"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

HPA INDUSTRIES SDN BHD

(337100K)
HPA BERMULA DI SINI
HPA SEKARANG
Rumah asal di mana HPA bermula secara kecil kecilan PU1 bersama PU2 di hadapan pejabat HPA Industries Sdn Bhd. Lot 1985 Jalan Jejawi Dalam. Utan Buloh. PERLIS
Rumah asal yang telah dibaiki
MESEJ PENGARAH URUSAN
SILA KLIK UNTUK MEMBACA MESEJ
PETIKAN HPA NEWS (SEPT 04)

Syarikat ini  telah ditubuhkan pada 15 Julai 1995, namun begitu tarikh sebenar wujudnya industri ini ialah pada September 1987 di daftarkan atas nama Perubatan Tradisional Al Wahida, yang mana pada masa itu diusahakan secara kecil-kecilan sahaja. 

Tuan Haji Ismail bin Ahmad, pengasas HPA adalah seorang anak tani yang berasal dari Jejawi,  Perlis. Beliau dari keturunan yang mempunyai kepakaran dalam bidang herba dan beliau sendiri pernah membuat kajian tentang herba-herba di Malaysia pada tahun 1982 di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) semasa beliau menuntut di sana. 

Menjelang tahun 1995, kedudukan HPA menjadi lebih mantap dengan kemasukan 13 orang lagi graduan-graduan lepasan pelbagai universiti. Dengan pelbagai kecekapan dan kemahiran yang ada, HPA telah mengorak langkah memasuki era Multi Level Marketing (MLM) dengan memasarkan produk keluarannya dengan Sistem Jualan Langsung dan pada 10 Januari, 1997 .

Bermula dari tarikh ditubuhkan, HPA telah mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih maju. Kini HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di dua kawasan perindustriaan yang serba moden dan mengushakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang-kilang  HPA terletak di alamat B1 dan B2, Lot 29 Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis di bawah bimbingan Bank Pembangunan Malaysia dan juga di kawasaan MIEL Jejawi. Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.

Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

VISI

MISI

OBJEKTIF

 

LAMAN UTAMA
hpa produk intibah petua diagnos penyakit artikel beli keahlian cadangan
 

 

   

 
LAMAN PAUTAN
KELAS HERBA PUSAT LATIHAN KEROHANIAN TERUNGGUL DI ASIA KURSUS HERBALIS HPA INDUSTRIES SDN BHD KURSUS PERUBATAN JAWI KLIK Untuk Mengetahui Khidmat Kesihatan Sediada PRODUK BARU JANA PENDAPATAN 4 ANGKA DALAM MASA 3 BULAN FRAME KHAT KLIK Untuk NOTA KULIAH PERUBATAN JAWI
 
Hosted by www.Geocities.ws

1