Bapa KRU mahu makan bersama bakal menantu
Oleh:Haszrul Mohamed
Selama ini,ibu bapa yang mempunyai anggota keluarga bergelar artis,jarang sekali tampil untuk ditemubual oleh wartawan hiburan .Ini kerana alasan yang diberikan pasti berbunyi seperti berikut:"Kami ni bukan artis.Yang jadi artis ialah si polan ...Jadi,interviu ajalah yang jadi artis tu."Sempena dengan sambutan Hari Bapa kali ini,HAI bukan sahaja mengadakan sessi fotografi KRU bersama bapa mereka,Abd Halim Kamal.Tetapi,juga berjaya memujuk Abd Halim atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Halim,untuk ditemubual.

Bayangkan,lebih sejam setengah HAI berbicara dengan Uncle Halim..Maka banyaklah rahsia' Norman,Yusry dan Edry yang pecah'.Ada yang boleh dikongsi bersama pembaca setia HAI.Ada yang off record.Jadi,apa kata jika kita ikuti perbualan bersama Uncle Halim yang bercerita mengenai perasaannya mempunyai tiga anak lelaki bergelar artis popular.

"Meskipun sudah 10 tahun Norman,Yusry dan Edry berkecimpung dalam bidang seni,tidak sekalipun saya ditemubual oleh wartawan.Bukan tidak ada wartawan yang cuba untuk mengadakan interview dengan saya.Tetapi,saya yang agak keberatan.Tetapi,hari ini,saya berbesar hati kerana buat pertama kalinya ,wartawan hiburan berbual panjang dengans saya.Saya sangkakan hari ini(28mei) sekadar nak sessi bergambar bersama anak-anak.Rupa-rupanya,saya terjebak' juga...kena interviu dengan awak!

"Hmm..nak cerita apa ya tentang Norman,Yusry dan Edry sewaktu diorang kecil-kecil dahulu?Sikap diorang memang berbeza .Norman,sejak kecil,memang pandai menjaga adik-adiknya.Dia tu memang boleh diharap.Nak kata Norman ni nakal semasa kecil-kecil tu,taklah senakal mana.Tapi,ada satu character' dalam cerita Manix.Manix ni boleh terbang-terbang.Jadi,Norman ni pernah terjun dari tingkat satu rumah tempat kami tinggal dulu.Macam gaya stunt-man.Apa lagi,jatuh tergolek atas tanah.


"Yusry pula memang pendiam.Dari kecil sampai besar ni.Tapi,dia pandai melukis.Minatnya cenderung ke arah perkara-perkara yang artistik dan kreatif.Mungkin sebab itulah,si Yusry semasa kecil-kecil dahulu,pernah mengejutkan saya dan isteri.Dia sumbat lubang hidungnya dengan peluru plastik daripada pistol mainan yang saya belikan.Kreatif sangat tu..

"Edry?Dia ni sebenarnya kaki merajuk.Kalau kena marah dengan mummy dia,dia akan merajuk dan tidur kat sofa luar rumah.Edry juga kaki mengusik abang-abangnya.Adalah dia buat kat abang-abang dia.Lepas tu,dia akan buat dek' saja.Saya pula menyangkakan abang-abangnya yang buli dia.Maklumlah,ketika itu,Edry yang paling kecil sekali...Tetapi,apabila saya dah tahu rahsia' itu,
sorry.No more saya nak defend dia.Saya biarkan sahja.Itulah gelagat anak-anak saya bertiga ni sewaktu mereka kecil-kecil dahulu,"cerita Uncle Halim sambil ketawa geli hati kerana teringat kembali telatah tiga anak lelaki itu.

Setelah tawanya reda,Uncle Halim menyambung cerita.Katanya,"Diorang bertiga ni jarang bergaduh kerana berebutkan mainan.Selalunya,kalau saya belikan mainan,saya beli setiap seorang satu mainan.Kecuali bola.Bercakap fasal bola...Ada satu insiden tu..Norman,Yusry dan Edry suka benar main bola dalam rumah.Satu hari tu,entah macam manalah diaorang ni tendang bola...terkena pasu dari Sarawak yang saya belikan untuk isteri saya.

"Prang!Pecahlah..Jadi budak-budak ni takut kena marah.Apa lagi dengan bantuan pembantu rumah,diorang pun gamkan balik pasu tu,saya dan isteri tak sedar dan tak perasanlah yang pasu tu dah ditampal.Sampailah isteri saya berkemas..Nampak pasu tu semacam je.Nak dimarah,tak jadi marah.Saya pun kata,tak boleh nak buat apa dah.Benda pun dah pecah.Tapi saya geli hati sebab budak-budak bertiga tu,ada idea nak cantumkan pasu yang dah pecah tu,"ujar Uncle Halim.

MORE>>
Hosted by www.Geocities.ws

1