Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Kumpulan Tenggiri Menyerang
Pulau Pinang

Oleh : Sanusi Samad : PANCING

Setiap tahun bermulanya bulan Disember, ikan tenggiri yang dewasa dan matang akan berkumpulan 'menyerang' Mutiara Timur atau perairan Pulau Pinang.

Ah Chia yang pernah menjadi nelayan separuh profesional di Pulau Pinang merupakan orang yang pertama sekali mendengarkan khabar itu. Menurut berita yang boleh dipercayai, kumpulan tenggiri telah berkumpul di kawasan kapal tenggelam sehingga ke perairan yang airnya sekadar 40 kaki dalam dan hanya terletak 3 batu nautika jauhnya dari pesisir pantai.

Ah Chia adalah nakhoda bot yang kapalnya baru mencecah air di malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Ketika perayaan itu, Ah Chia membawa tuan punya bot dan kumpulan sahabat karibnya keluar untuk memancing tenggiri. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia. Mereka telah bertemu kumpulan ikan tenggiri yang meragut umpan di kawasan kapal tenggelam, mencatatkan rekod memancing tujuh ekor tenggiri besar dalam jangkamasa satu hari.

Hari kesepuluh kelender Cina, Ah Chia mengulangi lawatannya. Dari pelampung yang menandakan jalan kapal dagang yang dapat dilihat Pulau Pinang dengan jelasnya, sekali lagi berjaya memancing 5 hingga 6 ekor tenggiri besar, ini merupakan bukti kepada kunjungan kumpulan ikan tenggiri besar sebelum ini. Ah Chia menyampaikan khabar itu dengan segera kepada Majalah Pancing, sambil membuat temu janji, menjelang hari baik bulan baik, ketika arus laut mula bergerak, iaitu pada hari kesebelas kelender Cina, buat kali ketiganya dia mengulangi serbuan ke tempat tersebut.

Pukul 9 pagi tanggal 17 Februari, ketika aku, Chai gemuk dan Tan Ming Keong sampai ke pesisiran Tanjung Bungah yang indah itu, bot pancing berwarna putih telah berlabuh di kawasan laut cetek yang terletak di Pulau Cinta. Ini merupakan kali pertama aku menaiki bot di pesisir pantai. Dan hanya Pulau Pinang menjanjikan pengalaman ini. Kawasan sendeng yang agak besar itu, membolehkan bot pancing yang besarnya lebih kurang 40 kaki berlabuh, langsung tidak memerlukan kemudahan pelabuhan atau dermaga.

Kami menyertai tuan punya bot, Woon Yik Chuan dan pelukis serta kaki pancing laut yang berpengalaman Ong Su Kit. Turut menyertai rombongan kami termasuklah nakhoda kapal Ah Chia, pembantunya Hock Kiah dan adik Woon Yik Chuan, teman memancing Ah John serta Ah Meng.

Tujuan asal kami mengunjungi perairan kapal perang besar yang tenggelam, jaraknya lebih kurang 20 nautika dari sini. Tapi Ong mendapat ramalan cuaca bahawa ribut akan menyerang Malaysia Timur, kemudian dalam jangkamasa 36 jam menyerang Semenanjung Malaysia pula. Kerana khuatir keselamatan, kami pun membatalkan niat untuk ke perairan kapal tenggelam, sebaliknya beralih untuk mengunjungi perairan tanda pelampung kapal dagang.

Bot pancing yang kelajuannya mencapai 18 batu nautika sejam itu, mengambil masa seketika saja untuk sampai ke matlamat. Di sini perlu diterangkan, pelampung yang dimaksudkan adalah tanda lampu isyarat yang disediakan untuk kapal dagang mengelakkan dari terlanggar kawasan cetek. Peranannya sama seperti rumah api 'One Fathom Bank' yang letaknya di luar Pelabuhan Kelang. Tanda pelampung itu tingginya mencapai 10 kaki, diikatkan dengan dawai besi di pelantar laut, tidak kira siang atau malam, ia berfungsi untuk memastikan keselamatan kapal yang melayari perairan tersebut.

Tanda pelampung itu satu di depan dan satu di belakang. Jarak antara mereka lebih kurang 10 meter. Pelantar yang jarang didapati di permukaan lautan ini, sekaligus menjadi tempat persinggahan burung-burung laut. Di atas petanda pelambung penuh dengan tahi burung. Ketika menghampirinya, terhidu bau najis yang memedihkan hidung. Ketika yang sama, oleh kerana di bahagian bawahnya terdapat terumbu-terumbu besar, ia menjadi tempat pembiakan dan persembunyian ikan. Kumpulan ikan kunyit-kunyit dan bebulus yang banyak telah menarik perhatian tenggiri. Siakap merah dan kerapu juga menjadi tetamu setia di sini.

Woon Yik Chuan dan kawan-kawannya pada mulanya mencuba cara pancing terapung menggunakan umpan hidup yang kebiasaannya paling berkesan. Di sini, umpan yang paling biasa mendatangkan hasil adalah ikan kunyit-kunyit. Tapi bilangannya terhad. Sekalipun begitu, menurut Ong Su Kit, ikan tenggiri laut dalam gila menggigit umpan , berumpankan seekor kunyit-kunyit biasanya mendapat seekor tenggiri. Kerana itu, walaupun ikan umpan tidak banyak, ia tidak menjadi masalah. Tambahan pula di atas bot tiada kemudahan tangki umpan hidup, kami pun mengamalkan teknik memancing apollo sambil memasang umpan hidup menggunakan strategi pancing terapung.

Cara mengikat pancing terapung Ong Su Kit tidak jauh bezanya dengan cara kaki pancing yang lain. Kaedahnya menggunakan 4 bentuk kail, jenis lebar tetapi pendek. Ini kerana kail pendek tidak begitu melukakan umpan hidup dan umpan tersebut tidak cepat mati. Cara ikatan mengandungi dua simpulan hidup dan dua lagi simpulan mati. laitu dua bentuk kail diikat mati dan dua bentuk kail lain dibiarkan bergerak bebas di atas dawai keluli. Kebaikannya adalah jarak di antara kail-kail tersebut dapat diubahsuai berdasarkan saiz umpan hidup . Mata kail yang seringkali digunakan adalah jenis 'bunuh diri' Daichi. Dawai kelulinya dari jenis 30 paun.

Dawai yang kecil memudahkan ikan yang dijebak bergerak. Untuk mengelakkan umpan membengkokkan badan, dua kail yang diikat mati itu, satunya dicangkuk pada bibir dan sebentuk lagi dicangkut pada bahagian kepalanya. Dua bentuk kail yang tidak diikat mati tadi dicangkutkan pada bahagian belakang ikan berhampiran kepala . Paduan kail-kail ini kelihatan agak memeranjatkan, tapi untuk meningkatkan kadar mendapat hasil, kebanyakan kaki pancing Pulau Pinang mempraktikkannya. Sekalipun menggunakan empat bentuk kail, mengikut Ong , kejadian ikan terlepas masih berlaku. Hanya peratusannya jauh lebih rendah berbanding dengan kaedah menggunakan dua bentuk kail.

Umpan Ah Meng merupakan yang mula-mula sekali diserang. Baru diletakkan umpan, belum sempat memasang gear kekili Penn 330 GTinya, tali pancing sudah ditarik, nyaris tali tersimpul. Ikan tenggiri yang memang terkenal dengan kerakusannya meragut umpan itu secara sukarela menyerah diri. Nasib baik tindakbalas Ah Meng cukup cepat. Dia cepat-cepat memasang gear kekili. Kemudian, bermulalah pertarungan hebat yang dinanti-nantikan. Yang lainnya cepat-cepat menyimpan peralatan memancing, supaya pertarungan di antara Ah Meng dan ikan tenggiri tersebut dapat diteruskan tanpa halangan-halangan lain.

Ikan tenggiri dikatakan sebagai salah satu ikan idaman, selain dari enak dimakan, daya melawannya amat hebat sekali. Terutamanya ketika termakan umpan, rontaan permulaannya seperti seekor kuda liar yang baru terlepas dari ikatannya, kelajuannya secepat kilat. Selalunya pula, ikan tenggiri itu akan bergerak secara U yang yang agak besar. Ianya amat menguji kemahiran kaki pancing. Sekalipun pengalaman Ah Meng masih tidak seberapa, tapi dia amat bertuah. Selain daripada umpan tercangkuk dengan kukuh, daya tahan ikan tenggiri itu juga tidak lama. Dalam masa 5 minit, ianya telah menyerah diri dan diangkat Chin dmenggunakan penyangkuk.

Mengikut pengalaman Ong, sekalipun saiz badan serupa, tidak bermakna ikan tenggiri tersebut mempunyai kuasa lawan yang sama. Seperti juga dengan manusia, mereka yang sihat tidak berpenyakit tentunya lebih kuat, dan yang lemah dan selalu sakit pula, tiada tenaga yang berlebihan. Setelah itu aku meneliti ikan tenggiri yang telah dipancing tersebut.

Aku mendapati ikan tenggiri yang badannya licin dan berseri, serta tiada hidupan perasit di badan mereka, sekalipun bersaiz kecil, memerlukan masa yang panjang sebelum berjaya menundukkan mereka. Sebaliknya, ikan tenggiri yang warna badannya agak pudar, dan banyak pula hidupan perasit di badan mereka, sekalipun berat badan mencapai 7 atau 8 kg, dapat ditundukkan dalam masa yang agak singkat.

Tidak dapat dinafikan, kuasa lawan ikan-ikan juga ditentukan oleh faktor-faktor lain. Antaranya, yang paling asas adalah bahagian yang tercangkuk kail. Kiranya pada bahagian mulut, kuasa lawannya tidak terganggu. Sekiranya pada bahagian-bahagian yang lemah dan kritikal seperti mata, insang atau perut, kuasa lawan akan berkurangan. Fenomena ini amat ketara kiranya menggunakan kaedah pancing tunda.

Ketika ikan umpan tidak lagi menarik tenggiri untuk menyerangnya, kami pun mengubah kaedah pancing kepada kaedah pancing tunda. Di kawasan perairan Pulau Pinang, musuh tenggiri yang utama adalah gewang bentuk ikan yang bahagian kepalanya berwarna merah dan bahagian badannya berwarna putih. Contohnya Rapala 'Red Head' paling berkesan. Gewang lain yang bahagian kepalanya berwarna merah dan bahagian badannya berwarna putih seperti Impala dan Storm juga mendatangkan hasil yang agak sama. Pada mulanya, aku enggan mempercayai bahawa ikan tenggiri hanya menyambar gewang ' kepala merah' dan tidak meragut yang berwarna lain. Tapi setelah berkali-kali mengalaminya, aku terpaksa menerima kenyataan itu. Sebabnya pula, tiada seorang pun yang dapat menerangkannya.

Ada dua padang pancing kaedah pancing tunda. Selain dari tanda pelampung yang kami sampai pada mulanya, satu lagi padang pancing terletak di tanda pelampung yang jauhnya lebih kurang satu batu nutika dari situ. Mengamalkan kaedah pancing tunda di padang pancing tersebut, kemahiran juru kemudi amatlah penting. Ini kerana kebanyakan ikan tenggiri akan menggunakan tanda pelampung sebagai tempat persembunyian dan menyerang mangsa. Dengan itu, kedudukan yang paling baik adalah kedudukan yang menghampiri tanda pelampung. Sayang sekali permukaan tanda pelambung tidak mencapai 10 kaki, dan di bawahnya adalah dawai besi. Kiranya sasaran ditarik jauh dari pelarnpung, peluang mendapatkan ikan tidak besar.

Sekiranya kedudukannya terlalu dekat dengan pelampung, takut pula kail tersangkut di dawai besi. Nasib baik Ah Chai cekap mengemudikan bot pancing , setiap kali umpan kami berada di lingkungan 10. kaki dari tanda pelampung. Kadang-kadang hanya 1, 2 kaki dari tanda pelampung dan tidak sekali pun gewang terlekat pada dawai besi. Kerana itu, kegiatan pancing tunda mampu menghasilkan tiga ekor ikan tenggiri yang beratnya 5 hingga 6 kg, sumbangan Ah Chai merupakan yang paling besar.

Antara tiga ekor ikan tenggiri tersebut, dua ekor adalah hasil usaha Ong , membuktikan halia tua juga yang pedas, seekor kepunyaan Ah John. Di antara ketiga-tiga ekor ikan tenggiri yang terpancing dengan menggunakan kaedah pancing tunda itu, dua ekor kuasa lawannya cukup mengkagumkan. Sebabnya adalah kail tercangkuk pada bahagian mulut. Seekor lagi tercangkuk pada bahagian perut, kuasa lawannya jelas sekali agak lemah . Kekuatan kuasa lawan ikan tenggiri, sekalipun kerana bahagian yang tersangkut kail, usia ikan juga merupakan faktor utama. Mengikut pengalaman kebanyakan peminat kaedah pancing laut, ikan tenggiri yang lebih tua daya lawannya juga lemah secara perbandingan dengan tenggiri yang muda dan bertenaga, daya lawannya amat kuat.

Yang perlu ditekankan di sini, kebanyakkan peminat kaedah pancing tunda ikan tenggiri atau ikan-ikan penyambar yang lain biasanya terlupa kepentingan menyentak joran. Ikan tenggiri selain pantas menyambar umpan tiruan, tapi kelajuannya juga amat cepat dan kulit mulutnya agak liat, kerana itu kail yang bercabang tiga pada gewang tidak semestinya dapat mencangkuk mangsa dengan kuat.

Ketika ikan tenggiri menggigit dan melarikan umpan tersebut, siren pada kekili mengeluarkan bunyi yang bising lantaran tali ditarik, kail mungkin sekadar terlekat pada gigi halus atau kulit mulutnya. Sebelum pertarungan, kiranya disentak joran, dapat membantu mata kail menembusi mulut ikan. Dengan ini dapat mengelakkan ikan terlepas semasa bertarung. Woon Yik Chuan pernah mengalami kesilapan teknik itu, dan menyebabkan ikan tenggiri yang ditarik menghampiri bot terlepas lari. Ketika memancing tenggiri dengan kaedah pancing tunda menggunakan umpan hidup, kejadian ikan terlepas di alami sebanyak tiga kali.

Antaranya, sekali itu, Ong yang amat berpengalaman juga tersilap teknik. Beliau cuba memancing bebulus tapi terlupa memasang gear kekili setelah memasang umpan, akhirnya geledung ditarik tenggiri dengan kuatnya, bukan hanya mangsa terlepas lari, sebaliknya terjadi pula 'bihun goreng' yang tidak diingini. Dua kali yang lain, sekalipun memasang empat bentuk kail, tapi kerana lupa untuk menyentak joran, usaha langsung tidak berhasil.

Pada sebuah tanda pelarnpung yang lain, sebuah sampan kepunyaan nelayan tempatan juga sedang memancing tenggiri. Dari itu dapat disimpulkan bahawa musim ikan tenggiri telah tiba di Pulau Pinang. Bagi kaki pancing yang mahu mengasah ilmu untuk bertarung dengan ikan idaman yang kuat kuasa lawannya ini, masanya telah sampai untuk memasang layar dan melaksanakan hajat anda.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1