AhlulBaiyt
By: Naufal Alkaff

Bismillah Al-Rahman Al-Rahiim.

Allah (swt) memerintahkan kepada Rasulnya untuk mengahwinkan anaknya Fatimah kepada Ali dan lahirlah dari keturunan yang berkat ini, anak cucunya yang berterusan di sepanjang zaman.

Diriwayatkan bahawa ketika Rasullullah (saw) mengahwinkan Fatimah dengan Ali, Baginda masuk ke bilik Fatimah dan mendo'akan kepadanya, kemudian Umm Aiman membawa mangkuk berisi air kemudian dicurahkan, lalu direnjiskan di atas kepada Fatimah dan diantara dadanya lalu bersabda: Ya Allah! Aku meminta Engkau melindunginya dan keturunannya dari syaitan yang direjam. Rasullullah bersabda kepada Ali, 'bawakan air kepadaku,' "Ali pun bawakan air itu kepada Rasullullah, lalu Baginda merenjiskan di atas kepala Ali dan diantara dua bahunya dan berkata: Ya Allah, Aku bermohon lindungilah Ali dan keturunannya daripada syaitan yang direjam".

Ketika Fatimah hendak dilamar oleh sahabat Rasullullah (saw), Baginda memberi alasan dengan sabdanya: "Belum lagi diturunkan ketentuan Allah".

Rasullullah (saw) menyandarkan keturunan Ali dan Fatimah kepada dirinya sendiri dengan mengatakan sesungguhnya mereka itu adalah keturunanKu dan anak-anakKu sebagaimana yang diterangkan Al-Quran.

Begitu juga ketika Rasullullah (saw) mendukung Hasan dan Husain baginda bersabda:
"Tiap-tiap anak ada bapanya, sesungguhnya asabah (keturunan) mereka mengikut bapa mereka kecuali anak Fatimah bahawa sesungguhnya akulah bapa mereka dan asabah mereka".

Sabda Rasullullah (saw):
"Sesungguhnya Aku hampir dipanggil lalu aku menunaikan (panggilannya) dan sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang berharga, kitab Al-Quran dan keluargaKu (AhlulBaiytKu). Al-Quran adalah tali yang memanjang daripada langit sampai ke bumi dan Itrah Aku ialah AhlulBaiytKu, dan bahawa Allah yang bersifat Latif memberitahu aku bahawa keduanya tidak akan terpisah sehingga kembali keduanya kepadaKu di Haud, maka tunggulah (balasan) kerana menyalahi Aku dalam kedua-duanya".

Sabda Rasullullah (saw):
"AhlulBaiyt adalah umpama kapal Nabi Nuh, siapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang ingkar daripadanya akan tenggelam (api neraka)".

 

1 Top

| Back | Forward |

 

Hosted by www.Geocities.ws

1