Perilaku

Tambah Uncle Halim lagi, apabila Norman, Yusry dan Edry sudah dewasa, ada beberapa sikap yang tidak berubah. Norman, very business minded. Yusry, tetap pendiam dan hanya bercakap dengan mummynya sahaja. Dan Edry, sentiasa ketawa dan kaki mengusik.

"Semasa Norman, Yusry dan Edry di zaman persekolahan, saya masih ingat lagi ketiga-tiga mereka ni memang gemar mendengar muzik. Saya pun memang suka muzik. Jadi, saya belikanlah kaset untuk dia orang. Saya juga belikan electronic organ untuk dia orang."

"Edry pandai buat duit. Jadi, semasa zaman dia sekolah dahulu, dia suka bawa kawan-kawan balik ke rumah. Bukannya apa. Dengar muzik. Adalah kawan-kawannya yang minta tolong transfer lagu ke kaset kosong."

"Edry kenakan bayaran. RM 1.00 untuk kawan-kawan yang kurang berkemampuan. RM 2.00 untuk kawan-kawan yang mewah sikit duit poket. Saya ketawa sahaja. Sebab Edry ada koleksi lagu-lagu yang mana kawan-kawannya boleh buat senarai pemilihan lagu-lagu yang digemari."

"Baik Norman, Yusry mahupun Edry, dia orang ni jarang keluar jalan-jalan. Selalu duduk di rumah. Dari kecillah sikap dia orang macam tu. Sekarang, apabila dah bekerja, hidup dia orang tu sama ada kat dalam dalam studio ataupun di pejabat. Saya akui, Norman memang kuat bekerja. Yusry pun sama. Sekarang, apabila Yusry dah ada pilihan hatinya, dia dah pandai bahagikan masa untuk diluanglkan bersama 'kawannya'".

"Edry pula, sejak dah berkahwin, dan dan beranak, lebih betanggungjawab. Tapi, sikap nakalnya dan kaki mengusik tu, masih ada sampai sekarang. Cuma yang saya bimbangkan ialah Norman. Kuat bekerja dan bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya. Jadi,dia pun dah terikut-ikut macam orang tua," kata Uncle Halim.

Hasrat seorang bapa

Uncle Halim termenung apabila ditanya, apakah hasratnya sebagai seorang bapa terhadap anak-anaknya? Maklumlah, dua daripada tiga anak lelakinya masih belum berumah-tangga.

"Sempena Hari Bapa tahun ni, saya ada satu hasrat. Seperti tahun-tahun yang lalu, kami anak-beranak akan berkumpul dan makan bersama-sama. Tak kiralah sama ada makan di rumah ataupun keluar makan."


"Tahun ni, hati saya berhasrat nak makan bersama-sama anak-anak dan pasangan masing-masing. Yusry dengan Erra. Norman dengan seorang model. Ops..Tak boleh cakap sama ada Norman ni serius atau tidak dengan model ni. Dia orang pun baru tiga empat bulan berkawan. But it'll be nice if they can join us for lunch or dinner."

"Satu lagi saya nak katakan di sini. Saya tunggu Yusry buka mulut buka mulut untuk saya pergi meminang. Kami sekeluarga memang suka kalau Yusry dan Erra 'jadi'. Tapi, terpulanglah pada mereka. Saya tak pernah halang hasrat anak saya nak berkawan dengan siapa.

"Antara Norman dengan Yusry, siapa akan kahwin dulu? Ha! Ha! Kalau ikut pandangan saya, Yusry kut. Norman tu  pula, ada macam tak ada. Susah saya nak cakap. Tapi, saya tak tahu detail hubugan cinta anak-anak ni. Yang lebih tahu ialah isteri saya. Yusry, misalnya akan bercerita dengan
mummynya.Samalah dengan Norman ataupun Edry. Mungkin dengan saya,anak-anak ni segan sikit."

"Saya tidak pernah meminta hadiah daripada anak-anak di lahir saya ataupun Hari Bapa. Tapi, selalunya anak-anak tak pernah melupakan saya. Adalah benda yang dia orang plan. Kalau fasal hadiah, hem...Seganlah nak beitahu sebab hadiah yang diberilkan mahal harganya. Tetapi kasih sayang anak-anak terhadap saya memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit."

  "Maka itulah, saya tak boleh nak jawab soalan HAI. Di antara Norman, Yusry dan Edry, siapa yang paling say sayang? Saya juga ada anak perempuan, Harlina. Dia dah pun berumah tangga.Bagi saya, keempat-empat anak saya ni, saya sayang. Tak ada pilih kasih," kata Uncle Halim yang berbangga dengan anak-anaknya itu.   
      


   
Hosted by www.Geocities.ws

1