img
homeaboutservicelocationsitemap
perutusan
carta organisasi
wargakerja
koleksi gambar
email
jaringan
buku pelawat

accredited
Pengenalan
 


PENDAHULUAN
Dahulunya dikenali sebagai Perkhidmatan X-Ray atau Perkhidmatan Radiologi, tetapi oleh kerana kemajuan yang pesat di dalam bidang ini, sekarang ianya dikenali dengan Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik.

Perubahan ini adalah selaras dengan penggunaan modaliti (peralatan) lain selain X-Ray seperti bunyi (digunakan dalam Ultrasound) dan magnet (digunakan dalam MRI – Magnetic Resonance Imaging) di dalam bidang perkhidmatannya.

Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik Hospital Baling menawarkan beberapa perkhidmatan kepada para pelanggannya sejajar dengan saiz dan kapasiti Hospital Baling sebagai pembekal perkhidmatan perubatan utama di daerah Baling dan kawasan sekitarnya.

PERKHIDMATAN TERAS (CORE BUSINESS)

  • Memberi perkhidmatan radiografi / radiologi am dan khas
  • Mendapatkan Lapuran Pakar Radiologi
  • Mengatur tarikh temujanji kes-kes khas
  • Penyimpanan dan pengeluaran radiograf

OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang terbaik kepada pelanggan luaran dan pelanggan dalaman di Hospital Baling.

MISI
Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang efektif, cepat, betul, selamat, mesra dan bermutu tinggi.

VISI
Berusaha menjadi pemberi khidmat pengimejan diagnostik yang terbaik sesuai dengan kehendak pelanggan, keupayaan dan teknologi semasa.

WAKTU DAN SKOP PERKHIDMATAN (BUSINESS HOUR & SCOPE)
Unit ini memberikan perkhidmatan setiap hari pada waktu bekerja dan mengikut keperluan di luar waktu bekerja secara tugas atas panggilan.Pelanggan-pelanggan unit ini adalah pengamal-pengamal perubatan dan pesakit mereka dari Unit Kecemasan, Unit Pesakit Dalam, Klinik-klinik Lawatan Pakar, Unit Pesakit Luar Hospital Baling, Klinik Pergigian Baling, Klinik-klinik Kesihatan sekitar daerah Baling, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu Perak, Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pengkalan Hulu, Klinik Lawatan Susulan Pakar Hospital-hospital berhampiran. 

PERJAWATAN
Pengisian jawatan untuk unit ini bagi tahun 2005 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah :-

Kedudukan Perjawatan

Bilangan pos

Pengisian

Kekosongan

 

Juru X-Ray U 29

4
(1 perjawatan dipindahkan dari PKD Baling bersama dengan penyerahan KKBB kepada Hospital Baling)

 

3

 

1

Juruproses Filem X-Ray U12

1

1

0

Atendan Kesihatan U3

1

1

0

Jadual 1 – Kedudukan dan pengisian perjawatan bagi 2005

KHIDMAT LAWATAN PAKAR RADIOLOGI
Pada tahun 2005 khidmat lawatan Pakar Radiologi dari Hospital Sungai Petani tidak dapat dijalankan. Semua urusan yang memerlukan khidmat Pakar Radiologi akan dirujuk ke Hospital Sungai Petani.

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN
Unit ini juga menjalankan lain-lain aktiviti secara langsung dan tidak langsung, antaranya ialah keterlibatan secara langsung dengan aktiviti kualiti MS ISO 9001 versi 2000. Disamping itu majlis-majlis bagi menjalinkan hubungan baik sesama kakitangan dan orang ramai juga dianjur dan disertai.

 
Hospital Baling, Jalan Hospital, 09100 Baling Kedah Darulaman
hakcipta terpelihara @hospitalbaling2006
Hosted by www.Geocities.ws

1