img
homeaboutservicelocationsitemap
perutusan
carta organisasi
wargakerja
koleksi gambar
email
jaringan
buku pelawat

accredited
Pengenalan
 


PENDAHULUAN

Unit Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan Hospital Baling merupakan salah satu perkhidmatan sokongan terpenting yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Unit Farmasi dan Unit Stor Perubatan Integrasi.Unit Farmasi menyediakan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Pengeluaran. Manakala Unit Stor Perubatan Integrasi menyediakan perkhidmatan perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan, alatan perubatan dan bukan perubatan, gas perubatan dan aset hospital kepada unit pemesan hospital, klinik kesihatan dan klinik desa.

VISI
Perkhidmatan Yang Mesra Pelanggan Dan Kearah aduan Sifar

MISI
Sentiasa Memenuhi Kehendak Pelanggan Dengan Perkhidmatan Yang Berkualiti

PIAGAM PELANGGAN
Unit Farmasi
Kami Menjanjikan:

  1. Layanan mesra setiap masa
  2. Pesakit akan dibekalkan ubat-ubatan dalam masa 15-30 minit. Sekiranya surat ubat      (preskripsi) itu sah, lengkap dan tidak bermasalah
  3. Setiap ubat-ubatan yang akan dibekalkan tepat, berkualiti, selamat dan berkesan
  4. Ubat-ubatan akan dilabel dengan lengkap dan jelas
  5. Pesakit akan diberikan kaunseling ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi bila perlu.

Unit Stor Perubatan Integrasi
Unit Stor Perubatan Integrasi berazam untuk memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan objektifnya dan memberi jaminan bahawa:

  • Peruntukan akan dibelanjakan dengan seimbang dan sebaik mungkin bagi mengoptimakan sumber-sumber.
  • Stok barang-barang standard dan bukan standard yang disimpan stoknya akan sentiasa mencukupi dan dapat memenuhi keperluan penggunaan semasa.
  • Bagi perolehan bagi barang-barang standard dan bukan standard (bukan simpanan stok) akan dibekal terus kepada pemesan/pengguna tanpa disimpan stok.
  • Pembekalan barang-barang akan dibuat dalam masa empat (4) minggu dari tarikh borang permohonan diterima.
  • Memberi layanan yang mesra setiap masa.
 
 
Hospital Baling, Jalan Hospital, 09100 Baling Kedah Darulaman
hakcipta terpelihara @hospitalbaling2006
 
Hosted by www.Geocities.ws

1