Yusry beli kondo nak bina keluarga?
Dalam diam-diam,rupanya Yusry dah membeli sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur,sejak beberapa bulan lalu.Hai...ada apa-apa ke ni?Bersiap-siap nak kahwin ke?

Yang menariknya juga,Yusry pun dah menjual kereta jenis sport Honda NSX(2 tempat duduk) miliknya.Menggantikan kereta itu,Yusry bercadang membeli kereta jenis Mercedes Benz yang lebih besar.

Hai..dah beli rumah dan tukar kereta yang lebih besar!Bersiap-siap untuk bina keluarga sendiri ke?

"Tak adalah...itu semua secara kebetulan saja.Bukan nak berkahwin atau apa,tapi saya pun nak ada harta sendiri juga.Senanglah bila dah tua nanti.Saya tukar kereta pun sebab dah bosan menggunakan kereta tu.Dah lebih 5 tahun saya pakai kereta sport.Saya pun nak beralih angin juga,"kata Yusry.

Katanya lagi,"Maklumlah,dah tua-tua macam ni,selera pun dah berubah.Tak nak lagi bawak kereta dua tempat duduk.Rasanya dah tak sesuai dengan umur saya.Dulu lainlah,muda lagi.Sekarang ni dah berminat dengan kereta yang lebih lapang dan selesa,"kata Yusry.

URTV sempat mengusik,"Hai Yusry,takpe lah bertukar selera pada kereta,jangan bertukar selera dengan cinta,sudahlah"

"Ooo..yang tu tidak.Yang tu tetap yang satu,"kata Yusry sambil ketawa.


Edry dah tak pening fasal gosip

Edry yang baru genap usia 26 tahun pada 28 April lalu,sebenarnya boleh dikatakan dalam posisi selamat.Mana tidaknya,selepas berkahwin,Edry dah sepi daripada kontroversi atau gosip-gosip liar.Anak sulung Edry sekarang iaitu,Emil,dah berusia setahun setengah.

"Itulah untungnya bila dah berkahwin dan ada anak.Orang nak gosip pun dah tak boleh dah sebab saya dah ada isteri.Saya pun dah tak payah pening kepala nak tangkis gosip itu dan ini.

"Cuma sekarang ini,KRU agak sibuk sikit,maklumlah album baru dah keluar dan kami pun kenalah pergi promosi.Jadi buat masa ini,masa yang diperuintukkan untuk anak kurang sikit sebab sibuk di studio dan promosi.Tapi,kalau pergi promosi dan saya boleh membawa anak,saya pasti tak lupa bawak Emil dan Milia.

"Bila dah sibuk macam ni,anak pun susah nak jumpa saya.Tapi,saya pastikanlah anak saya dapat jumpa saya hari-hari.Dia tengah membesar ni,tak boleh nak tinggalkan,nanti karang bila dah besar,dia tinggalkan kita pulak.


"Selalunya saya balik kerja pukul 9 malam.Tapi waktu saya pergi kerja ialah 10 pagi.Adalah masa untuk anak bermain-main dengan saya.Dia pun dah pandai cakap sikit-sikit dan dah kenal orang,"kata Edry.

URTV sempat bertanyakan Hari Ibu sempena Mei,tapi kata Edry,"Ada tak hari isteri?Kalau ada,kan best.Saya ni tak celebrate pun sebab bagi saya,saya menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa setiap hari.Pulak tu,bila dah jadi bapa ni,hari-hari adalah hari kami,"kata Edry tertawa.
Hosted by www.Geocities.ws

1