Bahagian 3: Penyiasatan Awal Keesahan Dakwaan
Anda
Poligon telah mendakwa anda di mahkamah kerana telah menggosipkannya dengan Segitiga. Anda perlu mempertahankan kenyataan anda dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Adakah konjektur yang anda nyatakan di Bahagian 2 itu benar dan tidak lain melainkan yang benar? Bagaimana sekiranya poligon tersebut mempunyai 100, 200, 300, 400, atau 500 sisi? Di dalam siasatan ini, pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah melarang anda daripada menggunakan perkhidmatan GSP. Perkhidmatan GSP hanya boleh digunakan untuk melihat kekuatan hujah anda setelah anda menggunakan metodologi lain.
Untuk tujuan penyiasatan awal ini, anda diminta oleh pihak mahkamah untuk mengisi borang penyiasatan seperti yang diwakilkan oleh Jadual 2.
Tuliskan satu daripada "dakwaan" anda pada ruang berlabel,
"Konjektur" dan jalankan siasatan dengan turutan langkah berikut.
Apakah komen anda tentang dakwaan anda sekarang?