| |
Objektif Utama
Untuk memberikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi,selamat, dan berkesan kepada pelanggan.
Objektif Am
- Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini bagi setiap jururawat untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
- Memberi perkhidmatan berkualiti, selamat efektif dan efisyen kepada semua pelanggan.
- Mengamalkan sikap penyayang, kerja berpasukan dan menjalankan tugas secara profesional.
- Melibatkan diri dalam kajian kejururawatan bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk semua anggota kejururawatan.
- Mempertingkatkan pengetahuan pelanggan dengan memberi pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dan keluarga.
Skop Perkhidmatan
- Menyediakan perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi untuk pelanggan.
- Pengurusan personel kejururawatan dan anggota auxillary.
- Mengekalkan tatakelakuan dan amalan secara profesional di kalangan personel kejururawatan.
- Memastikan program latihan dan pembelajaran lanjutan untuk personel kejururawatan dijalankan sepenuhnya.
- Melaksanakan pemantauan, penilaian dan mengambil tindakan, atau membuat penambahbaikan ke atas maklumbalas yang diterima berkaitan kualiti perkhidmatan perawatan
|
|