![]() ![]() ![]() | |||||||
| |||||||
|
TANJUNG EMAS Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu bersama orang tersayang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. Durian itu adalah simbolik atau mercu tanda kepada Tanjung Emas. Nampak sedap bukan. Hehehe. | ||||||
![]() ![]() ![]() |
Di Tanjung Muar juga, terdapat masjid Sultan Ibrahim atau dipanggil sebagai Masjid Pertama yang digelarkan oleh penduduk Muar sendiri. Selain itu, terdapat juga taman permainan dan taman rekreasi yang sesuai dengan semua jenis peringkat umur tanpa mengira bangsa dan agama. Terdapat juga objek-objek yang unik yang patut ditontoni. | ||||||