Bahagian 5: Penyiasatan
Terakhir Keesahan Dakwaan Anda
Dapatan anda telah dipersembahkan di mahkamah. Semasa perbicaraan, ada satu puak “X” yang tampil ke hadapan mendakwa bahawa diri mereka telah dianiaya. Puak ini mendakwa bahawa mereka bukannya daripada keturunan puak Poligon walaupun mereka mempunyai ciri-ciri puak Poligon. Puak ini meminta mahkamah agar meletakkan satu ketentuan bagaimana sesuatu puak itu dikategorikan sebagai Poligon. Anda diminta menentukan kebenaran kata-kata puak tersebut.
Klu: Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu terlebih dahulu memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh puak tersebut yang sedikit sebanyak mengatakan bahawa mereka bukan Poligon walaupun mereka mempunyai darah Poligon.
Permintaan anda untuk menggunakan
perkhidmatan GSP, Kalkulator Grafik dan MS Excel telah diperkenankan oleh
mahkamah.
Apakah komen anda tentang konjektur anda sekarang? Ada perubahan konjektur? Mengapa konjektur anda perlu diubahsuai? Bagaimana anda akan mengubahsuai konjektur anda?
Senaraikan konjektur-konjektur tersebut di atas kertas transparensi dan bersedialah untuk membentangkannya.