tak taula benda nie dah pernah ada ke tak... kalau dah ada... buangla..

cuba check mana satukah anda....sama tak...
tak tau betul ke tidak..sekadar sesuka jer.....

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah
kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor
tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir
kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita
inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)



Keterangan nombor lahir
--------------------------------------------------------------------

1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Ryder, Ashley Judd, Nancy Reagan, Requel Welch.

------------------------------------------------------------

2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan
Berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

Perkara yang perlu dipelajari:
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

------------------------------------------------------------------

3. Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.

Perkara yang perlu dipelajari:
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster.

-------------------------------------------------------------

4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian
dengan alam sekitar.
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

Perkara yang perlu dipelajari:
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap
diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul
Hogan.

---------------------------------------------------------

5. Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

Perkara yang perlu dipelajari:
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan/andaian (assumption).

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Charlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar, Mark Hamill.

---------------------------------------------------------

6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

Perkara yang perlu dipelajari:
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak
boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn.

------------------------------------------------------------------

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.

Perkara yang perlu dipelajari:
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana.

---------------------------------------
>
8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
Mereka melihat manusia secara objektif.
Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

Perkara yang perlu dipelajari:
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

-------------------------------------------------------------------

9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

Perkara yang perlu dipelajari:
Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

 

Instructions:What you do is find out what each letter of your name means.

Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE !!) (Isn't it GREAT !!)



PS : If you have double or triple letters, just count the meaning once.



For Example :
R A H I M 

R You are a social butterfly.

A You can be very quiet when you have something on your mind.

H You are not judgmental.

I You are always smiling and making others smile.

M Success comes easily to you.





A You can be very quiet when you have something on your mind.

B You are always cautious when it comes to meeting new people.

C You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.

D You have trouble trusting people.

E You are a very exciting person.

F Everyone loves you.

G You have excellent ways of viewing people.

H You are not judgmental.

I You are always smiling and making others smile.

J Jealously

K You like to try new things.

L Love is something you deeply believe in.

M Success comes easily to you.

N You like to work, but you always want a break.

O You are very open-minded.

P You are very friendly and understanding.

Q You are a hypocrite.

R You are a social butterfly.

S You are very broad-minded.

T You have an attitude, a big one.

U You feel like you have to equal up to people's standards.

V You have a very good physique and looks.

W You like your privacy.

X You never let people tell you what to do.

Y You cause a lot of trouble.

Z You're always fighting with someone

WAKTU SOLAT :
KK, Sabah ~ Perlis ~ Kedah ~ P.Pinang ~ Perak ~ KL ~ Selangor ~ Putrajaya ~ N.Sembilan ~ Melaka ~ Johor ~ Pahang ~ Kelantan ~ Terengganu ~ Labuan ~ Sarawak

 


                          

                                                                   

 

 Kembali Ke Laman Utama                       Kembali Ke Atas                    

 

 

1