| a. Halaman Utama | Mengandungi latar belakang tugasan ini dan keterangan tugasan (langkah-langkah murid melaksanakan tugasan). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| b. Panduan Guru | Khas untuk membantu guru melaksanakan tugasan ini dengan berkesan. Guru perlu mengingatkan pelajar agar tidak mengakses ke bahagian ini. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| c. Tugasan 1 | Mengandungi soalan-soalan yang boleh membantu murid/pelajar membina konsep tentang masa. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| d. Unit Ukuran Masa | Bahagian ini adalah kesinambungan bahagian tugasan 1. Murid/pelajar dikehendaki menjawab Lembaran Aktiviti Murid tugasan 1 dan meminta beberapa kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| e. Tugasan 2 | Dibahagian ini murid menjalankan aktiviti penyiasatan dan membuat konjektur-konjektur
mereka berdasarkan data yang diberi. Untuk membantu pelajar menjalankan
aktiviti guru boleh kemukakan soalan-soalan seperti berikut:
1. Apakah pendapat anda dan kumpulan berhubung nombor dalam data itu? 2. Kenapa kumpulan anda menyatakan begitu? 3. Apa yang anda buat untuk menyatakan konjektur begitu? 4. Jika salah satu nombor dalam data diubah, apakah yang yang anda (kumpulan) jangkakan? Kenapa? Boleh anda jelaskan kepada kumpulan lain? Contoh jawapan:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
| e. Tugasan 3 | Pelajar menjalankan akativiti menggunakan alat jam dan boleh dibuat secara berpasangan dalam kumpulan. Selepas melaksanakan tugasan ini, guru boleh mencadangkan pelajar membentang tugasan mereka atau berlaih ke tugasan tambahan 3, atau terus ketugasan 4 (bagi mereka yang sudah berpuas hati). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| f. Aktiviti Tambahan Tugasan 3 | Beri cabaran kepada pelajar menjawab bahagian ini jika mereka ada masa yang mencukupi. Aktiviti di sini juga boleh dijadikan sebagai tugasan di rumah. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| g. Tugasan 4 | Memerlukan pelajar membuat penerokaan / ramalan dalam perbincangan kumpulan tentang bagaimana mereka menyelesaikan tugasan yang disediakan. Pelajar diingatkan agar sedia berkongsi dapatan dengan rakan (kumpulan) lain. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| h. Aktiviti Tambahan Tugasan 4 | Aktiviti ini hanya sebagai tambahan. Pelajar perlu digalakan menjawabnya dengan memberi mereka cabaran. Sebagai contoh, Pelajar yang boleh menjawab sekurang-kurangnya soalan 1 setiap bahagian diberi satu 'bintang' dan seterusnya. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| i. Tugasan 5 | Tugasan dalam bentuk penyelesaian masalah (aras mudah). Pelajar dikehendaki memplotkan langkah-langkah penyelesaian mereka. Pelajar juga digalakkan mencabar konjektur rakan lain, di samping cuba mempertahankan konjetur mereka. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| j. Aktiviti Tambahan Tugasan 5 | Bahagian ini hanya sebagai soalan tambahan. Soalan lain boleh digunakan, sebagai contoh soalan-soalan 'masalah matematik'. |
| a) 1.
37 minit 15 saat
2. 13 jam 45 minit 3. 8 jam 46 minit 4. 11 hari 19 jam |
b) 1.
9 minit 17 saat
2. 6 minit 38 saat 3. 5 jam 18 minit 4. 6 hari 9 jam |
| c) 1.
32 minit 48 saat
2. 122 minit 45 saat 3. 161 jam 4 minit 4. 81 hari 680 jam |
d) 1.
8 minit 18 saat
2. 54 saat 3. 1 jam 2 minit 4. 2 hari 6 jam |
|