img
homeaboutservicelocationsitemap
perutusan
carta organisasi
wargakerja
koleksi gambar
email
jaringan
buku pelawat

accredited
Pengenalan
 


PENGENALAN
Unit Patologi Hospital Baling merupakan salah satu unit dalam perkhidmatan sokongan terpenting dalam program Rawatan Pesakit dan Kesihatan Awam di hospital ini. Unit ini terletak bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik. Secara umumnya, unit ini menyediakan perkhidmatan analisa spesimen makmal menggunakan peralatan yang sesuai.

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan boleh dipercayai berlandaskan sistem kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

PERKHIDMATAN
Unit Patologi menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang Kimiahayat, Hematologi, Mikrobiologi, Serologi dan Tabung Darah. Selain dari itu, unit ini turut menyediakan perkhidmatan ujian saringan dadah dalam air kencing dan beberapa ujian analisa spesimen kes polis. Unit ini beroperasi sepenuhnya dalam waktu pejabat pada hari bekerja dan beroperasi secara ‘panggilan’ dengan seorang anggota bertugas di luar waktu pejabat, hanya bagi kes-kes kecemasan.

PELANGGAN
Pelanggan unit ini terdiri dari Unit Pesakit Dalam, Unit Pesakit Luar, klinik-klinik pakar, pusat-pusat kesihatan Daerah Baling dan Pengkalan Hulu (Perak), Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pengkalan Hulu, klinik-klinik swasta serta pesakit yang datang sendiri dari klinik-klinik rujukan lain.

KAKITANGAN
Operasi Unit Patologi dapat berjalan dengan lancar dan sempurna dengan kebanyakan kekosongan jawatan telah berjaya diisi. Pegawai Sains C41 baru telah mendaftar diri pada bulan Disember 2004 dan telah bertukar ke Hospital Sungai Petani pada Ogos 2005.Pada bualn Disember 2005 seorang PTMP U11 daripada unit ini telah bersara wajib. Pada Bulan November 2005 Jabatan Pesakit Luar telah diserah kembali kepada pihak pengurusan hospital dengan itu unit ini mengalami masaalah kekurangan kakitangan kerana makmal klinikal kerana  jawatan JTMP U29 dimakmal klinikal belum diisi.


Jadual 1 : Perjawatan yang wujud di Unit Patologi serta pengisian bagi tahun 2005

Jawatan

Bilangan Jawatan

 

Pengisian

Kekosongan

Pegawai Sains C41

1

1

0

Juruteknologi Makmal Perubatan U32

2

2

0

Juruteknologi Makmal Perubatan U29

6

5

1

Jururawat U29

1

1

0

Pembantu Teknologi Makmal Perubatan U11

4

3

1

Attendan Kesihatan U3

2

2

0

 
Hospital Baling, Jalan Hospital, 09100 Baling Kedah Darulaman
hakcipta terpelihara @hospitalbaling2006
Hosted by www.Geocities.ws

1