[HYPATIA 7] [HOME]


TUGASAN MATEMATIK BERNAS


"MASA ITU EMAS'

Latar Belakang:
 
Topik                                           : Ukuran Asas (Masa)
Aras Berkaitan                           : Tingkatan 1
Pengetahuan Sedia Ada Murid : 1.  Menguasai 4 operasi asas (tambah, tolak, darab dan bahagi) matematik
2.  Pernah menggunakan kemudahan internet
Aras Kemahiran                         : 1.  Internet (WWW) peringkat asas
2.  Boleh menentukan masa (waktu) menggunakan jam
Masa Melaksanakan Tugasan : 80 minit 
Jenis Tugasan                            : Pembinaan konsep, penyiasatan dan penyelesaian masalah (aras rendah)
Pendekatan Pembelajaran         : Koperatif



( 'Klik' )
Panduan Guru (Khas untuk guru. Murid/Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bahagian ini)



Tugasan Murid (Langkah-Langkah Melaksanakan Tugasan):
  1. Anda dalam kumpulan koperatif masing-masing (4 orang ahli) dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan dengan semangat berpasukan, iaitu dalam tempoh masa yang dicadangkan di bawah.
  2. Sila fahami arahan bagi setiap tugasan dan sahutlah cabaran 'masa' yang diperuntukan kepada anda menyelesaikan setiap bahagian tugasan.
  3. Setiap Kumpulan perlu melaksanakan 'Tugasan 1' terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan lain. Pastikan anda (kumpulan anda) beralih ke tugasan seterusnya, setelah memastikan setiap ahli terlibat secara aktif dan telah menyelesaikan tugasan sebelumnya. (Jika tugasan ini dibuat di makmal komputer sekolah, ketua kumpulan hendaklah memaklumkan kepada guru terlebih dahulu jika hendak ke tugasan seterusnya.
  4. Catatkan masa anda/kumpulan anda mula dan selesai melaksanakan setiap tugasan di ruangan yang disediakan.
  5. Kepantasan, kreativiti dan kesungguhan kumpulan anda menyelesaikan setiap tugasan (Tugasan 1 hingga Tugasan 5) akan direkodkan dan diperhatikan oleh fasilitator (guru).
  6. Hargailah masa dan sahutlah cabaran setiap tugasan.


Pilih 'Tugasan 1' jika baru pertama kali melaksanakan tugasan atau 'klik' pada tugasan yang berikutnya mengikut urutan jika kumpulan anda telah menjalankan tugasan sebelumnya:
 
Aktiviti:
Cadangan Masa:
Masa Sebenar Yang Diguna:
Tugasan 1
 15 minit
 
Tugasan 2
 15 minit
 
Tugasan 3
 10 minit
 
Tugasan 4
 20 minit
 
Tugasan 5
 20 minit
 



"MASA ITU EMAS"
"HARGAILAH MASA"


Tugasan ini disediakan oleh:
  1. Khairuddin Hj. Jamal    - SMK Bandau, Kota Marudu, Sabah
  2. Mohd. Suffian Hapni    - SMK Bakong, Miri, Sarawak
  3. Zainaf Husain               - SM Sg. Acheh, Nibong Tebal, Seberang Peraii Selatan, P. Pinag
  4. Zunaidi Che Yusof       - SMK Sultan Ahmad, Terengganu Darul Iman
Hosted by www.Geocities.ws

1