AhlulBaiyt
By: Naufal Alkaff
Bismillah Al-Rahman Al-Rahiim.
AhlulBaiyt a.s. adalah keluarga Rasullullah (saw) iaitu: Imam Ali a.s., Fatimah a.z., Hasan a.s., Husain a.s..
Rasullullah bersabda kepada Fatimah: (daripada Umm
Salamah)
"Datanglah kepadaku suamimu dan
kedua-dua anaknya, kemudian Fatimah datang bersama-sama mereka, kemudian
Rasullullah menutupi mereka dengan kain penutup hitam daripada negeri Fadak,
lalu meletakkan tangannya Rasullullah ke atas mereka dengan bersabda, maksudnya:
Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah Ahl Muhammad, maka jadikanlah salawat
dan keberkatan kamu ke atas keluarga Muhammad sebagaimana telah Kamu jadikannya
ke atas keluarga Ibrahim sesungguhnya Kamu Maha Terpuji lagi Maha Pemurah.
Berkata Umm Salamah: Aku bukakan kain penutup supaya aku dapat masuk ke dalam
bersama-sama mereka tetapi Rasullullah merentap kain penutup itu daripada
tanganku dan bersabdanya kamu berada dalam kebaikan".
Kemudian Rasullullah berdo'a lagi sambil menadahkan
tangannya:
"Ya Allah, mereka itu adalah
AhlulBaiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan
sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya. Rasullullah mengulangi sebanyak 3
kali.
Terdapat dalam riwayat yang lain pula bahawa Rasullullah (saw) pernah lalu (di depan) pintu rumah Fatimah ketika Baginda hendak pergi Sholat Subuh dan bersabda maksudnya: "Sholat, Sholat wahai AhlulBaiytku sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghapuskan dosa daripada kamu AhlulBaiyt dan membersihkan kamu dengan penuh kebersihan. Baginda melakukan sedemikian berbulan-bulan lamanya.
Penekanan Al-Quran dalam beberapa ayat dengan AhlulBaiyt sebagai contoh teladan bagi orang-orang Islam sesudah Rasullullah (saw), kewajipan mengasihi dan mentaati serta memberi kepimpian kepada mereka.
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanKu kecuali kasih sayang dalam Kerabat (Ku)". [42:23]
Sabda Rasullullah (saw):
Orang-orang yang wajib dikasihi dan ditaati serta diukuti
perjalanan hidup mereka adalah Qarabat Rasullullah iaitu "Ali, Fatimah, Hasan
dan Husain".
Sabda Rasullullah (saw):
"Fatimah adalah sebahagian dariKu, apa-apa juga yang menyakiti
Fatimah adalah menyakiti Aku"
Dikukuhkan lagi dengan pentingnya AhlulBaiyt adalah penutup Tasyahhud dalam
Sholat iaitu dengan lafaz:
"Allahumma Shalli 'Alaa
Muhammad. Wa'alaa Aali Muhammad"
"Salawat ke atas
Muhammad dan Al-Muhammad"
Sabda Rasullullah (saw):
"Sesiapa yang bersalawat keatas Aku sekali, maka Allah akan
bersalawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali"
Pada suatu hari, Rasullullah (saw) menziarahi AhlulBaiytNya bersama orang ramai. Mereka berkata: "Wahai Ali B. Abi Talib, kalaulah kamu bernazar ke atas anak kamu," lalu Ali, Fatimah dan hamba bernama Fiddah bernazar, jika Hasan dan Husain sembuh dari penyakit, mereka akan berpuasa selama 3 hari. Dengan kuasa Allah (swt), mereka sembuh. Kemudian Fatimah memasak gandum untuk mereka berbuka puasa.
Tiba-tiba, muncul seorang meminta dengan katanya: "Assalamualaikum AhlulBaiyt: berilah aku makan nescaya Allah (swt) akan memberi kamu makan daripada hidangan Syurga". Maka mereka mengutamakan orang itu. Keesokannya apabila hendak mereka berbuka puasa, tiba-tiba muncul seorang yatim berdiri di hadapan mereka. Mereka mengutamakan anak yatim itu. Keesokannya lagi apabila mereka hendak berbuka puasa, datang seorang tawanan meminta makanan. Maka mereka mengutamakan orang itu.
Pada keesokan harinya, Ali dengan memegang tangan Hasan dan Husain menemui Rasullullah (saw) dan apabila Baginda melihat mereka dalam keadaan menggeletar kelaparan, Baginda bersabda: Apakah gerangan yang menyedihkan Aku bila Aku melihat kamu ini, lalu Bagindapun bangun dan pergi bersama-sama mereka dan melihat Fatimah di mihrabnya duduk membongkok sehingga bertemu bahagian atasnya dengan perutnya dan mencurah keluar air matanya, maka keadaan itu menyedihkan (Rasullullah (saw) ), kemudian malaikat Jibrail turun dan berkata: Wahai Muhammad ambillah dia (Fatimah), Allah memberikan tahniah pada AhlulBaiyt kamu lalu Jibrail pun membacakan Surah Al-Insan.
Pada suatu hari sewaktu Ali sedang Sholat, ada seorang meminta. Lalu Ali yang sedang rukuk mencampakkan cincinnya yang terus meluncur dari anak jarinya. Betapa mulianya AhlulBaiyt ini.
Ada Hadith menyatakan bahawa Rasullullah (saw) meletakkan tangannya di atas dadanya dan bersabda, maksudnya: "Aku adalah pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk kemudian Baginda menudingkan tangannya kepada Ali dan bersabda maksudnya: "Kamu yang memberi petunjuk Wahai Ali, melalui kamu orang-orang yang sesudahku akan menerima hidayah".