PENGENALAN DIRI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI


      Saya bermula belajar di tadika al palestin di terengganu, semasa umur saya lima tahun.Kemudian saya sambung belajar di Pra Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang semasa umur saya enam tahun.
      Setelah tamat pra sekolah saya masih sambung belajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang iaitu dengan memasuki darjah satu hingga tamat sekolah rendah iaitu darjah enam.Di sekolah itulah saya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan mendapat 5A.
      Setelah menamatkan sekolah rendah saya teruskan pelajaran saya di Sekolah Menengah Kebaangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Di situ saya diperkenalkan dengan cara pembelaran baru iaitu International Baccalaureate atau lebih dikenali IB.Semasa saya di tingkatan satu sekolah itu baru sahaja menjadi candidate tetapi selepas tamat tingkatan lima baru sekolah itu menjadi IB school dan sekolah itu merupakan sekolah  agama pertama menjadi IB school.
        Sekarang saya menyambung belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan .Di sini saya mengambil  mata pelajaran matematik, kimia ,fizik dan sains komputer.Saya akan menamatkan peljaran saya tahun depan di kolej ini.