Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Menyambung Joran Yang Patah
Oleh : Pok Mud's : PANCING

Kebanyakan joran yang patah di tengah terjadi oleh sebab keangkuhan pemancing menarik keluar tali tangsi yang tersangkut dengan joran dan daya tarikan keterlaluan yang melebihi kekuatan rekabentuk joran itu sendiri. Setiap joran mempunyai had tegangan maksimum dan jangan sama sekali amalkan menarik tali yang tersangkut dengan batang joran anda.

'Patah tengah' lebih tertumpu kepada kawasan sambungan terutamanya untuk sambungan jenis bahan asas dan kadangkala sambungan logam. 'Patah tebu' ialah patah lebih dari satu bahagian dan ia sukar untuk diselamatkan lagi. Saya pernah menerima joran patah untuk dibaik pulih tetapi joran tersebut patah di empat bahagian dan sukar untuk disambungkan. Joran jenis grafit dan titanium mudah patah sebegini. Ini biasanya terjadi kepada mereka yang baru menjinakkan diri dengan joran jenis ini. Joran jenis grafit mempunyai daya spring tinggi yang baik tetapi rapuh jika satu daya tekanan setempat dikenakan seperti berlaga dengan tiang bot, terpijak dan sebagainya.

Panduan

Langkah 1

Periksa sekiranya patah hanya tertumpu di satu kawasan dan tidak serpih seperti gambar. Jenis joran ini adalah berasaskan bahan grafit Jika serpihan terjadi dan memanjang maka saiz yang bakal disambung tidak sama dan sukar untuk dicantumkan kembali. Prestasi juga tidak akan pulih seperti yang asal.

Langkah 2

Dapatkan bahan penyambung (biasanya batang joran terpakai atau rosak dari jenis gentian kaca). Pastikan bahan penyambung mempunyai panjang yang cukup serta diameter lebih kecil atau sama dengan joran yang hendak dibaiki .





Rajah di sebelah menunjukkan ilustrasi penyambungan joran kosong.














Langkah 3

Setelah anda pastikan diameter dan salutan pita untuk menyesuaikan diameter penyambung 'ngam-ngam' dengan diameter joran, sapukan gam 'Araldite' (Putih Merah) sama rata dan masukkan setengah penyambung iaitu membahagi sama tengah ke satu bahagian dahulu dan tunggu hingga kering dalam masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.

Langkah 4

Ulang Langkah 3 untuk penyambung satu lagi.

Langkah 5

Buang lebihan gam tadi dan pegang kedua-dua bahagian semasa pengeringan berlaku agar ia tidak terkeluar semula. Paling elok biarkan ia mengeras semalaman. Jangan uji terlebih dahulu kekuatan sambungan sehingga 1 hingga 2 hari sebelum gam memainkan peranannya.


Langkah 6

Salutan benang adalah penguat untuk bahagian luar joran agar ia tidak serpih apabila melentur memandangkan adanya bahan penyambung yang menekan di dalam joran tersebut.





Langkah 7

Salutan dibuat memadai 1 inci di kedua dua bahagian sebelum satu lagi lapisan gam disalut ke atas benang tersebut.









 
Hosted by www.Geocities.ws

1