak merakamkan kejayaan. Selain bakat seni, KRU turut memiliki aset perniagaan yang bernilai jutaan ringgit hasilkerja keras mereka dalam bidang muzik. Anda juga perlu mengetahui bahawa salah seorang daripada anggota kumpulan itu, Edry, 26, sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.Tinggal dua orang lagi iaitu Norman, 30, dan Yusry, yang masih bujang. Masa berlalu dan pelabagi evolusi muzik terus mendominasi pasaran muzik dunia. Tetapi, apa yang pasti kesetiaan dan kejujuran ketiga-tiga adik beradik ini terhadap muzik yang diperjuangkan oleh The Beatles tidak pernah berubah. Bertitik tolak dari pengaruh yang menebal itu juga, Norman,Yusry, dan Edry membuat perhitungan untuk merialisasikan cita-cita mereka untuk menjadi pemuzik yang berjaya. Berlandaskan cita-cita itu selain restu dan doa ibu bapa mereka,ketiga-tiga mereka nekad untuk memperjudikan nasib sebagai artis dengan menggelarkan diri sebagai KRU.KRU yang membawa maksud "Kumpulan Rap Unggul",diilhamkan oleh ketiga-tiga beradik itu berdasarkan kepada perkembangan industri muzik ketika itu yang lebih banyak tertumpu kepada muzik rap. Tahun 1992 merupakan tahun yang meyaksikan kemunculan trio adik-beradik KRU.Genre muzik rap versi KRU mendominasikan hampir keseluruhan pasaran muzik tanah air dan mereka muncul sebagai artis Melayu pertama yang mencuba nasib dengan muzik sedemikian. Pantas masa berlalu.Tanpa sesiapa sedari,tahun ini genap 10 tahun KRU memperjuangkan nasib sebagai anak seni.Selama itu juga,KRU tidak hanya menghadkan kreativiti mereka mengasilkan lagu-lagu berkonsepkan rap semata-mata.Sebaliknya,seiring dengan perubahan usia dan perubahan dunia muzik,KRU tidak terlepas daripada melalui pelbagai transisi muzik. "Muzik dan kehidupan kami terlalu rapat dan kami tidak nafikan transisi muzik kami ada kaitannya dengan kehidupan yang kami lalui. "Kami melihat,merasa dan mendegar.Secara tidak langsung kesemua faktor ini mempegaruhi gaya kami berkarya,"kata KRU dalam satu pertemuan dengan Mingguan Malaysia di pejabat mereka di KRU Berhad yang terletak di pusat perniagaan Jelatek,Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur,Khamis lalu. |