
|
|
ALKISAH.........
©Hakcipta Milik GABNIOrang yang pertama mencetuskan idea tentang penubuhan persatuan ini ialah Cikgu Matematik kami, beliau ialah Encik Kassim Bin Mamat. Beliau sungguh berharap agar penubuhan badan persatuan ini akan mengeratkan ukhuwah di kalangan pelajar-pelajar SMKANI walaupun telah meninggalkan bumi SMKANI yang tercinta ini.
Direkabentuk Oleh: Ayong
Laman Web Ini Telah Dilancarkan Pada
24 Mac 2002 / 10 Muharram 1423 H oleh Tuan Pengarah Penerangan Negeri TerengganuSebarang Masalah Hubungi :
![]()
[email protected] Tinggalkan komen anda di buku pelawat.Sebagai menyahut seruan beliau, bekas-bekas pelajar PMR 1997 telah memulakan usaha bagi membentuk sebuah persatuan seperti yang dicadangkan oleh Cikgu Kassim. Langkah pertama yang telah dijalankan ialah dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh saudara Aidil Shafiza Bin Shafiee dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain. Setelah perbincangan demi perbincangan dan pertemuan demi pertemuan dijalankan maka akhirnya sebuah mesyuarat agung pertama telah diadakan pada 3 Februari 2000 bertempat di dewan sekolah SMKANI. Mesyuarat ini telah menghimpunkan semula bekas-bekas pelajar yang telah terpisah selepas menamatkan pengajian di SMKANI.
Hasil daripada mesyuarat itu maka secara rasminya persatuan ini ditubuhkan dengan nama rasminya GABNI iaitu singkatan daripada Gabungan Bekas-Bekas pelajar Nurul Ittifaq. Beberapa orang daripada kalangan ahli telah dipilih secara undian untuk menyandang jawatan-jawatan dalam persatuan ini. Guru penasihat persatuan pula ialah Cikgu Kassim dan Pn. Nor Zaini.
15 May, 2002 05:01 PM