Logo IslamicForex
* BELI diharga rendah, JUAL diharga tinggi = profit
* JUAL diharga tinggi, BELI diharga rendah = profit

Kekeliruan di antara pertukaran asing dan skim cepat kaya

 

Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti bermain pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi. Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing. Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing. Pelabur individu pula masih dibenarkan bermain pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara. Oleh itu pelabur Malaysia kerap bermain pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar.

Server (MetaTrader4-fxmalay)

Akses untuk Server Demonstrasi: 74.86.131.115:443
Akses untuk Server Real (Standard dan Micro): 74.86.131.114:443

 

HUKUM FOREX MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dari http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

“Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya ada menghadiri kursus Forex di sebuah syarikat swasta, Stable Alliance Sdn. Bhd. Yang menguruskan urusniaga Forex (Foreign Exchange Currency) beroperasi di Megan Avenue, Off Jalan ampang, KL. Saya berminat untuk menambah pendapatan saya melalui forex selain mencari sumber lain untuk melangsaikan hutang saya setelah permohonan baitulmal saya tidak mendapat galakan. Pegawai syarikat itu ada menunjukkan sijil syariah atau pengesahan boleh urusniaga mengikut syariah dari mufti Perak iaitu dari pihak Dato’. Disini saya inginkan kepastian adakah benar pihak Dato, ada mengeluar sijil mengatakan Forex itu dibolehkan oleh syariah kepada syarikat berkenaan? Sekalipun tidak saya ingin penjelasan Dato, berhubung Forex, adakah boleh saya masuk kedalam urusniaga Forex, memandangkan hutang saya yang amat besar tidak dapat saya langsaikan kalau hanya bergantung kepada gaji bulanan saya yang Cuma RM 1,000. Untuk perhatian tuan, hutang tersebut adalah hutangyang terpaksa saya bayar kerana kegagalan saya dalam akedemik kepada pihak penaja, dan juga hutang saya kepada kawan-kawan ketika biasiswa saya dihentikan dan saya memerlukan kewangan untuk sedikit sara diri dan mencari tiket pulang ke Negara ketika itu.

Segala perhatian Dato’ amat saya hargai.

-insan malang,

Fakhrunnazim Muhajir

Jawapan :

Waalaikumsallam.

Kepada : Fakhrunnazim Muhajir

Mengenai urusniaga Forex. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat pengesahan, boleh berurusniaga dengan Forex.

Sumber : http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1