PENGENALAN
Unit Kecemasan Hospital Baling merupakan tonggak kepada semua aktiviti perawatan pesakit dan menjadi nadi utama perkhidmatan perubatan di hospital ini. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti untuk pesakit luar.
FUNGSI
Berperanan sebagai ‘barisan hadapan’ hospital. Berfungsi memberi rawatan kecemasan, perubatan dan penstabilan pesakit. Ia berfungsi 24 jam sehari.
ORGANISASI
Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan U48. Sebagai Ketua Unit, beliau bertanggungjawab terhadap pengurusan klinikal unit dan kakitangan serta bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital Baling.Seorang Pembantu Perubatan U32 sebagai Pengurus Unit membantu Ketua Unit mengurus dari aspek sumber manusia, latihan dan peralatan.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang diberikan adalah bercirikan :
- Profesionalisma.
- Penyayang
- Bekerja berpasukan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
i) Rawatan Kecemasan.
Perkhidmatan ini merupakan asas dan fungsi utama unit kecemasan. Petugas sentiasa bersedia menerima dan mengendalikan pelbagai kes-kes kecemasan dengan tindakan dan rawatan segera mengikut Standard Operating Prosedure yang ditetapkan. Kes-kes tenat(bertaging merah) akan dikendalikan serta merta oleh Pembantu Perubatan dan Pegawai Perubatan serta dibantu oleh Jururawat dan Atendan Kesihatan.
Pegawai Perubatan turut merancang tindakan lanjut mengikut keperluan misalnya mengarahkan ujian-ujian makmal, ujian pengimejan, memasukan pesakit ke-wad atau pun merujuk ke hospital berpakar. Semua kes kecemasan yang dikendalikan di unit ini adalah samaada daripada perkhidmatan Pra hospital atau dirujukan dari klinik Kesihatan,klinik swasta atau dibawa sendiri oleh waris atau orang ramai.
Bilangan Pesakit yang mendapat Rawatan di Unit kecemasan
Tahun |
Jumlah |
2004 |
38,543 pesakit |
2005 |
41,540 pesakit |
Jumlah pesakit yang mendapat rawatan terus mencatat peningkatan iaitu sebanyak 7.77 % berbanding tahun 2004.
ii) Khidmat Prahospital.
Perkhidmatan ini sentiasa bersedia dan bertindak berdasarkan permintaan atau infomasi samaada melalui orang awam, Polis atau Bomba dan Penyelamat .
Pasukan perubatan yang terdiri dari seorang Pembantu Perubatan dan seorang Atendan Kesihatan akan bergerak dengan ambulan ketempat kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospiotal untuk rawatan lanjut. Jumlah Perkhidmatan Prahospital yang diberi:
Tahun |
Jumlah Panggilan ambulan |
2004 |
41 |
2005 |
57 |
Perkhidmatan Prahospital mencatat peningkatan sebanyak 39 % berbanding tahun 2004.
iii) Pusat Rawatan Sepadu (One Stop Crisis Centre).
Sebuah bilik khas (Bilik Intan) disediakan untuk mengendalikan kes- kes yang bersangkutan dengan medicolegal seperti kes rogol, keganasan rumahtangga, penderaan wanita, lelaki dan kanak-kanak. Pemeriksaan dan rawatan akan dijalankan serta rujukan kepada pihak tertentu dibuat mengikut keperluan.
TAHUN |
JUMLAH KES DI KENDALI |
% PENINGKATAN |
2004 |
27 |
|
2005 |
36 |
33.3 |
iv) Bilik Pembedahan Kecil.
Bilik tersebut digunakan untuk melakukan prosidur pembedahan kecil, antaranya seperti Toilt & suture, incision & drainage, nail avulsion, exission serta emergency circumcission.
Jenis Kes Dan Bilangan Prosidur Pembedahan Kecil
BIL |
JENIS PROSEDUR |
BILANGAN KES |
1. |
Toilet dan Suture |
1318 |
2. |
Incission & Drainage |
130 |
3. |
Nail Avulsion |
55 |
4. |
F.B. removal |
616 |
|
JUMLAH |
2119 |
Jumlah kes pembedahan kecil mencatat penurunan sebanyak 24.4 % dari tahun 2004.
v) Klinik Ulangan dan kaunseling.
Klinik ini mengendalikan kes-kes yang telah menerima rawatan di wad dan perlu rawatan susulan setelah di discaj. Beroperasi setiap hari Rabu iaitu Jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
KEDATANGAN PESAKIT KE KLINIK ULANGAN 2005.
BULAN |
JUMLAH PESAKIT |
Januari hingga Oktober sahaja |
404 |
Mulai bulan november 2005 semua kes yang perlu rawatan susulan akan dirujuk terus ke Unit Pesakit Luar. Bilik Klinik Ulangan telah diambil alih oleh klinik lawatan pakar orthopedik.
vi) Prosedur Orthopedik.
Semua kes kecemasan yang perlu prosedur orthopedik akan dilakukan di bilik prosedur orthopedik oleh Pembantu Perubatan Unit Orthopedik .
vii) Pusat Panggilan.
Di wujudkan bagi memudahkan orangramai mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan hospital .menyalurkan aduan serta mendapatkan maklumat kesihatan.
viii) Bilik Daftar Masuk.
Perkhidmatan pendaftaran masuk pesakit ke wad dikendalikan oleh seorang Pembantu Tadbir (dipinjam dari Unit Pentadbiran) pada waktu pejabat dan akan diambil alih tugas tersebut oleh Pembantu Perubatan Unit Kecemasan selepas waktu pejabat serta pada hari cuti.
TAHUN |
JUMLAH KES KEMASUKAN KE-WAD |
2004 |
10020 |
2005 |
9190 |
ix) Pasukan Perubatan Tunggu Sedia.
Pasukan ini yang terdiri dari seorang Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan, Jururawat, Atendan Kesihatan dan perkhidmatan ambulan akan disediakan mengikut keperluan dan arahan pihak atasan Hospital Baling.
KESIMPULAN
Secara amnya kedatangan pesakit pada tahun 2005 ke unit kecemasan terus mencatat pertambahan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pembangunan dalam Daerah Baling dan Daerah Kecil Kuala Ketil serta Daerah Kecil Pengkalan Hulu ( Perak ) dengan taman-taman perumahan dijangka turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan hospital khasnya Unit Kecemasan.Keberkesanan perkhidmatan yang diberi oleh unit ini telah dipertingkatkan dengan penghantaran Pegawai Perubatan, paramedik dan juga Atendan Kesihatan bagi menjalani kursus / latihan berkaitan perkhidmatan kecemasan dari masa ke semasa.
|