Secara
ringkasnya, keropok lekor merupakan makanan tradisional
masyarakat Pantai Timur. Ia diperbuat daripada isi ikan
laut dan campuran bahan-bahan lain seperti tepung sagu/kanji,
garam dsbnya. Kesemua ramuan tersebut akan digaul, diuli
dan digentel sebelum direbus didalam air yang panas mendidih.
Kandungan ikan menjadikan keropok lekor sebagai makanan
yang berprotien tinggi, kaya dengan iodine semulajadi.
Jasa
Agribase Product Enterprise adalah syarikat Bumiputra
yang telah didaftarkan pada 01.Mac.2005 dengan skop
perniagaan kami merangkumi pembuatan, pembekalan dan
pengedaran barangan berasaskan hasil laut dan agribase
seperti produk-produk berasaskan pertanian.
Buat
masa ini, pengkhususan kami adalah didalam pengeluaran
dan pengedaran keropok lekor. Resepi yang kami guna pakai
adalah diasaskan di Kuala Besut, Terengganu. Dengan
kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, kami berjaya
menghasilkan produk yang berumusan lembut dan krispi
serta bernutrient tinggi. Produk kami tidak mempunyai
sebarang pengawet dan dijamin halal.
Bahan
utama seperti isi ikan tamban, sardin, selayang dan
isi ikan campur dsbnya didatangkan terus oleh pembekal-pembekal
kami dari Pantai Remis Perak dan Kuala Muda, Kedah.
Kami
komited untuk menjadi pengeluar dan pembekal produk
yang berkualiti bagi memenuhi citarasa pengguna.
Ucapan
jutaan terima kasih ditujukan kepada Jabatan Perikanan
Malaysia dan MARDI kerana
banyak membantu didalam memberi bimbingan, khidmat
nasihat dan kepakaran didalam membangunkan produk kami.
Jika
ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami seperti
alamat berikut:
|