SIAPA KAMI





        Saya berasal dari Kg. Semerbok, Kota, Negeri Sembilan. Mula-mula saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Semerbok (1975) tapi hanya dua minggu, lepas tu ke Sekolah Kebangsaan Astana Raja hingga darjah enam. Oleh kerana keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima saya agak baik, saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan (1981), tetapi nama sekolah itu ditukar kepada Sekolah Tuanku Jaafar pada tahun yang sama sempena dengan nama Yam Tuan. Kemudian matrikulasi UKM di Sekolah Alam Shah KL (tak banyak kenangan di sana, it went like a wink!) dan dusyum!... terbang ke Sabah untuk mengikuti pengajian di Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) - kampus comel itu kini digunakan oleh Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu dan FSSA telah bungkus angkut semua barang-barangnya ke kampus induk di UKM Bangi.

        FSSA Sabah hanya tinggal kenangan. Kenangan manis jugalah! Kerana... Haa.. saya bertemu dengan Lili di sana. Lili berasal dari Guar Chempedak, Kedah. Mula-mula dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak dan kemudian ke Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar. Kemudian matrikulasi UKM di Sekolah Seri Puteri KL (juga tak banyak kenangan di sana!) dan dusyum!... terbang ke Sabah untuk mengikuti pengajian di Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA).

        Semua ini rencana Allah juga. Saya akhirnya menjadi seorang zoologis dan Lili bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris. Kami sama-sama tamat pengajian di UKM pada tahun 1991 dan mendirikan rumahtangga pada
28 Mac 1993.

        Salah satu tujuan laman ini diwujudkan adalah untuk berkongsi kegemaran dengan para pengunjung.  Kami ada memelihara arnab untuk tujuan suka-suka. Sebahagiannya kami jual kepada yang berminat (biasanya anak arnab sebab mereka masih "cute"). Sebahagian yang lain memang menjadi "ternakan". Pada masa yang sama kami berusaha untuk menyebarkan maklumat yang penting dan betul tentang pemeliharaan arnab - ini kami lakukan melalui beberapa pameran, pamplet dan juga penerangan kepada pengunjung ke rumah kami. Kami ingin berkongsi maklumat arnab ini kepada sesiapa yang berminat. Anda boleh kongsi apa saja tentang arnab: makanan, senaman (exercise)/permainan, kandang, sarang (nestbox), nesting material, kindling, mating, helping outcompeted kits, diseases, abnormalities, deformities, ...apa saja.

        Kami juga memelihara dua ekor kucing - Buang dan Lumi. Kedua-duanya diambil dari pasar ikan dalam keadaan yang sangat lemah dan daif. Memelihara kucing memerlukan kesabaran dan penelitian yang tajam. Anda mungkin ingin berkongsi maklumat mengenai pengurusan kesihatan, makanan, exercise, pemandulan, penyakit dan apa saja tentang kucing.

        Kami juga suka menanam pisang di sekeliling rumah, tapi kawasannya tidaklah luas, cuma ada 16 batang pisang sahaja di sini - pisang berangan, pisang sabah (pisang nipah),  pisang perak (?), pisang tanduk, pisang emas dan pisang kura-kura.
 

UPDATE!!

SEMENJAK laman ini diwujudkan hampir setahun lalu, kami sudah berpindah dari Pekan Kuala Penyu. Buat sementara ini kami berada di Brisbane, Australia. Ada kerja sikit di sini. InsyaAllah, tahun hadapan, pada bulan Ogos, kami kembali ke tanahair dan menetap di Kota Kinabalu.

Kucing-kucing kami sekarang ini menetap sementara di rumah nenek, dua di Guar Chempedak (ghumah Tok Munah), dua lagi di Semerbok (ghumah Mak Wan Busu). Mereka akan kembali bersama kami ke Kota Kinabalu tahun depan. Arnab sudah kami wariskan kepada teman akrab di Kuala Penyu, berserta dengan kandang-kandang, bekas makanan dan minuman serta ilmu memelihara arnab sekali. Khabarnya sudah membiak dengan rancak. Baguslah. Itulah arnab namanya!  Pokok-pokok pisang kami tinggalkan dan sekarang sudah menjadi hakmilik tuan punya rumah yang kami sewa itu. Sebahagian anak-anak pisang tanduk, pisang kura-kura (kalau nak tahu, kena tanya kami) dan pisang Perak telahpun kami pindahkan ke rumah kediaman kami di Likas, Kota Kinabalu.  Harap mereka bersabar menunggu kepulangan kami tahun hadapan.  Kepada rakan-rakan di KK yang memelihara binatang kesayangan, bolehlah kita berkongsi maklumat mengenai Vet. Kami sudah melanggan khidmat beberapa vet di sana, kami rasa sudah cukup berpengalaman untuk berbincang mengenai hal ini (kenangkan kesejahteraan pet kesayangan anda).

UPDATE LAGII!!

Kami dah lama duduk balik di Kota Kinabalu, laa ni takdak dah arnab. Takdak tempat nak bela. Tapi kucing masih ada, laa ni dok ada 6 ekoq. Pisang baru ja tanam balik dan dah tanam lain jugak, bunga kertas, rambutan dll... ampa yang buat kebun, tok sah lah nak lawan dengan aku, pasti aku kalah, aku ni buat main-main ja.

UPDATE LAGII!!

Apa nak update lagi ni? Nama saja update, tapi tadak benda baru pun! Kami tak duduk dah dalam porak UMS tu... dah duduk luar. Pisang dan pokok bunga masih tanamlah, macam biasa. Kucing dah tinggal dua saja. Tak boleh cerita banyak, nanti sedih. Marwanpun dah besar dah, masuk 3 tahun bulan ni (Aug 2006). so, gitulah updatenya pun.

        Untuk berkenalan dan berkongsi maklumat, sila hubungi kami.
 

E-MAIL KAMI!

KEMBALI
HOME
Hosted by www.Geocities.ws

1