Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Memancing Siakap Merah
Di Pelabuhan Kelang

Oleh : Pak Mud's : PANCING

Hobi memancing memang seronok, ianya membuatkan kita leka perkara lain terutama ketika bertarung dengan ikan. Pelabuhan Kelang adalah salah satu tempat yang paling ramai pemancing berkunjung terutama hari cuti dan kelepasan am. Bagi mereka yang mempunyai padang pancing yang tetap atau lubuk yang biasa dikunjungi akan menambah keseronokannya. Pelbagai golongan pemancing kerap mengunjungi kawasan perairan Kelang ini. Pulau Ketam juga merupakan destinasi pemancing paling popular bagi mereka yang mempunyai sampan.

Di sini pelbagai spesies ikan yang bermutu boleh diperolehi sekiranya pemancing itu mengetahui kawasan padang pancing, masa, pasang surut air, umpan, peralatan yang sesuai dan akhir sekali kalau ada nasib.

Siakap merah (mangrove jack) atau nama tempatannya sepang merah juga banyak terdapat disini . Saiz antara 400 gram hingga 2 kg merupakan saiz yang mudah diperolehi.la bersifat ganas dan lasak ketika meragut umpan dan dikenali sebagai ikan yang tidak memilih bulu. Suka melarikan tali pancing ke celah-celah ranting kayu atau apa saja benda yang boleh dijadikan tempat berlindung. Mempunyai dua taring gigi yang tajam di depan, gemar mengancing gigi ketika dinaikan, bertukar warna menjadi kehitaman apabila mati. Ikan ini akan ke tengah laut apabila menjangkau 2 kg keatas dan sukar diperolehi di kawasan persisiran Pulau Ketam. Berikut adalah beberapa tip sekiranya anda ingin mencuba memancing siakap merah di sekitar Selat Md. Zain sehingga Pulau Ketam.

Padang Pancing

Kawasan yang bertanda X merupakan kawasan yang biasa bagi kebanyakan pemancing memperolehi siakap merah ini. Sauh hendaklah dilabuhkan hampir dengan tebing atau pantai, kira-kira 10 meter.

Rajin berpindah tempat sekiranya ikan kurang meragut umpan terutama di mana-mana kawasan X.

Sekiranya anda memancing di kawasan Shell Pulau Ketam jangan sama sekali berlabuh terlalu ke tcngah atau pada laluan bot nelayan kebiasaan bot nelayan di sana terutama ketika air mula pasang. Walaupun ikan banyak memakan umpan, faktor keselamatan merupakan aspek utama yang perlu diambil perhatian. Kcbmyakan nelayan bergerak terlalu laju dan berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing tidak kira untuk memunggah hasil atau untuk memulakan tangkapan. Sampan yang kecil dan mudah bergolek perlu meninggalkan padang pancing di laluan utama Pulau Ketam kerana pada masa nelayan menggunakan laluan ini, kita akan dapat lihat kocakan air yang berselang-seli sepanjang masa.

Kawasan tepi bakau berhadapan dengan jeti utama juga sesuai berlabuh ketika air pasang bagi menjauhkan diri dari kesesakan lalu lintas. Ianya juga kelihatan berteluk sedikit dan bot nelayan jarang mengunakan laluan tepi dikawasan ini.

Namun di sepanjang kawasan pantai bakau Selat Md Zain dari kelong lama dan Sg.Leman di hujung pulau hingga ke penghujung dua sangkar terakhir adalah merupakan kawasan yang menjadi habitat utama siakap merah di sini. Paling utama cari pokok bakau tumbang yang terbenam di air kerana ianya merupakan tempat yang menjadi pilihan siakap ini bermain. Tetapi banyak lagi lubuk yang belum diketahui umun kerana ianya begitu menjadi rahsia pemancing dan kebiasaannya mereka tidak mahu berkongsi dengan pemancing lain Sekiranya anda ingin mencungkil rahsia lubuk-lubuk tersebut, anda perlu selalu bertanya kepada pemancing lama (Jangan malu bertanya).

Sekiranya terdapat jaring nelayan berdekatan kawasan anda memancing, lebih baik beredar dari kawasan padang tersebut kerana mengikut pengalaman saya, ikan kurang meragut, mungkin kerana takutkan jaring.

Masa Dan Jadual Pasang Surut

Pada amnya spesies ikan ini gemar menyambar umpan pada waktu pagi dan lewat petang. Satu lagi tabiat ikan ini ialah ia suka pada suasana yang senyap dan cuaca serta redup. Sekiranya pemancmg itu dapat menggunakan waktu sebegini dengan sepenuhnya, hasil yang akan diperolehi memang memuaskan. Aksi bertarung sentiasa sepanjang waktu tersebut. Oleh kerana ikan siakap merah ini gemar bermain di air yang agak cetek, bunyi bising dan sebagainya akan menganggu ikan dan berkemungkinan ia akan berpindah ke kawasan yang lebih sunyi dan tersorok. Oleh itu setiap pemancing yang ingin mengendap spesies ini perlu mematuhi petua yang diberikan (pendapat orang-orang lama yang memancing). Mengendap diistilahkan sebagai memancing dengan senyap, tanpa mengeluarkan bunyi yang boleh menakutkan ikan, tidak boleh bercakap kuat, tidak boleh merokok atau menyalakan sumber api (untuk malam saja), jangan biarkan ikan yang dipancing terlepas dan gunakan guni atau kain untuk menghindari bunyi ikan melompat di atas sampan dengan menutup ikan tersebut.

Sekiranya kerap berlaku ikan rabut dari mata pancing, ikan yang terlepas ini akan lari/berenang kesakitan dan ianya akan diikuti oleh kawanan ikan yang lain.

Untuk berlabuh pada masa air surut, kawasan sepanjang Selat Md Zain atau bermula dari Sg.Leman hingga ke sangkar ternakan ikan yang bertanda A dan B merupakan kawasan yang sesuai. Cari mana-mana kawasan yang agak kurang berarus dan yang terdapat banyak pokok bakau tumbang. Sekiranya arus terlalu laju, adalah lebih elok memancing di sekitar anak sungai yang mana arusnya kurang. Tapi kena tahan agas dan nyamuk.!!!

Untuk berlabuh pada masa air pasang, disyorkan memancing di kawasan tepi Shell Pulau Ketam (disepanjang yang bertanda X) dan seeloknya labuhkan sampan hampir dengan tebing pantai kerana pada masa ini ikan akan rapat ke pantai untuk mencari anak ikan atau udang untuk dijadikan makanan. Jarak disyorkan kira-kira 10 meter kerana selepas beberapa jam sampan akan berada dua kali jarak dari pantai. Apabila air sudah mula penuh lebih baik beredar dari situ dan boleh mencuba nasib di belakang Pulau Babi berhampiran dengan kawasan pembuangan sampah. Rujuk kepada peta lokasi.

Memancing pada waktu air mati iaitu 7,8,9,10,11 dan 20,21,22,23 dan 24 kalender Melayu lebih sesuai dan mudah kerana di kawasan pantai barat kelajuan arus dipengaruhi oleh pergerakan bulan dan pada masa inilah arus dikatakan mula mati atau perlahan. Sekiranya memancing pada air mati, kita boleh memancing di mana-mana saja tanpa risaukan arus laju. Pada masa ini paling ramai pemancing mengunjungi kawasan perairan Pulau Ketam dan tangkapan biasanya melebihi dari hari-hari biasa yang lain. Percaya atau tidak, rekod saya pada 11 hb dan 22 hb melayu merupakan hari yang paling banyak siakap merah meragut mata pancing dan menjadi hidangan kami sekeluarga. Paling besar yang diperolehi ialah 4 kg malah pelbagai spesies lain juga menjadi mangsa.

Pemancing perlu bersabar sekiranya ikan tidak menyentap umpan ketika dinihari atau ketika matahari menegak di atas kepala kerana ikan biasanya bersembunyi di bawah dahan kayu tumbang di dalam sungai. Gunakan waktu ini untuk mencari umpan sama ada menjala udang, mencari perumpun atau memancing anak ikan untuk dijadikan umpan hidup pada lewat petang nanti. Kalau tidakpun makan saja bekal yang dibawa sarnbil berehat sementara menunggu aksi sebelah petang.

Umpan

Oleh kerana ikan siakap merah ini tidak begitu memilih umpan, maka umpan tidak menjadi masalah untuk memancing ikan ini. Umpan terbaik ialah ikan mati samada selayang , bilis kasar , belanak, beliak mata, tamban maupun cabuk. Manakala udang disifatkan sebagai raja umpan kerana semua spesies ikan tidak pernah menolak umpan ini apabila berhadapan dengannya. Sotong kurita kurang berkesan tetapi ia merupakan umpan yang boleh tahan lama. Sekiranya ikan mati atau udang hidup/mati digunakan sebagai umpan, selalulah memeriksa umpan ini dan tukar sekiranya perlu setiap 10 minit. Ini adalah kerana kebiasaanya umpan ini akan menjadi habuan anak-anak ikan kecil seperti anak gelama, gerut-gerut, anak belukang maupun ikan buntal.

Untuk udang hidup, cangkukkan di bahagian hujung ekor sedikit sahaja agar udang ini akan tahan lama dan kelihatan lebih aggresif didalam air. la akan menarik perhatian ikan yang lalu berhampiran. Semasa membaling, pastikan udang tidak diletakan di atas permukaan air atau tersentuh pada paras air. Hasil menunjukkan 95% udang akan tertinggal di air sewaktu balingan. Biarkan udang di udara sewaktu membaling.

Manakala umpan ikan mati sebesar 2 jari elok dicangkukkan seekor. Mata kail hendaklah dimasukkan dari insang dan selitkan mata pancing di bahagian belakang ekor. Ikan biasanya menelan umpan dari kepala. Sekiranya umpan terlalu besar elok dipotong dua atau jika menggunakan umpan cabuk, hiriskan daging saja dan biarkan terjuntai panjang terkeluar dari mata pancing. Umpan jenis ini hendaklah selalu diperiksa.

Gewang juga kadang-kala menjadi pilihan sekiranya air tenang dan tidak terlalu keruh.

Peralatan Dan Teknik Memancing

Kombinasi peralatan perlu seimbang agar aksi yang bakal ditempuhi menjadi lebih menarik. Gunakan kekili yang bersaiz sederhana seperti Shimano Bait Runner 3500T, Abu Garcia 6501C atau mana-mana jenama yang sesuai dengan tali berkekuatan 10 paun hingga 20 paun. Untuk joran, gunakan aksi sederhana menengah (medium light action 8lb-151b). Saya mengunakan joran aksi ringan yang diubah suai untuk bertarung dengan ikan jenis ini. Gunakan perambut yang mempunyai kekuatan 30 paun dengan panjangnya kira-kira 2 hingga 3 kaki. Pemberat bersaiz 3 atau 4 sudah memadai. 'Drag' setkan pada kekuatan 8-10 paun supaya keseronokan timbul sewaktu ikan melarikan umpan. Mata bersaiz 1/0 atau 2/0 disyorkan. Kalau anda yakin, bolehlah menggunakan mata udang bersaiz 12 atau 13. Mata udang lebih halus dan tajam, oleh itu mudah tersangkut pada ikan tetapi ia juga mudah patah apabila tersangkut pada benda besar dan keras.

Ada pendapat mengatakan mata pancing kecil boleh dapat ikan besar manakala mata pancing besar tidak boleh dapat ikan kecil. Pilih sendiri.

Teknik memancing siakap merah di kawasan pantai bakau sekitar Pulau Ketam amat berbeza dangan setengah-setengah tempat di pantai timur. Campakkan umpan hampir ke tebing terutama kawasan yang mempunyai pokok tumbang. Jangan sesekali membaling di celah-celah pokok atau dahan tumbang kerana biasanya kita akan gagal menaikan ikan apabila ia menyentap umpan. Ini kerana ikan ini akan lari di celah ranting kayu atau tiang dalam air. Jauhkan sedikit tali pancing dari hujung pokok tumbang (terutama yang sudah lama berada dalam air) dan bersedia untuk menbalas apabila umpan disentap. Jangan bagi tali ketika ikan cuba melarikannya atau cuba jauhkan haluan ikan dari merapati kawasan yang berkayu. Selalu campak ke arah yang berlainan dan kekal disatu tempat sekiranya kehadiran ikan mula dirasai. Disyorkan pindah sedikit demi sedikit sehingga isyarat ikan mula berkurangan. Cuba perhatikan ikan yang pertama diperolehi di bahagian ekornya, sekiranya terdapat kesan-kesan gigitan pada ekor, ini menunjukkan terdapat lebih dari seekor di kawasan itu.

Apa yang dinyatakan diatas kadang-kala bergantung pada nasib. Mungkin juga pemancing pernah mendapat ikan yang tersesat dari kawasan habitat utama dan kadang kala spesies lain juga diperolehi seperti kurau, kerapu, jenahak dan pari. Mungkin juga kita memang berada di lubuk ikan yang betul tetapi ikan tidak mahu menjamah selera atau sedang berehat. Saya pernah menyelam di jeti pendaratan ikan di kuala Sungai Nenasi pada waktu tengahari bersama dengan pakcik dan rakan. Pada masa tersebut ada beberapa orang sedang memancing di bawah jeti tersebut. Kami menjumpai sekawan siakap merah bersaiz I hingga 2 kg berehat di sepanjang tiang jeti tersebut. Oleh kerana ada orang memancing, kami memberi peluang kepada mereka dan memberitahu tempat di mana ikan tersebut berada. Hampir setengah jam ikan tidak mahu menyentap umpan. Kami meminta izin menyelam kembali dan kawanan ikan tersebut masih berada di kawasan yang sama.


 
Hosted by www.Geocities.ws

1