homepage banner
                                                                                                                           
Tentang Muar
 Tanjung Emas
 Tanjung Ketapang
 5 Tempat Makan Menarik
 Tarian Tradisional

homepage banner
  TENTANG MUAR @ MUO BANDAR DIRAJA

   Daerah Muar terletak di barat laut Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri
   dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan Melaka di utara, Segamat di Timur dan Batu
   Pahat di selatan.

   Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan 'Muar' dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu 'Muana' dan 'Ar' yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan sungai Muar yang mengalir melalui bandar bandar ini
dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.
Homepage bannerhomepage banner
 
 Jambatan Sultan Ismail (Jambatan pertama Muar)

 Jambatan yang menghubungkan Bandar Muar dan seberangnya di Tanjung Agas. Pembinaannya bermula
pada 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967.