Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Air Besar Dan Air Mati
Oleh : Pok Mud's : PANCING

Kali ini saya akan membicarakan mengenai jenis air dan istilah yang digunakan oleh kebanyakan pemancing dan nelayan tempatan.. Saranan kepada kita sebagai pemancing agar menggunakan istilah piawaian yang boleh difahami oleh segenap lapisan pemancing di negara ini agar ianya menjadi satu istilah global.

Air Besar

Istilah air besar ini selalunya dirujuk kepada aras air pasang dan surut yang mempunyai perbezaan ketinggian yang maksimum. Dengan kata lain pada waktu air besar maksimum, aras air pasang akan naik lebih tinggi dari kebiasaannya terutama pada sebelah pagi dan awal malam di sekitar Pelabuhan Klang. Manakala pada waktu tengahari dan tengah malam pula, aras air surut maksimum akan terjadi. Pada ketika ini istilah 'pasang keling' atau pasang penuh selalu digunakan. Sesetengah tempat di Semenanjung, pasang dan surut terjadi hanya sekali dalam sehari. Untuk mengetahui masa terjadinya air besar ialah berpandukan kepada pergerakan bulan atau lebih senang lagi merujuk kepada Bulan Melayu (Tahun Hijrah) dan juga Kalendar Cina kerana kedua-dua kalendar ini merujuk kepada pergerakan bulan.

Sebagai contoh, Bulan Penuh atau Bulan Mengambang adalah waktu air besar tejadi. Biasanya air besar berlaku selama 20 hari sebulan iaitu pada awal bulan (Bulan Gelap) dan pada akhir bulan (Bulan Terang). Merujuk kepada Bulan Melayu, air besar bermula pada 26 hb sehingga 7 hb pada awal dan akhir bulan manakala bagi kalendar cina ia berlaku dari 13 hb sehingga 18 hb (lebih kurang sama).

Selain itu sebagai alternatif, bacaan jadual pasang-surut juga dapat membezakan air besar dan air mati melalui catatan pada perbezaan aras air pasang dan air surut.

Memancing Sewaktu Air Besar

Memancing sewaktu air besar memerlukan sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan di sekitar padang pancing (sekiranya tidak mendapat bantuan tekong tempatan) supaya hasilnya tidak menghampakan pemancing semua. Kalau tidak, kita akan dihidangkan oleh seribu satu macam masalah yang diakibatkan oleh perubahan arus laju seperti umpan timbul dan hanyut, tali pancing terutama perambut yang bersimpul dan lebih teruk lagi kalau memancing beramai-ramai di atas bot, tali pancing akan tersangkut dan bermacam-macam lagi.

Saya kira ramai pemancing sudah melalui pengalaman ini malah ramai juga yang serik memancing pada waktu air besar. Oleh kerana pergerakan air besar amat laju, pemancing memerlukan pemberat yang boleh menampung kelajuan air tersebut dari menghanyutkan tali pancing. Joran yang kecil tidak sesuai digunakan pada masa tersebut. Dalam kes ini apabila ikan meragut pancing, kita kurang merasakan tekanan yang dihasilkan oleh sebab pemberat tadi. Lebih memburukkan sekiranya ada tiupan angin yang bertentangan dengan pergerakan air yang akan menyebabkan berlakunya gelombang atau alun yang boleh memeningkan kepala dan boleh menyebabkan mabuk laut.

Aktiviti memancing seterusnya akan terganggu apabila keadaan ini terjadi. Di Selat Melaka contohnya, memancing sewaktu air besar terutama di sekitar Rumah Api Permatang Sedepa kadangkala memberikan hasil yang lumayan. Ramai pemancing menunggu waktu air besar untuk memancing di kawasan laluan kapal tersebut. Mereka menggunakan kaedah pancmg hanyut (menggunakan pemberat besar saiz 12 ke atas, dan diseretkan di dasar air yang berkedalaman 200 kaki ) untuk memancing jenahak, kerapu, dan jemuduk. Tanpa menggunakan sauh, bot yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin 70 kuasa kuda keatas dibiarkan hanyut melalui lubuk-lubuk tertentu kerana pada ketika ini ikan yang hendak dipancing tidak bergerak disebabkan kelajuan arus akan meletihkannya sekiranya ia berenang mundar-mandir. Umpan akan disentap apabila ia melalui kawasan ikan-ikan tersebut mendiamkan diri'.

Teknik ini lebih berkesan jika dibandingkan sewaktu air mati atau kecil kerana pemancing akan keletihan menarik batu ladung dari menarik ikan. Aktiviti memancing di kawasan ini hanya dilakukan di siang hari atas sebab-sebab keselamatan.

Rujuk kepada Rajah 3 : contoh pergerakan sewaktu air besar; ia menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, kita masih lagi berpeluang untuk memancing tanpa banyak. Sekiranya anda bijak membaca jadual air, anda tentu dapat merangka waktu puncak (bunga pasang) tanpa terlepas. Carilah waktu bila air mula balas pasang atau balas surut yang mempunyai kelajuan rendah dan sederhana. Sebagai contoh dari graf di atas, masa paling sesuai ialah dari pukul 11 am hingga pukul 2 pm. Sementara itu, pastikan anda sudah berada di lubuk kegemaran, menyediakan umpan terbaik dan persediaan dari segi tali perambut dan sebagainya kerana selepas dari masa tersebut anda akan bersuara, "lkan dah takde, air laju!". Namun begitu, masih ada tempat-tempat yang sesuai untuk memancing pada waktu air laju seperti di kawasan teluk, persimpangan anak sungai dan di tempat-tempat pertemuan arus tejadi.

Kalau kita lihat Rajah 4 : Rajah Air Besar menunjukkan perbezaan paras pasang maksimum tertinggi dan paras air surut minimum terendah akan mencatatkan bacaan melebihi 5 meter (I meter = 3.3 kaki). Rajah di atas memudahkan anda untuk memahami istilah air besar. Oleh kerana masa untuk air berubah dari pasang tertinggi ke surut terendah adalah lebih kurang 6 jam, ini bermakna dalam masa 6 jam tersebut air akan berubah mengikut paras yang dijangkakan dalam carta pasang-surut. Secara mudah, 5 meter perubahan dalam masa 6 jam tersebut akan menyebabkan air akan berubah dengan pantas dan laju. Kelajuan air ini menyebabkan air akan membawa bersama lumpur, sampah-sarap dan sebagainya ketika mengalir keluar/masuk dari dan ke laut. Apabila ini terjadi air mudah keruh (bertambah teruk jika hujan lebat di bandaraya) kerana lumpur mudah dibawa oleh arus yang laiu: Hasilnya apabila pemancing menghadapi keadaan sedemikian (terutama pemancing muara), biasanya keputusan yang didapati amat mengecewakan kerana kita hanya akan mengundang sesirat, duri dan belukang saja pada air yang keruh itu.

Air Mati

Air mati pula diistilahkan sebagai aras perbezaan air pasang dan surut yang tidak jauh perbezaannya iaitu kebiasaannya aras perbezaan sekitar 1.5 hingga 2.5 meter (contoh untuk Pelabuhan Kelang). Air mati berlaku selama sepuluh hari dalam sebulan iaitu pada 7 hb hingga I 1 hb Bulan Melayu (Hijrah) manakala fasa kedua pada 20 hb hingga 24 hb. Untuk lebib mudah, anda rujuk sahaja Bulan Melayu untuk menentukan waktu air mati tanpa melihat pada perbezaan aras air pasang dan surut. Sesetengah tempat pula air mati disebut sebagai air kecil, air bebanir/banir atau air menyorong. Merujuk kepada istilah yang digunakan oleh Jabatan Hidrografi, TLDM pula air mati dipanggil Air Perbani.

Rajah 5 menunjukkan contoh aras air pasang dan surut semasa air mati terjadi. Perbezaan aras yang kurang sewaktu pergerakan pasang dan surut menyebabkan air bergerak perlahan untuk kedua-dua hala. Dengan ini, ianya memudahkan pemancing tanpa memikirkan kelajuan arus terhasil. Pada waktu air mati, air kelihatan jernih tanpa banyak lumpur dan sampah sarap. Apa yang saya perhatikan pada waktu air mati, waktu surutnya air adalah sebelah pagi dan lewat petang: Sekiranya pemancing mempunyal sampan, elok turunkannya dahulu ke tengah pada wakta air pasang sekiranya anda tidak ingin membazir tenaga menolak sampan ke gigi air.

Memancing Sewaktu Air Mati

Tidak sukar untuk menerangkan kaedah memancing sewaktu air mati. Ini kerana anda tidak perlu gusar arus laju mahupun air tidak cantik (keruh). Kalau ingin hasil terbaik, sediakan umpan segar, mencari masa dan waktu sesuai dan akhirnya lubuk-lubuk kegemaran. Sama ada pancingan batu, pantai, muara ataupun di jeti dan jambatan, kita boleh lihat betapa ramainya pemancing yang mencuba nasib masing-masing. Sekiranya tiada jadual atau kalendar Melayu (Hijrah) untuk dirujuk, perhatikanlah bulan kerana inilah pedoman utama nelayan kita pada zaman dahulu. Selain itu, cuaca dan musim setempat perlulah dirujuk terlebih dahulu agar tiada kecelakaan dan kekecewaan yang timbul.

Rajah 6 menunjukkan contoh pergerakan arus yang biasanya terjadi pada waktu air mati. Rajah ini berpandukan kepada maklumat carta air pasang-surut di Pelabuhan Klang pada 30 Sept. 1998. Aras air pasang dan surut yang tidak begitu ketara menunjukkan kelajuan air tersebut yang dikatakan perlahan dan amat sesuai untuk aktiviti memancing. Melalui pengalaman saya, masa kemuncak 'happy hour' lebih tertumpu pada dan sebelum setiap pertukaran arus terjadi iaitu pada awal pagi dan lewat senja. Bagaimanapun masa-masa lain tidak kurang juga aksi menarik lebih-lebih lagi kalau ada lubuk tempat ikan berkumpul. Pada waktu ini masa dan tempat untuk memancing lebih terbuka dan anda boleh memancing tanpa risau pemberat atau batu ladung timbul.

Sekiranya anda tiada lubuk tertentu, cari saja sampan pemancing yang berlabuh sarnbil bertanya khabar tentang hasil. Kalau banyak bolehlah turut serta, tapi jangan sampai mengganggu mereka dengan berlabuh berdekatan. Dahulu, saya suka merujuk kepada pemancing yang berumur yang menggunakan sampan kayu kerana orang lama ini mernpunyai pengalaman dan lubuk tersendiri. Mungkin mereka tidak akan memberitahu lubuk-lubuk rahsianya, tetapi kita dapat mengagak apabila melihat mereka selalu 'parking' di lubuk tersebut setiap kali turun memancing.

Mungkin pemancing jenis ini akan beredar apabila kita menghampiri mereka. Dengan ini, kita akan dapat lubuk melalui pandangan dan pengalaman sendiri. Pada masa inilah anda boleh lihat jumlah pemancing yang ramai mengunjungi padang pancing masing-masing. Kebiasaannya bot sudah habis ditempah di sesetengah tempat. Umpan perumpun mahupun sotong kurita juga laris macam goreng pisang panas. Oleb itu, anda perlu pastikan umpan disediakan terlebih dahulu sekiranya tidak ingin berputih mata. Sekiranya ada kepakaran menjala, bolehlah mencari umpan anak belanak ataupun udang hidup.

Selain itu, sekiranya memancing sewaktu air mati, cuba elakkan memancing pada masa air betul-betul mati atau tiada arus sama sekali seperti air tenang di kolam atau tasik. Waktu arus mati, ikan biasanya menjadi pasif dan kurang berminat dengan umpan pemancing. Mudah untuk kita mengetahui tiada arus dengan cara berpandukan pada pergerakan tali pancing mahupun pada carta. Kalau diperhatikan pada carta, ada sesetengah waktu air mati, arus akan terhenti atau 'mati' sementara waktu sehinggalah pertukaran arus tejadi, atau pergerakan pasang dan surut bermula. Apabila bermulanya pergerakan arus kita akan dapat merasakan kehadiran ikan terutama anak-anak ikan bermain di permukaan air sambil diikuti pemangsa mereka. Bila ada peluang sebegini, jangan lepaskan. Percayalah, sukar untuk kita bertemu semula dengan waktu ikan betul-betul galak, ia berlaku kadang-kala sahaja.

Semoga anda selamat memancing dan bersama-samalah menjaga kebersihan sungai kita agar esok lusa kita semua masih dapat memancing dengan gembira.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1