T U G A S A N
P E L A J A R
H U B U N G A N
S U L I T P O L I G O N
(Ke Soalan 1)
Bahagian 7: Aplikasi
Konjektur Anda
Soalan 2:
Pak Haji Jo dan Pak Achai merupakan dua orang rakan karib.
Mereka sudah lama tidak berjumpa. Maklumlah, Pak Haji Jo di Medan,
Pak Achai pula di Taiwan. Suatu hari, Pak Achai ingin menziarahi
Pak Haji Jo. Pak Haji Jo memaklumkan Pak Achai bahawa lorong-lorong
ke rumahnya sungguh unik kerana pandangan atas menyerupai poligon.
Oleh kerana itu, lorong-lorong tersebut telah dinamakan berdasarkan jenis
poligon masing-masing. Pak Haji Jo juga menyatakan bahawa rumahnya
tidak jauh daripada jalan utama. Katanya, tidak sampai pun 10 m.
Berikut adalah laluan yang telah diambil oleh Pak Achai.
-
Pak Achai melalui Lorong Segi Enam yang berserenjang dengan
jalan utama. Pada lorong tersebut, beliau membelok ke kanan dua kali,
diikuti dengan kiri tiga kali. Panjang setiap bahagian lorong tersebut
hanya 3 m sahaja.
-
Kemudian, beliau melalui Lorong Segi Sepuluh dengan membelok
ke kiri daripada bahagian terakhir Lorong Segi Enam yang dilaluinya.
Semasa melalui Lorong Segi Sepuluh tersebut, beliau membelok ke kiri sebanyak
2 kali, kemudian ke kanan 5 kali, diikuti dengan ke kiri sebanyak 3 kali.
Panjang setiap bahagian lorong tersebut hanyalah 2 m.
-
Kemudian, beliau melalui pula Lorong Segi Dua Puluh dengan
membelok ke kanan daripada bahagian terakhir Lorong Segi Sepuluh tadi.
Semasa melalui Lorong Segi Dua Puluh tersebut, beliau membelok ke kiri
sebanyak 2 kali, kemudian ke kanan 2 kali, dan 3 kali ke kiri. Setiap
bahagian lorong tersebut adalah sepanjang 3 m. Akhirnya, Pak Achai
sampai di rumah Pak Haji Jo.
Sampai di rumah Pak Haji Jo, Pak Achai tertanya-tanya kepada
dirinya beberapa soalan tetapi oleh kerana kepalanya pening, beliau tidak
mampu untuk menjawab pertanyaannya sendiri. Bantulah Pak Achai menjawab
pertanyaannya. Berikut adalah pertanyaan yang bermain di kepalanya.
-
Benarkah dakwaan Pak Haji Jo yang mengatakan bahawa jarak
rumahnya dari jalan utama tidak sampai 10 m? Berapakah jarak sebenar
tersebut?
-
Cadangkan poligon baru bagi menghubungkan rumah Pak Haji
Jo ke jalan utama. Bahagian poligon tersebut hendaklah bermula dari
pangkal lorong pertama yang telah diambil oleh Pak Achai tadi.