ORGANISASI
DAN MATLAMAT GABNI
![]()
Gabungan Pelajar-pelajar SMKANI atau GABNI ditubuhkan dengan beberapa matlamat atau objektif yang amat berguna kepada semua ahli dalam persatuan ini. Di antara matlamat dan objektif persatuan GABNI ini ialah:
MATLAMAT
Mencari
keredhaan Allah berteraskan persaudaraan Islam
Mengumpulkan
semua bekas pelajar SMKANI sebagai ahli persatuan.
Menjadi
sebuah persatuan pelajar yang aktif serta kukuh dari segi pengurusan,kewangan
dan komitmen.
OBJEKTIF
Menjadikan persatuan sebagai wadah penghubung bagi bekas-bekas pelajar.
Menjalankan aktiviti-aktiviti secara bersama di kalangan ahli.
Membantu pelajar-pelajar SMKANI dari segi ilmu, pengalaman, dan kemahiran.
Menubuhkan sebuah dana persatuan yang mampu menampung aktiviti-aktiviti yang dirancang serta kebajikan ahli.
Bagi mencapai matlamat dan objetif persatuan ini, ianya memerlukan kerjasama dari semua ahli, tidak kiralah dari segi tenaga,masa atau wang. Jika badan persatuan menjalankan sesuatu program maka hendaklah sama-sama kita turut serta dalam menjalankannya.
____________________________________________________________________________________________
Direkabentuk Oleh: Ayong