
Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatang kesayangan ataupun untuk tujuan ternak.
Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:
a) perlu melatih arnab untuk membuang najis
dan kencing di tempat yang disediakan,
b) perlu mencuci tempat najis dan kencing
ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuat kecuali
jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan
bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk
arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam
dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar
rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan
talipon kerana arnab suka menggigitnya.
Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.
Makan dan minum: Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab anda mungkin akan Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.
gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!
:
Arnab yang dijual di
kedai-kedai atau di pasar tamu biasanya sudah dikacukkan dengan pelbagai
jenis baka. Baka arnab tulen boleh didapati daripada pembekal komersil
atau melalui jabatan berkaitan.
Perlu diingat bahawa
ternakan arnab tidak dapat mendatangkan keuntungan yang cepat. Ia memerlukan
kerja tekun sepenuh masa dan pengawalan yang rapi untuk mendapatkan keuntungan
yang sederhana. Ternakan arnab yang dijalankan dengan sambil lewa akan
membawa kerugian.
Ternakan kecil-kecilan: Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana: