Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Belida Makanan Toman?
Oleh : Redza Nasaruddin : PANCING

Apakah makanan yang terbaik untuk toman? Ada yang mengatakan keli adalah umpan terbaik toman, ada pula yang mengatakan hati ayam atau hati lembu. Kalau saya mengesyorkan behda sebagai makanan toman adakah anda bersetuju? Tentu tidak bukan, tetapi pengalaman belida dimakan toman telah terjadi kepada saya di Sg. Kelubi, Rawang. Sebenarnya tempat ini adalah lombong tinggal yang besar dan panjang yang di sekitarnya juga terdapat perkampungan Orang Asli. Lombong ini terletak bersebelahan Sg. Selangor dan apabila air melimpahi tebing, ikan-ikan yang berhijrah akan menetap di perkarnpungan baru dalam lombong ini.

Saya yang sering berkunjung ke sini hanyalah sekadar memburu toman dan patin. Toman-toman yang pernah saya dapati di sini boleh dikatakan besar kerana setiap kali ikan jenis ini yang melarikan umpan atau gewang, ada yang berjaya memutuskan tali.

Tak lama saya memancing untuk mendapat belida ini, lebih kurang 30 minit saja; umpan kedua yang dibaling terus mendapat sambutan. Memang sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekejap saja sudah dapat!

Sebetulnya sehari sebelum sampai ke Sg. Kelubi, saya telah ke Sg. Selangor yang terletak di Batu Arang kerana mendengar khabar jelawat, baung, patin, lampam malah kelah pun boleh dipancing. Mana nak cari jelawat sungai dan kelah di negeri Selangor yang kebanyakan sungainya habis tercemar. Sebelum ini saya pernah mendengarnya tetapi tidak ada bukti yang jelas. Menurut seorang jiran yang kaki pancing, lubuk Sg. Selangor yang terletak di Batu 31 Jalan Batu Arang dan Batang Berjuntai merupakan lubuk yang paling digemari ramai. Kawasan ini pula mesti dikunjungi pada hari kerja kerana setiap hari minggu pasti ada perarakan pemancing ke sini dan sudah tentu kawasan strategic habis dimonopoli untuk acara ini.

Kami sampai di lubuk pertama semasa pekerja-pekerja kerajaan keluar untuk makan tengahari. Aras sungai rendah ke bawah aras air dengan tebing lebih kurang 3 kaki tetapi airnya lebih kepada warna keruh. Paras air di sini tidak boleh dijangkakan tinggi atau rendah kerana pintu air yang menentukannya, bukan hujan atau kemarau. Kepada mereka yang ingin memancing di sini, buat-buatlah berkawan dengan penduduk tempatan supaya kita sampai pada masa yang sesuai, taklah ternganga apabila melihat arus yang boleh menghanyutkan batu ladung nombor 8.

Sebelum membuka nasi 'tapau' (bungkus), terlebih dahulu saya menyiapkan tiga joran berumpankan ikan seluang, perut ayam dan buah kelapa sawit. Umpan kelapa sawit dan perut ayam menggunakan batu ladung saiz nombor 2 dibaling ke tengah sungai dan arus akan membawanya ke lubuk. Umpan satu lagi menggunakan batu nombor, 6. Sambil duduk, menikmati makanan kedai dengan mata yang tidak terlepas dari joran sampai terasa sakit tengkuk, dilihat joran melendut. Mungkinkah khayalan yang dilihat. Joran semakin melendut dan telinga pula mengesan bunyi 'drag'. Terus saya melompat tanpa membasuh tangan menerkam joran membuat balasan, tetapi pemakannya sudahpun berjaya melepaskan diri.

Ikan seluang sudah hilang dari mata kail. Pada masa yang sama terdengar sambaran dari sungai dan kelihatan olakan anak-anak ikan bertempiaran. Umpan dibaling ke tempat yang sama dan saya menyambung acara makan yang telah tertangguh tadi. Dua tiga suap, peristiwa tadi berulang lagi. Sekali lagi hampa tidak dapat merasa tarikan ikan. Bejam-jam menunggu selepas itu tidak ada ikan yang mengusik dan kami mengambil keputusan berpindab ke lubuk kedua yang jaraknya satu kilometer melalui jalan kelapa sawit.

Tempat ini mempunyai tebing berpasir dan kita boleh memacak joran di 'pantainya'. Kedatangan kairni dialu-alukan oleh kera yang tidak sunyi dengan nyanyian marah serta ikan menepuk ekor bermain air. Bunyi ikan amat yang keras dan padu menimbulkan perasaan tidak keruan. Tanpa bercakap kami cepat-cepat memasang umpan dan membaling ke tempat ikan bermain tadi. Apabila terasa getuan kami menggulung tali, terasa banyak kayu dan tunggul mati di dasar yang sekaii-sekala memaksa kami mengikat perambut dan mata kail baru.

Tunggu punya tunggu ikan memakan umpan, langit yang tadinya cerah bertukar kelabu dan gelap. Angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa sudah bertukar kasar. Dari jauh ternampak hujan bergerak menuju ke arah kami dan membawa bersama kilat serta kembarnya. Terasa titik-titik air menimpa badan menyebabkan kami bertempiaran menyusup ke dalam kereta. Makin lama hujan, kilat guruh dan angin semakin padu. Masing-masing membuka sembang sementara hujan berhenti. Setelah habis bercerita keadaan di luar masih tidak berubah. Kami tertidur seketika dan sedarnya hujan telah berhenti.

Kami menyambung aktiviti dan hasilnya amat tidak memuaskan kerana sehingga keesokan paginya, hanya dua ekor baung dinaikkan. Pagi-pagi lagi kami bergerak pulang dan sebelum sampai ke Rawang, saya teringat lombong di Sg. Kelubi. Secara spontan saya bercadang supaya mencuba di sini pula. Tanpa ada yang bersuara iya atau tidak, kereta terus menyusur jalan tanah merah menuju lubuk seterusnya. Lubuk ini selalu saya kunjungi dan hasilnya seperti yang telah saya ceritakan di permulaan tadi. Pada mulanya kami memancing lampam sungai menggunakan tepung dan dedak dan ikan ini akan digunakan untuk umpan pancingan terapung toman.

Kami juga mengeluarkan gewang menunggu toman bermain air. Dari pagi hingga pukul sebelas, tidak ada lampam yang sudi menjamah tepung yang dihidangkan, mungkin sudah Iuput tarikh. Lampam tidak menjamah umpan dan toman pun tidak menyambar gewang yang dilontarkan. Apa nak buat, sudah tidak bemasib baik. Saya masih tidak berputus asa dan bergerak menuju ke kawasan terusan yang menyambungkan dua lombong. Melihatkan toman sedang asyik bermain air, saya terus melontar gewang.

Setelah peluh membasahi tubuh akibat membaling gewang di tengah panas terik, akhirnya terasa keras, sangkut kot. Baru nak menyumpah seranah, tali bergerak dengan laju ke tengah lombong. Tangan terus meningkatkan tegangan kekili tetapi tali masih ditarik keluar, makin lama makin panjang sehingga ia berhenti. Apabila saya menggulung tali terasa ringan sahaja dan gewang RM18 yang baru pertama kali digunakan hilang begitu saja. Termenung memikirkan bagaimana untuk membalas dendam kerana itulah gewang tunggal yang dibawa. Dengan perasaan dendam yang membara, saya menukar tali 30 paun dan tetpaksa menangguk ikan-ikan kecil yang bermain di gigi air sebagai umpan. Cuma dua ekor seluang sahaja yang dapat, lalu saya mencuba teknik pancing dasar pula.

Tidak ada sentuhan pada umpan pertama lantas saya menukar dengan umpan terakhir yang masih hidup. Saya masih berharap toman yang akan ditentang nanti. Zuupppp! Tiba-tiba tali dibawa lari, saya membebaskan tali dan membilang sehingga 10 sebelum membuat sentapan. Sekarang pembalasan gewang sudah tiba. Ikan membenam ke bawah dan naik ke atas dengan lajunya. Saya mempercepatkan pusingan kekili supaya tali terus tegang dan ikan terus melonjak naik ke permukaan air serta menari-nari. Tanpa disangka, ianya bukanlah toman tetapi belida bintik!

Belida tersebut lari ke tengah lombong dan memberatkan dirinya. Walaupun pergerakannya perlahan, berat untuk saya menariknya. Perlahan-lahan ikan bergerak mengikut tali kemudian mengiring ke kanan dan tiba-tiba kekuatannya bertambah, hampir-hampir terlcpas joran dari tangan. Ikan memberi tentangan yang berkali-kali ganda dari tadi dan saya tidak menyangka ikan yang sudah keletihan kembali mendapat tenaga. Dengan sepenuh kekuatan saya memegang joran kerana tarikan dari bawah amat kuat. Pada masa yang sama belida yang terkena pancing tadi timbul di permukaan dan dengan senang tali dikarau. Sekali kuat sekali lemah tentangan belida ini.

Apabila berjaya menaikkannya, saya terperanjat melihat ekorya yang sudah rabak, mungkin semasa pertarungan tadi ekornya telah disembat oleh sang toman, sebab itulah saya merasa ikan tiba-tiba mempunyai tenaga berlebihan.

Di dalam lombong ini tidak ada bangsa lain yang seganas toman dan saya percaya dialah yang telah membaham belida ini. Kasihan sekali melihat nasib belida bintik yang cantik ini, walaupun dah rabak ekornya, berataya tepat-tepat 5 kg. Kesan gigitannya sepan.jang, 5 inci. haii... sebesar mana pulalah toman tersebut. Dari segi logik, tidak mungkin ada toman yang mahu membedal mangsa yang besar. Jadi kesimpulannya, mungkin terdapat sekumpulan anak toman di sekitar pertarungan tadi yang menyebabkan ibunya mengamuk apabila sang belida meronta-ronta melepaskan diri sehingga menakutkan anak-anaknya.

Kali ini toman telah dua kali mengecewakan saya, pandai sekali mencuri gewang dan belida. Tetapi saya cukup berbangga, bukannya mudah nak dapat belida bintik dan pengalaman seperti ini.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1