Bahagian 4: Penyiasatan Kedua Keesahan Dakwaan Anda
Dapatan yang anda temui daripada siasatan awal telah dipersembahkan di mahkamah dan nampaknya pihak Juri menyebelahi anda. Walau bagaimanapun, Poligon tidak berpuas hati dan memohon untuk dibicara semula. Poligon mengatakan adalah tidak adil untuk menggunakan saksi Segitiga Kaki Sama yang sama kerana khuatir puak Segitiga Kaki Sama mungkin telah merancang plot untuk memalukannya. Justeru itu Poligon memohon agar saksi Segitiga hendaklah dipelbagaikan. Pihak mahkamah telah meluluskan permohonan Poligon. Anda telah diarahkan untuk menggunakan pelbagai Segitiga untuk disabitkan dengan Poligon. Lakukan siasatan tersebut dengan menggunakan GSP.
Contoh Poligon yang boleh disiasat.
Apa pendapat anda tentang konjektur anda sekarang?
Sekiranya terdapat konflik, bagaimanakah anda akan memperbaiki konjektur anda? Ingatlah selalu! Mensabitkan kesalahan ke atas pihak yang tidak bersalah adalah salah. .