img
homeaboutservicelocationsitemap
perutusan
carta organisasi
wargakerja
koleksi gambar
email
jaringan
buku pelawat

accredited

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
MENGAPA MEMILIH HOSPITAL BALING?

Khidmat rawatan yang professional
Pelbagai kemudahan disediakan
Layanan yang mesra oleh kakitangan
Terpaksa, kerana tiada pilihan

lihat keputusan


img1
 
 
OBJEKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN

Untuk membantu seseorang individu mencapai dan mengekal suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dan dengan memberi penekanan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi mewujudkan kehidupan yang sihat dan bersih.

WAWASAN HOSPITAL BALING

Hospital Baling akan menjadi sebuah hospital yang memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang terbaik dan berkualiti untuk memenuhi kehendak serta hasrat pelanggan.

BUDAYA KORPORAT HOSPITAL BALING

Kami akan memenuhi keperluan pelanggan kami. Kami akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh: profesionalisme,semangat berpasukan dan penyayang. Kami berikrar untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dimana kami semua akan berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keupayaan dan kemampuan kami.

MISI DAN VISI 

Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk:
  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
  • Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai
  • Mengambil langkah positif meningkatkan serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
Misi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ialah untuk mencapai wawasan jabatan melalui professionalisme yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota, mengamalkan kerja berpasukan, memberikan perkhidmatan penyayang serta mengadakan perkongsian bistari dengan lain-lain sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, masyarakat dan individu.

Visi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ialah KEDAH SIHAT SEJAHTERA.

Misi Hospital Baling ialah mewujudkan satu organisasi kesihatan mesra yang boleh memberi perlindungan optima perawatan perubatan kepada semua penduduk daerah Baling dan sekitarnya dari segi perawatan kesihatan yang berkualiti bernilai, terkini dan berharmonis.

 

HOSPITAL BALING
JALAN HOSPITAL
09100 BALING
KEDAH DARULAMAN

TEL:04-4701333
FAX:04-4701160
EMAIL:[email protected]

 

Anda sekarang boleh juga melawati Laman Web rasmi Hospital Baling di alamat url http://hbaling.moh.gov.my

Sila Klik di sini Untuk ke Laman web rasmi Hospital Baling

Kepada sesiapa yang berminat untuk bermain badminton bolehlah menghadirkan diri pada setiap hari selasa jam 9.00mlm bertempat di Dewan Masjid Ridzwaniah.

Hospital Baling, Jalan Hospital, 09100 Baling Kedah Darulaman
hakcipta terpelihara @hospitalbaling2006
 
Hosted by www.Geocities.ws

1