img
homeaboutservicelocationsitemap
perutusan
carta organisasi
wargakerja
koleksi gambar
email
jaringan
buku pelawat

accredited
Pengenalan
 
PENGENALAN
Unit Sajian beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan makanan untuk Pesakit Dalam.Program rawatan untuk pesakit ini diharap dapat membantu penyembuhan awal pesakit. makanan yang disediakan sebanyak 4 kali sehari mengikut kelayakkan kelas 3. Jenis-jenis diet yang disediakan adalah “Full Diet” dan “Therapeutic Diet” untuk penyakit seperti  darah tinggi (Hypertension) dan kencing manis (Diabetic).

OBJEKTIF 
  • Kebersihan makanan yang disediakan adalah terjamin.
  • Nutrien dan zat-zat dikekalkan dalam setiap masakan.
  • Mengalakkan pesakit mengambil makanan hospital.
  • Mementingkan aspek kualiti dan mutu makanan.


  • FUNGSI
    1. Menyediakan makanan untuk Pesakit Dalam mengikut waktu makan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
    2. Meyediakan makanan bagi doktor yang bertugas di atas panggilan (on call).
    3. Membekalkan catuan malam (night ration) untuk anggota yang bertugas malam.
    4. Melakukan aktiviti pesanan, penerimaan, penyimpanan dan pengagihan bahan makanan.
    5. Kawalan kualiti untuk semua bahan makanan.

    ANGGOTA
    Unit Sajian juga mempunyai berberapa perjawatan seperti di Jadual 1 bagi melancarkan operasi penyediaan makanan secara cekap dan berkesan. 

    Jadual 1 : Perjawatan Dan Pengisian Pada Pahun 2005

    Jawatan

    Bil. Jawatan

    Pengisian

    Kekosongan

    Pen. Peg. Penyediaan Makanan C27

    1

    1

    0

    Penyelia Asrama N17

    2

    2

    0

    Tukang Masak N4

    1

    0

    1

    Tukang Masak N1

    7

    7

    0

    AKTIVITI
    Unit Sajian telah mendapat wang peruntukan sebanyak RM 135,000.00 dan peruntukan tambahan sebanyak RM 18,0000.00. Jumlah keseluruhan wang peruntukan bagi tahun 2005 adalah sebanyak RM 153,000.00 sahaja.
    Beberapa orang anggota telah menghadiri beberapa kursus, bengkel dan taklimat seperti:

    1. Kursus Kefahaman MS ISO 9001 Versi 2000.
    2. Taklimat Kawalan Infeksi (Universal Infection Pre-Coution)
    3. Kursus Penyediaan dan Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Kedah/Perlis 2005
    4. Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001 Versi 2000 di INTAN Institut Kesihatan Umum.
    5. Kursus Budaya Koperat.

    Pengurusan setor yang terancang dan terkawal telah dapat mengujudkan suasana pengurusan stor yang teratur dan cekap di mana tidak berlaku kerosakkan stok, terlebih stok atau kehabisan stok dan bekalan. hasil pemeriksaan stok dan Pegawai Pemverifikasi mendapati stok adalah terkawal dan tepat.Unit Penyediaan Makanan telah melaksanakan Objektif Kualiti Unit dan Kajian Kepuasan Pelanggan dengan berkesan dan cekap.Bagi tahun 2005, unit telah menyediakan 4 kali hidangan diet  bagi seorang pesakit setiap hari. Jumlah penyediaan Diet Normal (Full Diet) ialah  89,356 hidangan diet . Untuk Diet Terapeutik adalah sebanyak 33,000 hidangan diet.  Bagi catuan kerja malam (Night Ration) unit telah menyediakan telur ayam (56g/biji)  sebanyak  8349 biji. Unit juga telah menyediakan makanan untuk doktor on-call 3 kali sehari iaitu berjumlah  1,095 kali hidangan bagi tahun 2005.

     

    KEMBALI KE ATAS
    Hospital Baling, Jalan Hospital, 09100 Baling Kedah Darulaman
    hakcipta terpelihara @hospitalbaling2006
     
    Hosted by www.Geocities.ws

    1