Aktiviti Tambahan Tugasan 5


Bahagian ini adalah aktiviti tambahan sahaja. Anda (kumpulan anda) boleh melaksanakan aktiviti ini di bilik darjah jika masa anda untuk tugasan 5 masih ada baki. Atau, anda boleh melaksanakan aktiviti ini di rumah.

Selesaikan masalah berikut:
 
  • Khairuddin pergi ke pejabatnya dengan menaiki dua buah bas. Masa perjalanan bas pertama ialah 35 minit manakala bas kedua mengambil masa selama 42 minit. Berapakah jumlah masa perjalanan yang diambil oleh Khairuddin untuk pergi ke pejabatnya?


 

  • Suffian bekerja sejumlah 110 jam dalam tempoh masa 8 hari untuk menyiapkan kerja kontrak yang dijanjikan. Jika tempoh masa bekerja bagi setiap hari adalah sama, berapa lamakah dia bekerja setiap hari?


 

  • Zunaidi menjalani latihan menjahit selama 3 jam 15 minit dalam seminggu. Berapa lamakah dia berlatih dalam masa 4 minggu?


 

  • Zainaf berumur 41 tahun 5 bulan. Jika dia bersara pada umur 55 tahun, berapa lama lagikah dia akan bersara?


 

  • Nordin mengambil masa selama 2 jam 50 minit untuk mengecat bilik tidur bapanya. Bapanya pula mengambil masa selama 55 minit untuk mengecat bilik mandi. Berapa lamakah masa yang diambil oleh mereka untuk mengecat kedua-dua bilik itu?


 


 
Syabas dan tahniah kepada anda / kumpulan anda yang telah berjaya menjawab kesemua tugasan dalam 'Tugasan Matematik Bernas' ini.

Ingat, 'Masa itu emas'. Hargailah masa.

Ke Halaman Masa

Hosted by www.Geocities.ws

1