| Iklan Malaysia iklan internet percuma terkini terbaru terbesar di malaysia best online classifieds direktori senarai list of search engines perniagaan ceramah seminar directori forum blog panduan idea tip tips rahsia cara-cara pemasaran internet marketing amat berkesan terbukti www.iklanmalaysia.net |
|
5 Kesilapan Pemasaran ; Cara Mengelakkannya
Kesilapan Pemasaran #1 : �Don�t reinvent the wheel� atau jangan cuba mencipta roda baru (tiada roda lain yang boleh menggantikan roda yang wujud pada hari ini!). Buat kajian anda sendiri. Apa yang berkesan sebelum ini dan yang penting apa yang berkesan pada masa sekarang. Perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah kaji semula segala promosi yang telah dijalankan dan hasil yang dicapai sebelum ini. Perkara kedua ialah dapatkan dan baca iklan atau promosi orang lain dan lihat apa yang dilakukan oleh mereka. Ini bakal memberi kelebihan kerana anda boleh melihat dari pelbagai sudut dan mengenalpasti strategi pemasaran yang berkesan. Anda mesti belajar untuk merendah diri dan berani belajar daripada orang lain untuk berjaya. Apabila anda melihat sesuatu yang berjaya, cipta yang lebih baik daripada contoh tersebut. Kesilapan Pemasaran #2: �Sesungguhnya kami akan lakukan yang terbaik untuk anda�. Apabila seorang penjual e-book cuba menyakinkan anda dengan kenyataan tersebut, adakah anda akan terus mengeluarkan kad kredit dari dompet anda? Sudah tentu tidak. Jadi apa yang boleh anda tawarkan? Okay, bagaimana dengan sampel bab percuma. Atau jaminan wang akan dipulangkan dalam 30 hari jika tidak berpuashati. Atau testimoni dari pelanggan anda. Anda juga boleh menulis satu laporan yang menceritakan kepada prospek bagaimana anda dapat idea untuk menulis e-book berkenaan… Adakah ianya berkesan? Sudah tentu. Dan ingat� Jangan bimbang jika anda terlebih cakap dalam iklan anda kecuali iklan anda membosankan. Dan jangan tunjukkan mimik muka hairan bahawa orang tidak akan membaca surat yang panjang. Menurut Gary Halbert seorang lagenda pemasaran, syarat yang perlu untuk setiap teknik pemasaran ialah� Lebih banyak anda beritahu, lebih banyak anda menjual. Kecuali : Anda menulis dengan teruk! Kesilapan Pemasaran #3: Apabila menjual, jangan gunakan ayat yang panjang kerana ianya boleh mengelirukan pelanggan anda. Gunakan perkataan yang ringkas. Gunakan perenggan yang pendek, walaupun anda menulis kepada peguam atau doktor. Gunakan bahasa yang mudah. Walaupun pelanggan anda boleh membaca ayat yang canggih, mereka lebih suka membaca ayat yang mudah difahami. Oleh itu jadikan ianya mudah, ringkas dan ingat� Pelanggan anda tidaklah begitu bijak seperti yang anda fikirkan Kesilapan Pemasaran #4: Terdapat 3 sebab mengapa orang (mereka yang mempunyai wang) tidak membeli apa yang anda tawarkan: Pertama, mereka memang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan Kedua, mereka tidak nampak kebaikan membeli produk yang anda jual Dan ketiga, mereka tidak membeli kerana mereka tidak percaya produk yang anda jual akan mengubah hidup mereka. Dengan kata lain mereka tidak percayakan anda. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi keterangan yang penuh. Keterangan sepenuhnya mengenai jaminan bahawa mereka boleh mendapat wang mereka semula jika produk anda tidak seperti yang mereka fikirkan. Keterangan sepenuhnya mengenai kos anda, mengapa anda menjual pada harga yang murah atau mahal. Berikan testimoni daripada pelanggan yang pernah membeli daripada anda, berikan sampel percuma. Yang penting anda buatkan mereka percaya dengan tawaran anda. Kesilapan Pemasaran #5: Jangan segan untuk minta nasihat daripada orang lain. Orang yang berjaya biasanya suka menolong dan memberi bimbingan kepada orang yang memerlukan. Telefon atau e-mel mereka yang berjaya dalam bidang yang sama dengan anda, dan tanya bagaimana mereka boleh menolong menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Ingat.. anda bukannya keseorangan, dan orang lain pernah melalui jalan yang anda lalui. Dan� Hampir semua masalah yang anda hadapi, telahpun diselesaikan oleh orang lain Ingat 5 kesalahan pemasaran, ianya mungkin jawapan kepada kejayaan anda! |