Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Menyerlah Misteri Merah
Di Laut Dalam

Oleh : Lee Yoke Sam : PANCING

Bot pancing berukuran 65 kaki, kerana ingin mengelakkan dari angin timur selatan, terpaksa berlabuh di tepi Pulau Pangkor, Angin timur selatan yang membawa hujan biasanya akan reda pada jangkawaktu yang singkat. Tepat pukul 4 petang, kumpulan kami seramai 18 orang menyambung perjalanan ke arah barat.

Setahun yang lalu, seorang kaki pancing dan teman-temannya menyewa sebuah bot nelayan untuk memancing di laut dalam. Lantaran berita gelora tidak dapat dijangka, mereka yang kurang beruntung berhadapan dengan angin kencang dan ombak besar, bot dimasuki air dan dalam waktu beberapa minit telah tenggelam. Mereka yang bernasib malang terumbang-ambing di lautan ganas, hanya menyerahkan nasib mereka kepada yang berkuasa. Dalam waktu hanya kuasa hakiki yang menentukan hidup mati seseorang, di kejauhan ternampak bayangan hitam. Ianya merupakan sebuah bot nelayan! Mereka seperti ternampak harapan sedang menyinsing seperti fajar. Tapi bot tersebut jauhnya 1km atau lebih. Buat mereka yang meronta nasib sekian lama di lautan dan kehabisan tenaga, dengan keadaan lautan yang masih berombak setinggi gunung, berenang melintasi jarak 1km dan diselamatkan tentunya bukan suatu usaha yang mudah.

Terumbang-ambing di lautan ketika itu termasuklah seorang kelasi. Dia memulakan kerjaya di atas bot nelayan sebagai kelasi semenjak berusia 13 tahun lagi. Berpengalaman bertugas di lautan lebih 10 tahun, kerana itu cukup arif perihaltabiat air. Dia juga ternampak bot nelayan yang berada di kejauhan tersebut. Diberikan peluang untuk hidup, sekalipun setipis mana harapan, dia tetap mengumpul seluruh kekuatan dan tenaganya, berbekalkan pengalaman dan sedikit tenaga yang masih ada berenang ke arah bot nelayan itu.

Sejam lebih berlalu, kelasi tersebut akhirnya berjaya membawa bot nelayan itu ke tempat kejadian, menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain, sekaligus bebas dari tragedi yang lebih pahit untuk ditelan. Seorang kaki pancing yang terselamat, mempertimbangkan bot nelayan yang telah musnah disamping mengenangkan jasa kelasi tersebut, membuat keputusan untuk melabur. Dia menempah sebuah bot khas untuk kaki pancing dan mempelawa kelasi tersebut untuk menjadi rakan kongsinya, memberikannya jawatan jurumudi kepada bot yang baru itu. Usahanya itu selain memberikannya kemudahan untuk keluar memancing di lautan, juga dapat memberikan perkhidmatan untuk kaki pancing yang lain, sambil menyelam, minum air.

Kaki pancing tersebut ialah Lee Kew yang hari itu keluar ke lautan terbuka bersama-sama kami. Nakhodanya pula ialah penyelamatnya, Chia Wei Seng yang digelar 'kulit hitam' oleh kebanyakkan kenalannya.

Bot Seahorse yang kami tumpangi itu adalah sebuah bot pancing yang didaftarkan dan berlesen. Ia dilancarkan tidak lebih dari 5 bulan yang lalu. Tandas dan bilik mandi bot itu digabungkan, bahagian tengah bot boleh dijadikan bilik tidur dan geladaknya yang luas membenarkan lebih 10 orang memancing serentak.

Selain dari kemudahan alat pengesan ikan atau sonar dan sistem penempatan global (GPS), bot itu juga dilengkapi dengan kemudahan radar yang moden. Radar itu berkeupayaan mengesan sebarang aktiviti di laut dalam lingkungan 24km. Dengan kelengkapan itu, Seahorse yang memancing ditengah malam dapat mengesan kehadiran sebarang bot atau kapal yang sedang menghampirinya terlebih dahulu, jadi dapat mengelakkan kejadian perlanggaran kapal dan juga dapat mengelak dari lanun-lanun yang tidak berperi kemanusiaan. 'Freeboard' bot juga lebih tinggi jaraknya dari permukaan air, dengan itu dapat mengurangkan kemungkinan terjatuh ke laut.

Kami sedang menuju ke kawasan perjalanan kapal kargo yang jaraknya hampir 30 batu nautika. Perjalanan itu memakan masa 3 hingga 4 jam sebelum tiba ke tempat tujuan. Pancingan laut dalam adalah aktiviti yang menyusul selepas pancingan panggir pantai. Oleh kerana hasil ikan di pinggir laut semakin berkurangan dan tarikannya bertambah lemah, lagipun terdapat beraneka jenis ikan di lautan dalam dengan dagingnya yang lemak manis disamping bilangannya yang banyak serta bersaiz besar, semakin hari semakin ramai kaki pancing yang mengalihkan perhatian mereka untuk memancing di laut lepas.

Padang pancing laut dalam biasanya jauh dari daratan, perjalanan ulang alik ke padang pancing memakan masa yang panjang dan belanja yang lebih, kerana itu kegiatan memancing di laut dalam biasanya diatur untuk tempoh 2 atau 3 hari supaya semua usaha dan perbelanjaan berbaloi.

Maklumat padang pancing biasanya diperolehi dari nelayan pukat tunda. Ketika menjalankan kegiatan menunda pukat di tengah laut, biasanya mereka mengalami kejadian pukat-pukat yang tersangkut pada terumbu. Tempat-tempat ini merupakan kawasan pembiakan, perlindungan dan sumber makanan untuk kebanyakkan ikan. Nelayan pukat tunda biasanya akan mencatatkan kedudukan terumbu-terumbu tersebut dan maklumat itu seterusnya akan disampaikan kepada nakhoda bot pancing. Bot pancing dapat menangkap ikan -ikan yang tidak dapat ditangkap oleh bot pukat tunda melalui penggunaan kail dan umpan.

Pancingan laut dalam biasanya dikategorikan sebagai pancingan tugas berat. Ini kerana padang pancing laut dalam terletak di kawasan dalam , mencapai kedalaman lebih 100 kaki. Arus dasar amat kuat. Kerana itu kekili mendatar dengan tali yang panjangnya lebih 300 kaki serta ladung yang besar dan berat perlu disediakan. Kerja-kerja menaik dan menurunkan batu ladung yang beratnya boleh mencapai beberapa kilogram mampu membantu membina otot-otot yang cantik. Untuk mereka yang sukakan sukan bina badan, mungkin baik kiranya berfikir untuk keluar memancing di lautan dalam. Disamping dapat membina otot-otot yang cantik, dapat pula merasa daging ikan yang enak.

Bagi mereka yang gemarkan pancingan laut dalam, biasanya matlamat mereka adalah pada tangkapan. Penuh saja satu kotak sejuk, maka dengan riangnya mereka berkata, "tidak sia-sialah kembara kali ini." Supaya ikan yang ditangkap (atau ladung yang beratnya beberapa kilogram) dapat dinaikkan dengan cepat, terutama ketika kumpulan ikan sasaran sedang menggila mengejar umpan, mereka yang memancing di laut dalam biasanya menukar alatan memancing mereka ke jenis yang lebih besar. Akhirnya ada juga yang membuat keputusan untuk memilih jenis elektrik. Sekali butang ditekan ikan yang termakan umpan dapat dinaikkan dengan cepat dan mudah.

Ikan-ikan di lautan biasanya mendiami kawasan pinggir terumbu. Pendek kata, mereka seperti juga nelayan. Cuba mengaut sebanyak mungkin ikan di sesuatu kawasan sebelum berpindah ke kawasan lain.

Kembali bercerita tentang kunjungan kami. Setelah hampir 3 jam dalam perjalanan, bot Seahorse akhirnya ke padang pancing nombor 1, 'Kulit hitam' meneliti alat pengesan ikan dan juga sistem penempatan global, kemudian memerhatikan pula keadaan sekeliling. Setelah berpuas hati, butang ditekan yang diiringi oleh bunyi bising di haluan bot menandakan sauh sedang dilabuhkan.

Berhenti saja bot, ia pun terumbang-ambing dibuai ombak. Pergerakkan turun naik yang berlaku menyebabkan mereka yang belum menyesuaikan diri dengan keadaan lautan terasa mabuk dan loya. Aku dan juru kamera Swee Hong adalah kaki pancing laut dalam yang masih mentah, oleh itu seperti beberapa orang yang lain kami turut merasa betapa nikmatnya mabuk laut. Kaki pancing lain yang biasa dengan keadaan itu dan masih normal segera memasang umpan daging ikan kembung ke kail masing-masing. Kail dibiarkan tenggelam bersama ladung saiz besar untuk menunggu tangkapan pertama.

Swee Hong dan saya sekalipun dalam keadaan fizikal yang kurang menggalakkan tetap menyertai kumpulan yang memancing. Kami mengharapkan tangkapan yang cantik dan istimewa menyerah diri sebagai pengubat mabuk. Sayangnya sekian lama memancing masih tidak memperolehi mangsa yang menggembirakan kami. Akhirnya Swee Hong berjaya memancing seekor ikan yang agak pelik. Siripnya keras seperti besi. Mengikut ketua kumpulan, ikan itu dipanggil sebagai ikan ayam, tergolong dalam kumpulan ikan yang boleh dimakan.

Saya memandang rakan pancing yang lain, rupa-rupanya hasil mereka juga kurang memuaskan. Nampaknya tempat ini bukanlah padang pancing yang bagus. 'Kulit hitam' menyedari keadaan itu, lalu disuruhnya kami menyimpan pancing, sauh diangkat dan kedudukan kapal dialih.

Dalam kumpulan kami, ada juga yang menggunakan kekili elektrik. Semuanya bersedia di kedua sisi bot. Tepinya disediakan tempat untuk meletakkan joran. Kemudahan itu disediakan untuk meletakkan peralatan memancing yang agak berat. Kecuali mangsa yang menggigit umpat dari jenis yang amat besar, dalam keseluruhan proses memancing, peralatan tidak ditanggalkan dari tempat letaknya. Setiap pemancing juga disediakan peralatan yang mencukupi, termasuk kotak penyejuk, kotak untuk mengisi peralatan, pisau, sebaldi air untuk membersihkan tangan dan kain lap. semua peralatan itu diikat dengan tali supaya tidak menggelongsor. Juga tidak ketinggalan kerusi lipat sebagai tempat duduk ketika memancing.

Malam itu Seahorse berhenti di atas sekumpulan gerut-gerut. Tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar lagi, seekor demi seekor gerut-gerut yang bersinar dijemput ke atas bot supaya berehat di dalam kotak penyejuk. Malam kedua keadaan menjadi lebih meriah lagi, kali ini giliran ikan merah pula mengejar umpan dengan galaknya. Berapa banyak jumlah kail yang diturunkan begitulah juga jumlah ikan yang dinaikkan. Semua kaki pancing menjadi seperti kurang siuman, kadar memancing dipercepatkan dan kesemuanya menyatakan rasa puas hati mereka.

Walau bagaimanapun, kaki pancing yang menggunakan tenaga semulajadi tetap tidak dapat bersaing dengan mereka yang menggunakan kekili elektrik. Ah Yen yang menggunakan kekili elektrik langsung tidak membuang masa walau sesaat untuk menanggalkan ikan dari mata kail. Dia hanya membuka perambut, ikan diletakkan disebelah, kemudian diikatkan pula perambut baru yang telah siap dipasangkan dengan kail dan umpan. Butang ditekan dan tali turun semula dengan sendirinya. Tempoh masa menunggu ragutan ikan digunakan untuk menanggalkan ikan dari mata kail dan memasang umpan baru. Kadang-kadang ikan belum lagi dapat ditanggalkan, nun di bawah sana ikan sudah pun meragut umpan yang baru diturunkan. Dengan cara ini tak hairanlah hanya kotak penyejuknya dapat dipenuhkan dengan kadar yang amat pantas.

Kum Yu Chai yang berdiri di sebelah kiri haluan bot berjaya memancing seekor ikan merah yang beratnya 5kg. Ikan ini menjadikannya sebagai pemenang ikan terberat untuk malam itu. Swee Hong dan saya tidak begitu ghairah dengan kegilaan memancing begitu, akibatnya ais di dalam kotak penyejuk kami lebih banyak dari ikan.

Habis sahaja kegilaan ikan merah menyerang umpan, 'Kulit hitam' segera mengalihkan bot ke padang pancing yang baru. Saya mengumpulkan semangat dan bersedia untuk memancing dengan sepenuh perhatian sebagai percubaan terakhir. Kiranya tidak, Seahorse akan pulang ke jeti selepas ini dan ketika itu sebarang penyesalan tidak akan berguna lagi.

Akhirnya nasib menyebelahi kami, daging ikan kembung yang baru dibaling segera mendapat berita. Tangan kananku cepat-cepat menggenggam erat pemegang joran, dengan cepatnya memutar kekili. Ini adalah caranya untuk memancing di laut dalam. Di kawasan laut yang dalamnya 200 atau 300 kaki, cara menyentak joran tidak boleh digunakan. Kerana ketika menyentak joran, daya sentakan telah dilembutkan oleh tali utama yang 200 atau 300 kaki panjangnya. Lagipun ianya dipasangkan dengan tanduk dan ladung yang berat. Dengan itu, tenaga yang disalurkan tersekat lagi. Kerana itu cara untuk menggantikan sentakan adalah dengan beberapa putaran yang cepat. Sebenarnya, ikan laut dalam biasanya memakan umpan seperti ingin membunuh diri. Mereka akan menelan umpan tanpa berfikir panjang. Jadi, kail senang ditelan dan tersangkut di bahagian dalam badan.

Ketika mengarau, joran aku bergetar beberapa kali. Hatiku bukan main gembira, cepat-cepat menyimpan tali. ( Tapi yang peliknya, ketika ikan menggigit umpan begitu, tidak pula dirasakan penat dan susah). Kemudian di bawah pantulan lampu, saya ternampak suatu bayang-bayang merah. lanya ikan merah jenis apa? Dengan berhati-hati menarik naik perambut dan menarik ikan itu ke atas hot. Wah, ianya ikan merah yang beratnya hampir 2 kg.

Saya menanggalkan ikan, dan umpan baru dipasang. Seketika saja, ah, seekor lagi ikan menggigit. Ditarik naik ke kapal, seekor ikan merah lagi. lanya juga seekor ikan merah yang berat hampir 2 kg. Mengikut fahaman sesetengah orang, habitat ikan merah ini hanya terhad pada kawasan muara di mana air masin dan air tawar bertembung. Tapi kenyataannya, ikan merah yang matang akan berenang ke tengah lautan, dan mendiami kawasan terumbu.

Siakap merah yang dipanggil 'Ang Kah Ting' oleh orang Teow Chew, panggilan saintifiknya ialah Lutjanus Orgentimaculatus. la anggota keluarga Lutjanidae yang besarnya peringkat sederhana. la mempunyai sepasang mata yang cerah dan terang, rahang yang kuat bertenaga disertai gigi yang tajam. Badan siakap merah ini keperangan, warna sisik di bahagian tengah badan lebih gelap. Berbanding dengan siakap merah yang mendiami perairan laut dalam, siakap merah yang mendiami kawasan sungai atau muara berwarna lebih pudar. Rasanya juga karang enak dibandingkan dengan saudara mereka yang hidup di lautan. Ikan yang lebih muda, di bahagian matanya mempunyai jalur berkilau yang berwarna biru kehijauan. Sesetengah kaki pancing akan menternak ikan siakap merah yang kecil ini di dalain akuarium sebagai ikan perhiasan. Siakap merah yang berjaya menyesuaikan diri dengan habitat air tawar tapi masih mengekal warna merah di badannya, biasanya dijual dengan harga yang mahal di pasaran.

Siakap merah adalah jenis ikan yang ganas. Makanan utama mereka termasuklah ikan kecil, udang, ketam dan sotong. Mereka akan menunggu di muara sungai menunggu mangsa dan biasanya jarang meninggalkan tempat persembunyian. Jenis ikan yang menyambar umpan dengan kuat, cepat dan agresif ini, biasanya mendatangkan kejutan pada pemancing.

Kiranya kurang berwaspada, tali akan terputus kerana ikan yang menyambar umpan akan pulang ke tempat persembunyian secepat mungkin.

Setelah menaikkan dua ekor siakap merah yang sederhana besarnya, hatiku gembira bukan kepalang. Sebaliknya teman pancing yang lain, kecuali seorang dua menaikkan seekor atau dua siakap merah, yang lainnya hanya menunggu dengan geram di tepi joran tanpa apa-apa kejadian. Memancing di laut dalam memang begitu, sekalipun berada di atas bot yang sama, sesetengah orang asyik dijamu dengan rezeki dan orang lain mungkin menunggu dalam kehampaan dan terus hampa. Ianya berkait rapat dengan tempat bersauhnya bot. Sesetengah kaki pancing kebetulan berada betul-betul di tempat ikan bermain dan memburu mangsa.

Kerana itu kailnya menarik ikan-ikan untuk menyambar. Sebaliknya, sesetengah kail pancing berada di luar lingkungan kawasan ikan, jadi penantiannya tetap sia-sia. Faktor lain termasuklah arus bawah laut, juga cara mengikat mata kail dan menyangkutkan umpan. Selain daripada itu, sikap kaki pancing juga memainkan peranan penting dalam menentukan hasil tangkapan.

Saya faham keadaan ini dan kebetulan berada di kawasan yang banyak ikan. Pada masa ini, yang paling penting ialah mempercepatkan proses memasang umpan dan menanggalkan ikan. Tindakbalas yang cepat adalah salah satu keistimewaan yang perlu dimiliki oleh kaki pancing yang baik. Terutamanya bagi kaki pancing yang menggemari cara pancingan laut dalam. Sayangnya, pada waktu itu, kedengaran bunyi isyarat kecemasan dari radar kapal.

'Kulit Hitam' menjengokkan kepala dari bilik kawalan, diarahnya semua kaki pancing menyimpan peralatan. Rupa-rupanya ada bot yang tidak dikenali memasuki kawasan kesanan radar. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini kaki pancing pun menyimpan peralatan pancing dan bejaga-jaga.

Mereka yang biasanya memancing di laut dalam tentunya tahu, lanun yang datang menyerang bukanlah kejadian yang boleh diambil ringan. 'Kulit Hitam' berada di dalam bilik kawalan untuk meninjau keadaan. Pembantunya pula menghunus pisau tajam menunggu di tepi tali sauh. Kiranya didapati keadaan mencemaskan, tali sauh segera dipotong dan bot dapat meninggalkan tempat itu. Setelah beberapa minit, sebuah bot pukat tunda mendekati. la berlayar ke arah buritan Seahorse, membuat suatu pusingan, kemudian beransur-ansur menjauh. Mengikut ramalan 'Kulit Hitam', bot itu kemungkinannya datang dari Thailand. Tapi tujuan kedatangan mereka tidak pula dapat diteka. Semua kaki pancing hanya mengeluarkan teori masing-masing tanpa jawaban yang tepat.

Kerana pendatang yang tidak diundang itu tidak melakukan sebarang perbuatan yang memudaratkan, 'Kulit hitam' tidaklah mempedulikan kedatangannya. Dia hanya menarik sauh dan menghidupkan enjin, lalu menukar kedudukan bot. Memancing di lautan terbuka terdedah kepada berbagai kemungkinan dan bahaya. Terutamanya di waktu malam, persekitaran gelap gelita, dalam keadaan tidak nampak, pengunjung tanpa diundang mungkin mengambil kesempatan. Apabila kita menyedari kedatangan mereka, biasanya telah terlambat dan nasi telah menjadi bubur. Ini membuktikan radar Seahorse adalah yang paling canggih. la merupakan alat mengawal keselamatan yang terjamin keberkesanannya dengan keupayaan untuk memberikan amaran terlebih dahulu sebelum kejadian buruk berlaku. Tuanpunya bot juga memberitahu, bahagian tepi yang tinggi itu juga salah satu cara untuk mengelak diri dari dimasuki pendatang tanpa diundang. Sesetengah lanun akan melabuhkan bot mereka di kawasan atas, di mana arus mengalir ke arah bot, kemudian terjun ke dalam laut. Dengan bantuan aliran arus mereka akan berenang menghampiri bot mangsa, menaikinya dan menyempurnakan niat buruk mereka. Tapi, kiranya mereka berdepan dengan bot yang bahagian tepinya tinggi seperti Seahorse rancangan mereka pastinya akan terbengkalai.

Bagaimana pun, parti ikan siakap merahku telah terganggu oleh kedatangan pendatang tanpa diundang tersebut hinggakan hilang semua minat. Nasib baik hasilnya ada 4 ekor, tidaklah di waktu semua orang mengaut hasil yang lumayan, diri sendiri pulang dengan kehampaan.

Langit begitu cepat menjadi cerah. Matahari siang berada di ruang kosong antara langit dan lautan biru. Seahorse sekali lagi bermandikan cahaya siang yang terang. Di dapur telah terhidu bau harum. Rupa-rupanya meehoon goreng telah siap terhidang. Setelah semalaman bertarung dengan ikan, perut semua orang telah berbunyi. Meehoon goreng dalam sekelip mata telah habis dikerjakan. Memikirkan kembali, makanan beberapa hari ini amat lazat, ada ayam buah peria, kari ikan merah, bubur tiram dan roti burger Kiranya bukan kerana mabuk laut, kegiatan memancing tiga hari dua malam ini adalah pengalaman yang amat menyeronokkan.

Kesemuanya menghitung hasil tangkapan. Jumlah hasil tangkapan melebihi 300 kg. Kebanyakannya adalah ikan merah dan gerut-gerut. Kebanyakan peti simpanan sarat dengan ikan. Kiranya lawatan itu dikatakan kurang berezeki, saya rasa dewa laut pun tidak dikurniakan rezeki yang lebih lumayan lagi. Kerana rezeki telah memuaskan hati semua orang, kami tidak ingin berlegar di lautan lebih lama lagi, paginya lebih kurang pukul 10, kapal pun menghala ke arah daratan. lya, ianya suatu lawatan yang amat bererti dan berezeki.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1