Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Air Pasang Surut
Oleh : Mohd Syakir : PANCING

Saya, Ani dan Kamal dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dan kami sepatutnya singgah di Shah Alam untuk berjumpa Pak Mud bila kami menyedari yang kami telah sampai ke bandar Klang. Sekarang sudah pukul 8 malam dan kami sepatutnya sudah tiba di rumahnya. Dalam perbincangan sebelum ini saya berjanji akan menjemputnya pada pukul 8 malam dan menaiki bot pada pukul 9. Sudahlah terlambat terpaksa pula berpusing-pusing mencari rumahnya, bila dah kelam-kabut apa yang dibuat semuanya tak kena.

Pukul 9.30 barulah kami menaiki bot. Masa ini sudah terlambat untuk menjaia udang. Mengikut Pak Mud dia akan membawa kami ke lubuk jenahak malam ini dan siakap merah keesokannya. Umpan kesukaan jenahak ialah udang hidup atau sotong kurita. Di antara keduanya, udang mudah dicari berbanding sotong.

Masa tidak menunggu sesiapa dan inilah yang tejadi kepada kami. Walaupun kami memilih 22 dan 23 Muharam yang mana perbezaan air pasang dan surut tidak jauh, hanya 2 meter. Air pada masa ini bergerak perlahan dan berolak kecil, aimya cantik, masih ada masalah untuk mendapatkan umpan, 3 kali jala ditebar, udangnya 2, 3 ekor sahaja. Kami menghabiskan masa yang lama di sini sahaia.

Bot mempunyai 3 petak menyimpan udang dan kami hanya berjaya memenuhkan 2 petak dengan udang dan satu lagi dipenuhi dengan anak-anak ikan belanak dan beliak mata. Kami terpaksa bertolak ke padang pancing walaupun tidak berpuashati dengan umpan yang ada.

Sejam lebih perjalanan kami tiba di Pelabuhan Barat dan berlabuh di tepi tiang yang menurut Pak Mud adalah lubuk tanda dan jenahak. Sambil memasang umpan saya melirikkan mata melihat jam, sudah pukul I pagi. Masa begitu cepat berjalan seakan mencemburui pemancing. Padang pancing pertama tidak mendatangkan sebarang hasil. Kami berpindah ke tempat kedua, selang dua jambatan pelabuhan dari tempat terdahulu.

Kamal yang paling terdahulu membuang umpan berhampiran tiang jambatan, airnya tak dalam sekadar 7 depa. Pak Mud melabuhkan umpan di belakang bot dan saya mrngikuti jejak Kamal sementara Ani cuma menghulurkannya ke bawah perahu.

Suasana bertukar dari ceria menjadi tegang, masing-masing berubah meniadi serius, tidak ada yang cuba membuat lawak jenaka, mata meliar melihat joran dan tangan memegang tali untuk merasa sentapan ikan. Suasana menjadi sunyi sepi, yang kedengaran hanya bunyi ikan menyambar dan belanak bermain air. Air laut pun seakan berhenti bergerak.

Tiba-tiba Kamal bangun sambil menyentap jorannya dan kami bertanya, "ada ikan?", bila joran terus membengkok, saya menjerit, "ada! Ada!". Pak Mud mengarahkan semua menutup mulut kerana suara manusia akan menyebabkan ikan lari, frekuensinya dapat menyelam jauh hingga ke dasar air yang cetek dan ikan akan bergerak mencari lubuk yang lain.

Kamal terus mengarau tali dan ikan hanya membuat rontaan sedikit saja, hanya memberatkan diri. Agak-agak dua kaki sebelum sampai ke permukaan air, ikan telah membuat junaman yang agak bertenaga sehingga joran membengkok menyentuh air dan tali terkeluar dari kekili Ryobi XR2000H. Tidak ada suara yang mengiringi pertarungan ini takut yang ada kat bawah melarikan diri.

Kamal menahan diri dari ketawa, kebiasannya dia akan ketawa semasa melawan ikan. Kelihatan dia cuma tersengih dan kombinasi kulitnya yang agak hitam dan giginya yang putih serta wajahnya menimbulkan kelucuan tambahan pula sinaran kuning lampu pelabuhan, mewujudkan satu kombinasi lucu yang menyebabkan saya ketawa tanpa menghiraukan larangan Pak Mud. Setelah ikan dinaikkan, Kamal mengangkat kening dan berkata, "ha! ha! Aku sudah dapat lesen."

Tanda ini tidak berapa besar sekadar 800 gram tetapi kuasa henjutannya amat kuat. Saya bertukar pandangan dengan Ani menunjukkan isyarat siapa akan mendapat lesen selepas ini. Pada masa yang sama joran Tunnel Guide keluaran Asahi kepunyaan Ani bergetar-getar. Joran ini dari kelas aksi sederhana. Terus dia mengangkatnya dan memutarkan kekili secepat yang boleh untuk menggantikan cara sentapan biasa. Naik lagi seekor tanda tetapi lebih kecil dari yang mula-mula tadi. Terasa tekanan kerana sudah dua orang yang mendapat ikan.

Sekali lagi Kamal melompat bangun kerana kailnya mengena ikan. Rontaan ikan ini amat kuat, mungkin lebih besar dari tadi. Agakan ini betul kerana kami terpaksa mengunakan penyauk untuk mendaratkan ikan. Dia lagi, bila ikan akan menyentap umpan saya. Inilah yang dikatakan nasib, tempat sama, umpan sama tetapi tidak ada ragutan.

Dalam duduk menyesali nasib, penggera kekili berbunyi yang menunjukkan ikan sudah memakan umpan, saya tidak terus mengangkat joran tetapi menbiarkan ikan membawa tali. Mengikut Pak Mud, jenahak tidak terus memakan umpan, sebaliknya membawa lari sebelum menyedutnya dan ia akan meluahkan umpan semula jika terasa halangan.

Satu, dua, tiga, bilang sampai 8 barulah saya menyentapnya dan ikan meronta, membawa tali ke kiri dan kanan dan cuba masuk ke celah-celah tiang. Saya tidak memberi peluang kepadanya untuk pergi ke celah tiang, terus mengarau. Pada masa ini saya tahu ikan tidak begitu besar kerana kuasa rontaannya sudah habis. Seekor tanda yang lebih kecil dari yang didaratkan oleh Kamal dan Ani tetapi saya sudah boleh tersenyum kerana turut mendapat lesen.

Pak Mud masih rilek, seperti biasa orang tempatan jarang mendapat ikan jika dibandingkan dengan pelawat. Suasana malam yang sunyi dikejutkan oleh dekahan suara Kamal, gelaknya mengalahkan suara pontianak amat lantang dan membingitkan telinga. Dia melawan ikan sambil duduk, umpan yang dibaling ke tepi pantai telah diragut ikan. Ikan melawan dengan kuat dan tidak mahu menampakkan diri. Kamal mengeluh kerana ikan masih tidak mahu menyerah kalah dan dia semakin mengantuk. Dia terus memusingkan kekili tetapi matanya seakan-akan tertutup. Cara ikan melawan bukanlah seperti jenahak, bila ikan menampakkan diri kelihatan seekor siakap merah lebih kurang sekilogram. Sebaik sahaja ikan ini diangkat ke bot, Kamal menyambung tidurnya. Kalau dah rezeki, tidurpun dapat ikan.

Saya yang terlelap tersedar apabila bot bergoyang, Pak Mud telah berdiri sambil mengangkat joran. Hasilnya seekor udang mentadak sebesar lengan, mata kail bukannya tersangkut dekat mulut tetapi pada sepit sebelah kanan. Dia betul-betul bemasib baik.

Semuanya terlelap kembali selepas mendapat udang mentadak dan hanya tersedar apabila ketawa pontianak Kamal memecah kesunyian. Permukaan air berombak kuat apabila ikan melompat dalam usaha melepaskan diri. Seekor siakap berusaha melepaskan diri dengan melakukan lompatan demi lompatan. Dia dengan tenang melayan ikan sambil tersenyum memanjang. Malam ini dia betul-betul bertuah, banyak ikan yang merentap umpannya.

Udang yang dijala semalam telah hampir habis dan kami sudah terlepas peluang keemasan untuk menjala lagi kerana air telah pasang penuh. Walaupun terus mencuba dari bot dan pantai tidak banyak yang menjadi mangsa dan bot memulakan perjalanan ke Pulau Ketam, sasaran siakap merah.

Perjalanan ini memakan masa yang agak larna sehingga saya tertidur dan tersedar apabila enjin bot diperlahankan dan berlabuh lebih kurang 8 meter dari sebuah pulau. Siakap merah di sini amat garang dan bila ia memakan umpan, belum sempat kita menyentapnya tali dibawanya masuk ke bawah kayu-kayan yang banyak terdapat di sini. Di sini Pak Mud mendapat seekor ikan merah yang buta sebelah matanya. Yang lainnya mendapat siakap merah tetapi saiznya amat mengecewakan.

Tengahari, sinaran mentari amat memeritkan dan kami berpindah ke salah sebuah pelabuhan yang terdapat di utara Pelabuhan Klang dan berlindung di bawah jambatan sehingga petang. Dalam perjalanan menuju jambatan Pulau Indah kami menyusuri bahagian belakang jambatan kerana laut berombak kencang. Sepanjang perjalanan kami terpaksa mencelah tiang-tiang jambatan dan kawasan ini amat menarik perhatian. Bot berhenti seketika untuk mencuba nasib.

Umpan yang dibaling berdekatan tiang terus mendapat sambutan, malangnya hanya duri, mayong dan bagok yang menyambut ketibaan kami. Hanya seekor tanda dapat dinaikkan. Setelah dua jam, pak Mud menghidupkan enjin menuju ke jambatan.

Air surut memberikan kami peluang menjala dan udang arnat banyak. Bila kita berharapkan banyak ia sedikit, bila berharapkan sedikit ia banyak. Saya mengatakan demikian kerana kami akan balik 4 jam lagi, umpan yang terlampau banyak hanyalah satu pembaziran.

Bot diikat pada pelampung yang berada lebih kurang 800 meter dari jambatan dan tempat ini berdasarkan pengalaman Pak Mud adalah lubuk tanda, jenahak dan senangin. Sedang kami memancing kedengaran seperti hujan menimpa laut tetapi kami tidak kena setitik pun. Kami melihat sekeliling dan mendapati bunyi itu datangnya dari beribu-ribu ikan bilis yang bermain air. Kumpulan bilis ini amat besar kerana sejauh mata memandang terdapat riak air yang dibuat olehnya. Kadang-kadang kedengaran seperti jala dibuang apabila ikan melarikan diri dari disambar pemangsa.

Di sini ikan yang paling banyak meragut umpan ialah bagok, sejenis spesies duri yang kepalanya memanjang, lebih panjang dari mayong dan badannya tidak mempunyai belang. Hanya seekor tanda dinaikkan. Apabila air mula pasang kami bertolak balik. Sebaik saja bot merempuh air, olakan ombak yang terjadi menyebabkan ikan bilis berlompatan masuk ke dalam bot. Trip ini betul-betul memberi rezeki dan saya mendapat pengajaran penting, pengetahuan tempatan adalah yang terbaik. Sebenamya tempat-tempat yang ditunjukkan oleh Pak Mud telah saya lawati sebelum ini tetapi hasilnya menghampakan kerana tidak mengetahui keadaan air yang sesuai dan lubuk ikan yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan air.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1