| Cinta Norman bertahan 2-3 bulan Oleh:Nor Asikin Hassan Foto:Ihsan KRU Records |
| URTV sempat mengusik Norman yang masih lagi bujang dan sedang mencari teman wanita,bagaimana kriteria wanita pilihannya? Saya ni cepat bosan.Jadi kalau wanita pilihan saya mestilah interesting dan tidak membosankan.Interesting ini termasuklah perwatakkannya ,stail,pemikiran dan segala-galanya.Tak semestinya dia kena cantik,tapi interesting",kata Norman. Ooo,sebab itulah,Norman asyik bercinta saja? "Yalah kut.Sebab tak interesting sebab itulah dua tiga bulan saja melekat.Lepas tu,mulalah bosan.Bukan apa,kerja saya ni dalam bidang interesting.Jadi,bila dapat kawan yang tak interesting,saya jadi cepat bosan.Sebab itulah saya nak cari orang yang interesting sebab tak naklah berkawan sekejap saja.Kalau boleh biarlah ke akhir hayat.Mintak-mintak dapatlah macam tu. "Target kahwin saya seboleh-bolehnya sebelum 35 tahun.Sekarang ni baru 30 tahun.Muda lagi..Hahhaha.."kata Norman. KRUjaan tu apa? Kata Norman,"KRU baru saja melancarkan album terbaru berjudul KRUjaan.Ramai yang tanya kenapa namanya KRUjaan yang bunyinya macam 'kerajaan'.KRUjaan melambangkan keutuhan,kekuatan,dan pengaruh dan saya rasa ini sesuai untuk KRU yang dah masuk tahun ke-10 pada 19 Mei ini. . "Album kami ini ada sembilan lagu nyanyian KRU dan sebuah lagu duet antara Yusry dan ErraFazira berjudul Ucapkanlah.Jadi,kalau nak tahu apa yang diucapkan oleh Yusry dan Erra,kenalah dengar album KRU yang akan dipasarkan pada 16 Mei .Bagi mereka yang nak mendengar lagu KRU,mereka boleh mendengar menerusi internet iaitu www.kru.com.my",kata Norman. Banyak yang nak taja filem KRU Mengenai filem,kata Norman mereka menerima banyak tawaran daripada organisasi yang mahu memberi tajaan bagi filem KRU."Kami memang berminat nak buat filem tapi banyak perkara yang perlu difikirkan.Kalau dari segi pengalaman di belakang kamera,KRU yakin memang boleh sebab kami dah ada pengalaman dari segi menerbitkan banyak program seperti hiburan,game show,dokumentari,buat klip video,dubbing,mixing dan kerja-kerja di belakang tabir.Yang itu bukan masalahnya.Malah dokumentari kami berjudul Lagenda Melayu terpilih di peringkat awal oleh RTM untuk dibawa ke Festival Filem di Iran. "Cuma apa yang perlu difikirkan ialah dari segi pengisian,pengedaran di pawagam,pasaran VCD,pemasaran mengenai Internet dan tajaan.Itu yang penting.Walaupun orang nak taja KRU,dan semuanya duit mereka,tapi bagi KRU dan semuanya duit mereka duit kita sebab kita pun berjaya.Jadi sekarang ni,biarlah KRU memfokus dalam kerja-kerja penerbitan dengan lebih mendalam. Album Tribute To KRU Sempena sambutan 10 tahun KRU,artis-artis yang bernaung di bawah KRU telah menghasilkan satu album Tribute To KRU. "KRU langsung tak masuk campur dalam menghasilkan album ini.Semuanya dibuat oleh artis sendiri,iaitu Dr Kronik(Fanatik),Preety Ugly(Bidadari),Elite(Mengerti),Indigo(Jangan Lafazkan),Ezlyn(Semua OK),Fara(Dua) dan Trez(Negatif).Album ini dilancarkan pada 10 Jun akan datang,"kata Norman. Kelab Peminat "KRU nak melancarkan semula Kelab Peminat KRU bagi merapatkan hubungan KRU dengan peminat.Bagi 1000 ahli pertama yang mendaftar,akan mendapat sehelai kemeja-T KRUjaan.Kelab peminat ini diuruskan secara sukarela oleh peminat KRU sendiri,iaitu Lin,Mimi dan Rizal.Siapa nak sertai kelab peminat boleh menghubungi 03-42528566,"kata Norman. |